Monday, January 21, 2019

Kursus Kecergasan

Ke Sarawak untuk kursus.  Berikut jadual nya
Hari 1- perjalanan seawal 6.30 pagi ke Klia. Latihan pertama ialah kecergasan bermula dengan bangun pagi.  Lepas tu makan pagi di cafe airport untuk pastikan cukup kalori yang diambil. Di dalam kapal terbang,menonton cerita yang bermotivasi adalah untuk meningkatkan kekuatan dalaman.  Memilih cerita secret superstar arahan Amir khan sangat menarik.
Kalau ada masa, tidur juga sebentar untuk dapatkan tenaga.

Sampai di Kuching,  semua pergerakan mesti sistemarik supaya kita sentiasa mengatur baik aktiviti kecergasan.  Sesi pertama adalah brisk walking. 10k langkah perlu dicapai untuk hari 1. Kali ini, sukan golf kita pilih untuk tema kecergasan. Visualisasi adalah penting kerana kita dapat menyusun otak, otot, sendi kita supaya konsisten dalam melakukan pergerakan. 
Pengurusan tersangat penting kerana setiap lakuan tiada jalan ulangan.
Penyejukan badan wajib untuk elakkan daripada kelesuan akibat asid laktik berkumpul dalam otot.
Malam, relaksasi adalah aktiviti yang baik.  Boleh pilih cara masing masing untuk relaks.

Hari 2.
Keselesaan adalah elemen penting dalam kecergasan. Setiap individu mesti mencari keselesaan sendiri.  Bermula daripada pemilihan pakaian, alatan dan rakan sparing. 
Ketahanan dan kekuatan sangat perlu kepada setiap atlet.  Bermain sukan seperti golf memerlukan 4 jam keyakinan,tumpuan,kesabaran,ketenangan dan ketepatan.
Fokus adalah ciri penting untuk kecergasan pemain.  Fokus kepada yang kecil dan besar. 

Setiap kesilapan perlu diatasi selepas setiap lakuan. Menggunakan analisis video atau foto adalah Wajib.

Kita perlu peka kepada peraturan kejohanan untuk memudahkan persiapan.  Lantik Pengurus yang berwibawa untuk bantu. 
Begitu juga Jurulatih.  Pastikan jurulatih tahu bagaimana kita boleh dimantapkan prestasi. 

Rehat dan pulih tiada kompromi.  Cuba tidur awal untuk pulihkan otot yang telah digunakan.

Hari 3
D day. Awal ke tempat kejohanan. Dapatkan rasa dan  bau supaya semua jadi serasi dan satu. Hanya jauhari yang kenal manikam.
Setiap tekanan perlu diserap dan gantikan dengan semangat. 
Main ikut kemampuan diri. Jangan cuba paksa diri dan jangan ubah gaya kerana kemahiran tertutup tidak perlu kepada respon semasa. Ia hanya ulangan kepada kemahiran yang dilatih berulang ulang. 
Sudah ulang 10000 kali?
Tamat pertandingan, jadikan ia tov untuk seterusnya hingga kita dapat capai matlamat sebenar.

Tahniah perlu diberikan kepada pemenang dan ucapkan I'll be back to beat you.

Dalam perjalanan balik,  jangan sombong dengan peminat.

Enjoy your day and after 3 days, we start again. Never surrender .....

No comments: