Monday, January 21, 2019

Salah satu

Kebanyakan kita punyai impian dan ingin jadi terkenal. Dengan impian itu kita akan cuba jadikan sebagai hobi sebelum diteruskan sehingga kita mahir  dan mungkin terkenal.
Impian ku dulu ada 2. Salah satunya adalah menjadi pelukis terkenal. Ia perlu kan bakat untuk pergi sejauh itu.  Bagaimana seorang budak yang hanya pandai melukis ayam togel akan menjadi terkenal?
Sejak itu,  ketika darjah 1 aku anggap itu hanya impian yang tidak kesampaian. 
Beberapa hari lepas,  ketika di Klia,  aku membeli sebuah buku bertajuk How I learnt to  play.. By Andrea Tan.. My adventures in writing and drawing. 

Aku beli buku ini kerana ia akan hubungkan aku dengan impian ku.