Saturday, March 5, 2011

mencongak peluang atlet


110 mLP
1
2
3
4
5
6
7
8
L15
15.8
16.5
16.7
17.5
17.8
18.1
18.4

L18
14.7
15.9
15.9
16.5
16.9
17.6
-
-

100 Mlp
1
2
3
4
5
6
7
8
P15
17.2
18.5
19.9
20.9
21.3
21.5
-
-
P18
17.4
18.1
18.1
18.8
19.9
20.2
20.6
-

400m LP
1
2
3
4
5
6
7
8
L18
56.6
59.6
62.1
64.9
65.6
66.2
67.5
68.7
P18
77
78.7
80.9
81.3
83.6
84.8
85.6
-

200mLP
1
2
3
4
5
6
7
8
L15
28
28.2
28.7
30.1
30.6
31.0
31.6
31.6
P15
34
35.6
35.8
37.1
38.8
39.3
40.7
-

LTinggi
1
2
3
4
5
6
7
8
L15
1.65
1.65
1.62
1.62
1.62
1.62
1.59
1.55

Saturday, February 19, 2011

Raptai KOT ke arah kemenjadian semua murid

Inilah kami hari ini di sekolah pada hari sabtu.


Bendera kejohanan di hadapan meneraju pelajar -pelajar lain. Tahniah untuk 2 atlit yang akan mewakili negeri ke Kejohanan Merentas Desa MSSM di Sarawak

Friday, February 18, 2011

Kelantan mara...

Piala FA terkini - Kelantan menumpaskan T-Team untuk layak ke pusingan kedua.

Wednesday, February 16, 2011

PERANCANGAN TAHUNAN KELAB WARGA SEKOLAH


PERANCANGAN KELAB WARGA SMK ***** **** 2011

BIL
AKTIVITI
TARIKH
TINDAKAN
1
JAMUAN SILATURAHIM KELAB KAKITANGAN SMK BUKIT JAWA SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

22 FEBRUARI 2011
BIRO SOSIAL DENGAN KERJASAMA UNIT SUKAN
2
LAWATAN SOSIAL
29 APR- 1 MEI 2011
(HARI BURUH)
BIRO LAWATAN


3
HARI KELUARGA KELAB WARGA  SMK BUKIT JAWA  

17 MEI 2011    (HARI WESAK)
SEMUA BIRO



4
JAMUAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

 MEI 2011
BIRO SOSIAL
5
SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

8 SEPTEMBER 2011
BIRO SOSIAL
6
JAMUAN PERPISAHAN AKHIR TAHUN 2011

12 NOVEMBER 2011
BIRO SOSIAL
7
PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN AGENSI LUAR

SEPANJANG TAHUN
BIRO SUKAN
8
DERMA DAN KEBAJIKAN
SEPANJANG TAHUN

BIRO KEBAJIKAN
9
KELAS ALQURAN
SETIAP MINGGU
BIRO KEROHANIAN


10




11



12




13










Tuesday, February 15, 2011

Hebatnya idea mereka

Pernahkah anda melihatnya di mana-mana ? Suatu hari ketika singgah di sebuah masjid di Machang Kelantan, saya rasa bangga dengan AJK nya yang begitu bijak mengeluarkan idea untuk menarik jemaah menderma .

Sunday, February 13, 2011

PRK Kerdau

Berita semalam ; ADUN Kerdau meninggal dunia. Ia membawa kepada satu lagi pilihanraya kecil dan kali ini di negeri Pahang. Kita juga menerima berita turunnya Hosni Mubarak yang dikatakan mempunyai harta 30 billion, wallahua'lam. Apa yang penting adalah setiap pemimpin mestilah ingat bahawa mereka berada di situ bersama amanah yang dipikul bukannya untuk memikul sebanyak harta yang mampu. Di sekolah, pengetua sebagai pemikul amanah utama haruslah sedar bahawa guru sekarang membawa watak yang berbeza. Mereka perlu diberikan perhatian yang lebih kerana tumpuan manusia sekarang adalah terlalu mencapah. Banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh guru hari ini. Tanpa fokus, guru akan gagal untuk melaksanakan amanah yang diberikan. Pengetua harus mempunyai kayu ukur untuk melihat guru sentiasa bergerak sejajar dengan kehendak masyarakat dan negara. 

Thursday, February 10, 2011

Latihan Tekanan

Latihan  tekanan adalah salah satu aspek penting dalam penyediaan pasukan ataupun pemain. Ia dapat membantu pemain untuk merasai keadaan sebenar dalam perlawanan. Latihan tekanan yang diberikan kepada pelajar mestilah menghampiri situasi sebenar dalam pertandingan. Pemain akan melakukan kemahiran dalam keadaan sebenar berbanding latih tubi yang diberikan dalam keadaan biasa. Dari situ kita dapat melihat kelemahan setiap pemain untuk diperbaiki kelemahan mereka masing-masing

Wednesday, February 9, 2011

Lompat Kijang

Mengajar Pendidikan Jasmani bagi kelas yang paling corot di tingkatan 4 ? Mulanya agak sangsi untuk memulakan sesi namun sebagai guru , kita harus terima dengan positif. Aku telah lama tidak mengajar PJPK untuk beberapa tahun. Hari ini , kemahiran olahraga iaitu lompat kijang. Pelajar tidak pernah melompat dan tidak pernah diajar PJ mengikut yang sepatutnya ( asyik nak main bola ).
Rupanya jika kita ikhlas, niat kita sampai di hati mereka. Permulaan ala latihan bola sepak the red warriors ( mereka jadi teruja) menaikkan nafsu mereka untuk mengikuti kelas. Akhirnya ada seorang pelajar yang dapat melompat sejauh 9 meter pada kali pertama mereka melakukan aktiviti lompat kijang.

Tuesday, February 8, 2011

SUKAN TARA

Masihkah ingat lagi dengan sukan tara ? Biasa dijalankan sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan. Itupun di sekolah yang komited dengan perkembangan fizikal pelajar mereka. Menjalankan sukan tara juga memerlukan penglibatan yang menyeluruh daripada guru dan pelajar. Acara yang dijalankan adalah 100m, 400m, lompat jauh dan lontar peluru yang cukup untuk mengukur serta menilai keupayaan fizikal pelajar. Suatu ketika dulu, pelajar mesti menjalankan ujian daya tenaga asas (UDTA) namun telah digantikan dengan SEGAK. Apa-apapun, setiap perkara yang hendak dijalankan secara mass perlu dipastikan kemampuan yang ada di sekolah.


Monday, February 7, 2011

Februari 2011

Kembali berblog untuk tahun 2011.... masalah laptop dan kemudahan internet tersekat menyebabkan rasa malas untuk meneruskan kerja menulis. Insyallah selepas ini akan berterusan untuk memastikan idea dan buah fikiran dapat dicatatkan untuk renungan bersama

Thursday, December 23, 2010

Haji 1431 - hari 2

15/10
Hari Jumaat. Check-in di Makarram al masi.Jarak kira-kira 100 meter ke pintu 5 Masjid Nabawi. Menjengok melalui tingkap ,berduyun-duyun manusia islam sedang bergerak ke Masjid. Ada yang berkumpulan ,ada yang berdua, bertiga dan macam-macam lagi dengan satu tujuan; ke masjid. Jemaah Turki sentiasa dalam kumpulan besar, tegap, besar dan pendek. Semakin lanjut usia, semakin sama keliatan paras rupa mereka. Gerakan pantas dan kasar, mungkin itulah sebabnya mereka mampu bertahan sehingga hujung zaman khalifah islam.

Solat jumaat pertama dengan memakai jubah putih yang dibeli di deretan kedai di situ. Sejuk dalam masjid nabawi kerana semuanya berhawa dingin. cuaca panas diluar seakan dilupakan dengan keadaan sejuk di masjid. Tiada nas untuk kita berjemaah 40 waktu di sini, tapi rugilah jika kita hanya bersolat di bilik hotel.

Tuesday, December 21, 2010

Haji 1431 - hari 1

14 Oktober 2010
Suasana di LTSI Kota Bharu tenang walaupun ramai yang hadir untuk menghantar dhuyufurrahman ke tanah suci. Bersalam-salam sesama keluarga tanpa disedari air mata bercucuran. Kelana Jaya jugatidak kurang meriah dengan sanak saudara yang hadir untuk lambaian kaabah. Dlm hati, sentiasa bersyukur dengan peluang untuk mengerjakan haji. Pukul 9.00 malam, kami berempat ; ayahanda, bonda dan isteri sudah bersedia untuk ke KLIA.

15 Oktober

Pukul 1 pagi, kapal terbang Saudi Airlines telah membawa kami untuk ke Madinah Al Munawwarah.Penerbangan yang mengambil masa 9 jam adalah bertitik tolak kepada perubahan manusia. Kita telah dipilih untuk membuat pilihan yang sebenarnya tidak sukar. Subuh di Madinah, satu ujian untuk bakal haji. Antara pemeriksaan pasport atau menunaikan solat adalah ujian. Kami telah memilih untuk solat menghormati waktu ketika masih di atas flight. Alhamdulillah! Semuanya kelihatan mudah dan bas akan membawa kamike Makram AlMasi, sebuah hotel yang berada di sebelah kanan masjid Nabawi.

Monday, October 4, 2010

Naik Haji

Semasa di pertengahan Ramadhan, kami telah membuat rayuan untuk menunaikan haji melalui pakej Batuta Travels and Tours. Alhamdulillah, tanpa disangka-sanga, kami telah diterima untuk menjadi tetamu Allah pada hari Selasa yang lalu.Pada hari Rabu keesokan harinya sehingga ke hari ini persiapan untuk ke Mekah dilakukan. Bermula dengan mengisi borang di Tabung Haji, melakukan pemeriksaan doktor, mendapat suntikan dan pada hari Sabtu,kami telah mendapat taklimat terakhir dan tarikh untuk berangkat iaitu pada 14Oktober 2010. Ya Allah! Kami memohon dipermudahkan urusan haji kami dan semoa mendapat haji Mabrur

Monday, September 20, 2010

khabar angin?

Selamat menghadapi peperiksaan UPSR 2010 untuk semua calon di seluruh negara. Kelmarin, ada terdengar desas-desus bahawa jawapan untuk subjek tertentu telah diketahui di bumi Albab, Besut. Tahun lalu, Besut telah mencapai peratus yang sangat tinggi. Harap-harap ia hanya khabar angin.

Monday, August 23, 2010

Apa tugas PKP sebenarnya...

Di sekolah Penolong Kanan Pentadbiran adalah merupakan pemimpin kedua selepas daripada pengetua. Mereka yang dilantik menjadi PKP biasanya telah berpengalaman menjadi guru kanan bidang dan PK KO serta HEM. Oleh yang demikian, adalah menjadi kebiasaan mereka dilatih untuk berperanan seperti pengetua kerana melalui latihan barulah mereka ini akan cepat menyesuaikan diri apabila dilantik menjadi pengetua suatu masa nanti.
Seorang PKP mengikut pekeliling mesti mengajar sebanyak 12 waktu di mana secara purata beliau akan mengajar 2/3 waktu sehari. Selain daripada itu, PKP adalah orang yang penting dalam segala hal kurikulum dan staf. Masalah yang dihadapi oleh PKP ialah kebanyakan PPD kerap memanggil mereka untuk hadir ke mesyuarat atau taklimat. Hal ini perlu diambil kira kerana banyak tugasan PKP akan terganggu akibat kekerapan keluar daripada sekolah pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tugas PKP dan kekangannya sebagai pemimpin instruksional boleh dibuat kajian untuk melihat ruanglingkup tugas PKP di sekolah.

Sunday, August 22, 2010

Ikut rasa binasa...

Kecoh di seluruh negara apabila puluhan laporan polis dibuat oleh pelajar dan ibu bapa terhadap seorang pengetua yang mana ucapan beliau dikatakan racist. Beliau telah memberikan ucapan di perhimpunan sempena bulan kemerdekaan dengan menyuruh pelajar cina balik ke China dan tali yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing... betulkah begitu ?

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit perasaan hati tentang perkara tersebut. Jika benar itulah sebutannya maka saya mengandaikan beliau telah terluka dari sudut emosi dengan sikap dan tingkah laku pelajar yang berada di bawah didikan beliau. Sudah tentu seorang pengetua ingin memastikan sekolah yang ditadbir berada dalam keadaan yang selesa dan kondusif untuk belajar. Apabila ada segelintir pelajar yang mungkin daripada kaum india dan cina agak kurang berdisiplin maka itulah jawapannya.

Sepatutnya seorang dewasa tidak boleh beremosi dalam menjalankan tanggung jawabnya di sekolah kerana lawan mereka adalah kanak-kanak dan remaja. Islam juga memberitahu kita supaya didiklah anak-anak yang berumur 7-13 tahun dan berkawanlah dengan mereka yang telah berumur 13 tahun ke atas. Di sekolah menengah, kita sepatutnya menjadi kawan kepada mereka. Jika kita menunjukka sikap ingin berlawan maka akhirnya kita yang akan menjadi mangsa kerakusan kita sendiri. Memilih perkataan ketika kita berdua dengan mereka adalah berbeza jika kita membuat ucapan di khalayak ramai. Sidikit kesilapan akan membawa padah. Kita seharusnya memahami keadaan semasa di negara kita ini yang mana isu-isu perkauman tidak akan menguntungkan sesiapa. Susah untuk menyatukan kaum , Baginda Rasulullah hanya mampu melakukannya kerana Islam. Lebih baik kita menggunakan pendekatan agama dalam menangani masalah antara kaum. Islam adil untuk semua.

Tuesday, August 17, 2010

Guru saya...

Sepanjang minggu lepas, saya telah menjalankan kajian terhadap p&p guru melalui instrumen penilaian p&p guru kepada pelajar. Beberapa orang guru telah dipilih untuk melihat respon pelajar terhadap guru-guru mereka termasuklah saya sendiri. Item-item adalah seperti berikut ;
  1. menepati masa
  2. berpakaian kemas dan sesuai
  3. mengajar dengan suara yang jelas
  4. menggunakan bahasa yang mudah difahami
  5. sentiasa membimbing murid memahami pelajaran
  6. ada menggunakan bahan bantu mengajar
  7. menyemak dan mengembalikan buku latihan murid
  8. mengawasi disiplin murid dalam kelas dengan baik
  9. mengambil berat tentang kehadiran murid di dalam bilik darjah
  10. sentiasa memberi peluang kepada murid untuk bertanya
  11. mementingkan keceriaan bilik darjah                                                        
dengan menggunakan skala likert 1-4 sangat setuju-setuju-tidak setuju-sangat tidak setuju maka keputusan bagi kebanyakan guru adalah min sekitar  3.++ kecuali beberapa orang yang kurang digemari oleh murid. Pendekatan seterusnya adalah dengan bertanya punca min yang diperolehi maka apa yang dapat disimpulkan adalah ada guru yang sentiasa lewat masuk ke kelas, suara kurang jelas dan tidak menggunakan 2-way komunikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sunday, August 15, 2010

klinik 1malaysia

Buku mana nak rujuk, ayat siapa nak dipakai, ilmu mana nak diguna ... percubaan PMR sekolah hanya setakat 28 %. Jauh di bawah par 40%. Sasaran bukan lagi birdie atau bogey tetapi 64 % 24 di atas par. Bila disemak, subjek yang paling teruk ialah Bahasa Inggeris dgn keputusan 41% namun dengan keputusan ini, maknanya ada lagi subjek yang menjadi faktor kegagalan. Maka, dengan penuh jiwa exam oriented, aku telah menganjurkan klinik 1malaysia yang beroperasi dari jam 2.30-4.30 ptg dengan harapan menjelang hari raya nanti, semuanya akan pulih untuk makan ketupat dan tapai. Sepatutnya aku melihat keberkesanan p&p namun itu bukan menjadi budaya pendidikan kita. Tuan besar datang untuk memberitahu, saya melihat kerja guru melalui keputusan peperiksaan. Harapnya dengan latih tubi lah kita boleh memecut untuk mengejar sasaran.

Friday, August 13, 2010

tazkirah ramadhan 1431

Tazkirah ramadhan selepas solat jumaat oleh pakar pemakanan dari USM untuk dikongsi bersama
  1. Pastikan kita mengambil 2 serving buah-buahan dan sayuran dalam hidangan berbuka. Contohnya 7 biji kurma dan 3 senduk sayuran.
  2. Jangan minum teh/kopi semasa sahur untuk mengelakkan kehilangan banyak air kerana kerap membuang air kecil
  3. Makan kurma dan minum air kosong semasa berbuka dan makan nasi serta minum teh selepas solat maghrib
  4. Pilih makanan yang bersih di bazar ramadhan kerana terlalu banyak habuk di luar rumah.

Wednesday, August 11, 2010

Hari pertama...

1 Ramadhan telah melabuhkan tirainya. Petang tadi,kelihatan bazar-bazar sedang memperagakan juadah berbuka puasa untuk menarik hamba Allah untuk menhabiskan wang bagi membeli sesuatu yang mungkin tidak sempat dimakan. Itulah suasana hari pertama di Pasir Puteh.Hujan lebat di awal petang tidak menghalang manusia untukkeluar berduyun-duyun. Pesta sudah bermula namun Tuan Imam yang memberikan tazkirah asar menegur sikap umat yang leka sewaktu berkunjung ke bazar yang bersebelahan dengan masjid. Anak gadis memakai baju lengan pendek dan seluar ketat tidak mencerminkan penghayatan agama. Kereta diletakkan di dalam pagar masjid tanpa menghiraukan jemaah yang lebih tua. Itulah dunia hari ini.

Tuesday, August 10, 2010

Setahun yang lalu..

Masih teringat pada masa itu, aku mempunyai sebuah alat penimbang digital. Apa projek tahun ini? Oh ! Baik aku gunakan untuk memberikan motivasi untuk kerabat aku agar berbelanja secara berhemah. Aku mengeluarkan jadual timbangan untuk semua ahli keluarga. Hari ini, timbangan diambil .. ala-ala biggest loser. Setiap 3 hari semua ahli akan menimbang berat badan masing-masing. Aku bermula dengan 85.3 kg. Akhirnya setelah genap sebulan.. berat badan turun sebanyak 2 kg sahaja. Sekarang di akhir Syaaban, dan alat itu telahpun rosak. Mungkin perbelanjaan berhemah akan menjadikan ramadhan lebih diberkati di samping mendapat body yang diingini.

Thursday, August 5, 2010

Saman ekor

Ramai yang sedang menunggu sama ada JPJ dan PDRM akan mencapai satu persetujuan tentang saman ekor. Tan Sri Musa Hassan telah mencadangkan agar saman dikenakan secara berpatutan kepada pesalah trafik. Berapa agaknya jumlah saman yang sesuai. Atau hapuskan saman ekor sebaliknya menahan pesalah had laju sejurus selepas mereka melakukan kesalahan. Bagaimanapun, sesuaikan lah had laju berdasarkan tempoh masa, jenis jalan dsb. Ini kerana, kereta peronda pun kadang-kadang tidak mampu untuk bergerak 60 km/j ketika jalan lengang.

Sunday, August 1, 2010

Rumah...

Sebuah rumah kecil di tepi sawah di depannya sebuah tali air memberikan berita ketenangan.

Thursday, July 29, 2010

dewan peperiksaan

Minggu depan, pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan percubaan PMR yang diharapkan akan dihapuskan beberapa tahun lagi. Kita sedang membawa mereka ke haluan yang agak beranjau. Pagi ini, saya telah menyuruh seorang pelajar untuk menghitung semua meja yang telah disusun di dewan peperiksaan. Alangkah sedihnya apabila melihat beliau menghitung dengan gandaan 1 berbanding gandaan 5 kerana semuanya telah rapi. Apa sebenarnya tujuan matematik diajar dengan pelbagai topik? Ataukah dia seorang yang teliti yang ingin memastikan bilangannya tepat. Baiklah, bukan itu saja yang hadir dalam perasaan saya pada hari ini. Menyusun meja untuk peperiksaan menjadi beban yang agak berat kerana terlalu banyak hal yang perlu dibereskan. Adakah ini tugas guru atau pembantu di sekolah. Ketika guru sedang berteriak menyuruh pelajar mengangkat meja dan kerusi dan membuka kelas menjadi dewan, aku terfikir sendirian, berapa kali lagi kesusahan ini akan berlaku? Jawapnya 4 kali, selepas ini percubaan spm, pmr dan spm. Jika aku menjadi pengetua, mungkin aku akan memastikan beberapa tempat di situ akan berganti jubin yang akan menjadi penanda. Kita sebenarnya memerlukan dewan untuk setiap sekolah. Kos yang tidak perlu terlalu besar untuk sebuah dewan yang hebat. Cukuplah, sebuah kotak besar yang dipanggil dewan peperiksaan.

Monday, July 26, 2010

" A school for pregnant teens?"

Pagi ini sempat menatap NST sementara menunggu untuk p&p. Di muka 2 tertera " A school for pregnant teens?" Bila membacanya, terasa seolah-olah, perihatinnya pemimpin atau sesiapa yang membuka bicara itu. Caknanya mereka kepada nasib remaja ? Apabila diulang fikir, bodohnya manusia yang membiarkan remaja mengandung dan kemudian memikirkan projek termasuk membina sekolah baru untuk mereka. Umbi pisang mesti dibuang habis jika kita tidak mahu pisang berbuah lagi. Apa yang perlu difikirkan ialah bagaimana kita boleh menanamkan rasa jijik kepada remaja untuk tidak membiarkan diri daripada mengandung. Bukankah itu yang terlebih baik ?

Thursday, July 22, 2010

Dia datang lagi..

Dia datang lagi.. siapa dia? Dialah Pengarah yang datang sekali lagi dan meninjau lokasi yang sama seperti sebelumya. Apa perubahan yang telah berlaku. Itulah yang menjadi harapannya namun agak hampa. Ada yang masih tidak kena dan belum mencapai satu standard yang diingini beliau. Itu semua adalah masalah fizikal di persekitaran kerja. Penyenggaraan adalah satu kemestian yang berKPI yang kurang dipantau.

Monday, July 19, 2010

Lelaki menyapu di bawah kerusi wanita..

Saya mengambil nama untuk seminar pada hari Sabtu, yang datang mendaftar adalah pelajar perempuan. Tiada seorangpun lelaki. Ouch! Mereka mesti diajar. Saya basuh mereka satu persatu.. yang main bola peringkat tertinggi diperli secara terhormat. Yang berlari laju diperli selaju angin ribut pantai, yang main tenis, di'volley' atas jaring. Mereka terkejut kerana tidak menyangka terkena batang hidung masing-masing exact on the dot. Dalam akhbar, 68% perempuan medaftar di IPT. Apa maknanya? Gaya sekarang adalah untuk perempuan. Menghafal, duduk berfokus, kerisauan tinggi adalah milik perempuan. Lelaki bukan begitu, bukan salah mereka, kita berikan mereka penyapu untuk menyapu bawah kerusi boss wanita.

Sunday, July 18, 2010

Hari Keluarga

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya Hari Keluarga SMKBJ. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihak AJK Kelab tidak dapat melaksanakan agenda yang tentunya dirancang oleh mana-mana kelab staf. Syukur, akhirnya kami berjaya mengumpul hampir 50% ahli kelab untuk turut serta bersama keluarga masing-masing.

Wednesday, July 14, 2010

HARI KELUARGA


HARI KELUARGA SMK BUKIT JAWA 2010
PANTAI SRI TELONG CHALET

TENTATIF PROGRAM

7.30 am - 8.00 am       - Pendaftaran
8.00 am - 8.30 am       - Sarapan pagi
8.30 am - 11.00 am     - Sukaneka / Aktiviti / Bola Sepak Pantai
11.00 am - 12.30 pm    - Persiapan BBQ
12.30 pm - 1.30 pm     - Makan tengahari
1.30 pm - 2.00 pm       - Penyampaian hadiah dan penutup
2.00 pm                       - Bersurai

  1. Semua peserta diminta mendaftarkan diri kepada urusetia sebaik tiba di Pantai Sri Telong Chalet
  2. Setiap keluarga diminta membawa kelengkapan pinggan dan gelas untuk kemudahan keluarga masing-masing
  3. Kanak-kanak yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna diminta menyediakan pensil / peralatan mewarna masing-masing
  4. Sila bawa tikar / alas duduk kerana pihak pengurusan tidak menyediakan kemudahan yang mencukupi
  5. Dua bilik disediakan sepanjang program untuk kemudahan semua peserta
  6. Pihak urusetia mengalu-alukan perkongsian daripada peserta seperti buah-buahan dan kuih muih untuk memeriahkan lagi program
  7. Jika ada peserta yang berminat untuk menyewa chalet, sila hubungi mana-mana AJK Kelab untuk tindakan selanjutnya. Hanya 7 buah chalet yang disediakan untuk penginapan.
  8. Pihak Urusetia Program Hari Keluarga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan sambutan yang diberikan.

Sunday, July 11, 2010

Orang yang sibuk..

Siapakah orang yang sibuk ? Menurut seorang sahabat, orang yang sibuk ialah orang yang mampu melakukan satu perkara ke satu perkara setiap hari. Pendek kata, mereka ini tidak berhenti bekerja sejak awal pagi sehinggalah waktu untuk tidur. Ramai yang salah anggapan bahawa orang yang mengatakan saya tidak dapat lakukan sesuatu kerana saya sibuk adalah orangnya. Bukan wahai pembaca, orang yang sibuk tidak sempatpun untuk melayan pertanyaan atau memberikan respon sedemikian.
Hari ini aku mengucapkan tahniah kepada seorang rakan yang mendapat pengiktirafan sebagai GC 48. Bukannya Guru Cha ttp Guru Cemerlang.

Saturday, July 10, 2010

Friday, July 9, 2010

Ucapan terima kasih

Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Kayuhan Riadah cakna belia 2010 Persatuan Masjid Ibrahimi Pasir Puteh. Insyallah program yang murni ini akan diadakan setiap tahun disamping acara kayuhan yang lain. 

Thursday, July 8, 2010

kerja-kerja akhir

Kerja-kerja terakhir disiapkan sebelum kayuhan riadah yang akan diadakan pada pagi esok. Perkara yang utama ialah peserta untuk kayuhan. Jumlah 40 orang telah mencukupi dan tidak dapat ditambah lagi kerana masalah baju t. Banner telah siap untuk digantungkan di tepi kawasan pantai yang akan menjadi tempat perasmian program. Nombor untuk cabutan bertuah sudah sedia bersama dengan aturcara sepanjang 2 jam di Tok Bali. Semoga semuanya akan berjaya dijalankan dengan baik. Insyallah!

Wednesday, July 7, 2010

Ke hospital

Semalam aku ke HTA setelah hati ini belum berpuas hati dengan tahap kesihatan diri. Memilih untuk pergi selepas bekerja, aku tiba di hospital dan hanya menunggu 15 minit untuk masuk berjumpa dengan pembantu hospital. Di dalam hati, aku tertanya-tanya apakah dia boleh memberikan satu analisa yang berrguna tentang kesihatanku. Setelah memberikan penjelasan tentang keadaanku, beliau telah memeriksa badan dan memberikan pendapat bahawa aku mungkin mendapat gastrik. Aku juga meminta beliau memberikan aku statin untuk menurunkan paras kolestrol kerana aku tidak dapat menemui alternatif lain setakat ini yang boleh membantu mengurangkannya.
Aku sedar bahawa pengambilan stati mungkin memerikan kesan kepada hati tapi untuk sementara waktu ini aku cuba untuk mengikut nasihat MA terlebih dahulu. Semalam  kayuhan bersama rakan-rakan menjadikan aku lebih rendah diri dengan kegagalan untuk mengikut rapat dek kesakitan di bahagaian dada. Aku kena bersabar , berusaha dan berdoa

Tuesday, July 6, 2010

Hari Lahir


Sambutan Hari Lahir dengan menjemput anak-anak saudara ke rumah
Icing setebal 2 inci tapi sayang tiada yang makan. Silap pilih kek rupanya

Monday, July 5, 2010

Lensa kenangan buat Brazil

Malam itu tidak terniat untuk merakamkan peristiwa ini kerana tidak menyangka bahawa aku tidak berpeluang lagi untuk mendapatkan suasana permulaan perlawanan bagi Brazil. Mereka telah kalah dan rupanya tidak sia-sia lensa kamera merakamkan peristiwa ini.

Sunday, July 4, 2010

Kelibat.....

Masuk ke kelas untuk 2 waktu terakhir, menghabiskan perbincangan contoh karangan yang baik supaya para pelajar dapat membuka mata bahawa apa yang ada pada mereka sekarang adalah pada tahap yang masih rendah. Mengajar di waktu tengahari apatah lagi subjek bahasa memerlukan kreativiti guru. Jika kita malas untuk menyediakan BBM yang sesuai maka kitalah alat bantu mengajar yang paling efektif sekali. Mimik muka, gerak badan, suara yang jelas dan berirama amat diperlukan. Gelak tawa bercampur diam menandakan kelas adalah berjalan dengan lancar. Sedang asyik mengajar, tetiba terlihat susuk tubuh yang dikenali tetapi tidak disangka sedang berjalan sambil memandang ke dalam kelas. Sedetik itu terlintas di fikiran, eh Tuan Pengarah. Belum sempat aku menegur beliau , kelibatnya sudah entah kemana..

Saturday, July 3, 2010

Apabila Brazil kalah..

Piala Dunia dan Brazil adalah sinonim. Satu-satunya pasukan yang tidak pernah gagal untuk beraksi di Piala Dunia. Malam tadi mereka telah menunjukkan aksi yang bermutu dan menghiburkan tetapi kalah. Dunga telah meminggirkan rentak samba untuk sebuah kemenangan naumn gagal. Maka, apabila kelainan yang dibuat untuk berjaya tetapi hampa menunjukkan bahawa bola sepak bukan sekadar kemenangan tetapi ia mesti bersifat menghiburkan. Peminat akan dua kali hampa dengan apa yang berlaku kepada Brazil.Lebih baik dikekalkan rentak samba dan tewas kerana sekurang-kurangnya anda telah berjaya menghiburkn.Malam tadi, peminat rasa terhibur namun apakan daya ..
Antara pemain yang menonjol pada kali ini ialah Maicon. Kaka sedang menghampiri kelincahahan biasanya namun disekat oleh pasukan oranje. Piala Dunia 2010 telah tamat pada malam tadi

Wednesday, June 30, 2010

Anugerah Berlian

Siapa yang mengenali beliau ? Beliau bukan seorang ahli politik yang fotonya terpampang di dada akhbar, bukan juga pelakon atau penyanyi dengan gelaran Datuk atau Dato' atau Datok. Jauh sekali seorang usahawan yang bergelar jutawan. Beliau seorang guru yang mengatasi guru. Beliau menjadi guru kepada sesiapa dan di mana-mana. Mengapa ? Kerana beliau adalah guru yang menulis dan kita membacanya. 50 dan lebih buku yang ditulis bukan lagi seorang yang inovatif untuk menerima anugerah. Beliau layak untuk mendapat anugerah Berlian pada hari ini kerana setiap buku yang tertulis adalah permata yang menyinari orang lain. Seorang sarjama atau dr falsafah tidak lengkap kajian tanpa rujukan. Jika anda tidak mahu memberikan anugerah kepada beliau, biar saya yang lakukan "ANUGERAH BERLIAN " . Beliau adalah Ab Alim.