Sunday, August 19, 2018

Tugas dan Fungsi

Bila lihat Hirarki di bawah,  apa yang terlintas di fikiran saya ialah siapa atau organisasi mana yang boleh gunakan dalam tugas seharian.

Kita bukan sembarangan jadikan ia sebagai panduan kerana dikhuatiri berlaku sesuatu yang tidak adil.

Tugas adalah jawatan yang kita sandang. Sebagai contoh. Seorang guru adalah dikira tugas.

Fungsi pula penelitian kepada tugas Itu tadi.  Untuk memastikan semua tugas berjalan dengan cemerlang,  fungsi kita hendaklah lancar dan sesuai.

Hirarki  begini memang membezakan manusia secara kasta. Orang bawahan kerja hampir mati,  tetapi orang di atas lena diulit Intan. 

Memanglah kerja guna otak nampak bergaya berbanding kerja guna tenaga.

Bagi saya hanya tuan syarikat sendiri sahaja yang boleh guna Hirarki ini.  Yang lain,  tolong hormat orang yang kita panggil  orang bawahan.

No comments: