Wednesday, November 18, 2009

Peperiksaan SPM telah bermula.... apa bekalan mereka?

Hari ini anak-anak di Malaysia yang berada di tingkatan lima telah menempun peperiksaan awam yang paling penting dalam hidup mereka di sebuah negara yang mana kejayaan mereka di dalam hidup sering tidak lepas daripada hasil daripada apa yang dilalui dalam peperiksaan SPM. Sebanyak mana bekal yang mereka bawa untuk masa depan mereka selepas ini. Mereka telah tamat satu babak dalam kisah. Masyarakat menyambut mereka dan bermulalah episod kehidupan yang baru. Cukupkah bekalan mereka tentunya diukur dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan berketerampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Adakah mereka tahu kepentingan keseimbangan JERI ?

Adakah mereka akan mampu untuk berjumpa doktor ketika sakit dan membincangkan tentang kandungan bayi apabila dewasa nanti kerana mereka telahpun diajar tentang proses persenyawaan dsb di sekolah ?

Apabila menonton acara sukan, adakah mereka tahu istilah yang digunakan dalam kebanyakan sukan popular sedangkan subjek PJPK adalah wajib ?

Adakah mereka bersedia sebagai orang islam untuk menyembelih ayam apabila industri ini tidak dikuasai oleh muslimin suatu masa nanti?

Adakah mereka boleh mengaitkan apa yang berlaku pada masa itu dengan kisah yang telah dilalui pada zaman lalu seperti yang diberitahu oleh guru sejarah mereka?

Inilah sebahagian contoh yang ingin kita lihat pada diri mereka yang tamat belajar pada hari ini. Usah fikirkan keputusan mereka jika lulusan universiti ini lah yang membaling mercun di stadium, menipu rakyat , mengamal rasuah, menikam dari belakang, mementing diri sendiri, menggunakan hak awam sesuka hati dsb.

3 comments:

Yati Wahab said...

Apa yang kita ajarkan kepada anak-anak di sekolah bukan dapat dilihat kesannya hari ini...

jika masa hadapan mereka jadi polis yang lebih beretika...penjawat awam yang amanah, doktor yang sabar..atau pun pemandu lori yang memandu dengan cermat apatah lagi nelayan yang rajin...semuanya kerana ajaran kita hari ini...insyaallah jika ajaran kita ikhlas anak2 pasti akan memperolehilmu yang bermanfaat...

CRoiMan said...

waris percaya...waris lebih banyak mendidik murid dari aspek kejujuran dan keadilan...tidak mementingkan diri dan keluarga sahaja supaya mereka menjadi anggota masyarakat yang berguna..SPM cuma satu proses dalam kehidupan...

Jubah hitam said...

Setiap perbuatan yang dilakukan oleh murid pada hari ini memberi kesan kepada mereka 10 atau 20 tahun akan datang.