Saturday, November 7, 2009

Amaran Jingga

Petang yang mendung tetapi tidak hujan menafikan amaran jingga daripada ramalan kaji cuaca. Peluang yang ada digunakan sebaik mungkin. Bagi sesiapa yang ingin memulakan kayuhan pertama, adalah digalakkan menggunakan jalan kecil tetapi tidak terlalu sunyi. Jalan yang saya lalui hari ini adalah jalan pintas ke Jeram daripada Padang Pa' Amat. Jalan ini sedang dinaiktaraf dan amat sesuai untuk penunggang basikal. Kelebihan yang lain juga ialah jalan ini melengkapi satu pusingan sejauh 15 km yang amat sesuai untuk kayuhan selama 45 minit - 60 minit.


Jangan lupa memakai pakaian yang sesuai dan kalau boleh digunakan kasut untuk memastikan stail yang sesuai. Beg plastik perlu ada untuk menyimpan barangan jika hujan turun dengan lebat. Insyallah usaha anda tidak sia-sia dan janji setiap tahun anda akan menunggang basikal yang lebih mahal dan ringan untuk kayuhan yang lebih jauh.

4 comments:

Yati Wahab said...

gayo mesti ado....syabas...

ngayuh soghe ko...tak dok partner?

tak kesik ko...hi..hi..

elok le masa ada luang dan ruang aktiviti berfaedah amat baik..

teruskan...lepas ni jadi PK kena fit nak round sekolah dan kejar anak2...

CRoiMan said...

nampak lebih sihat dan segar bila berbasikal sokmo... teruskan kayuhan bro...

Jubah hitam said...

Pengayuh mesti memakai kasut yang bersesuaian, baru nampak profesional

Pakwar said...

hari pertama pakai selipar terus kena tegur, kasut basah bro.