Thursday, February 11, 2010

Sorotan Seminggu

 
Majlis Tilawah Qurah (MTQ) peringkat sekolah diadakan pada hari Sabtu, sesi persekolahan menggantikan cuti tahun baru cina. Rupanya masih ada pelajar yang suka melakukan perkara-perkara baik walaupun kecil bilangannya. Sayu mendengar johan hafazan memperdengarkan bacaan ala-ala al gahmidi, al matrud dsb. Nasyid menjadi tumpuan para pelajar cuma kekadang tertukar dengan tarian melihat gaya mereka melakukan formasi...............

 
Mesyuarat JPKS di PPD pada hari ahad menambah lagi koleksi fail untuk dikerjakan pada tahun ini. SU bukan cerita dongeng tapi ini betul-betul, Su kurikulum, su itu , su ini menunjukkan kita banyak minum su su masa kecil dahulu

 
Dari SU ke Pengerusi Kelab Kakitangan semua dirembat dengan mudah untuk tahun ini. Muka dah tidak dapat disorokkan lagi. Badan besar mana mahu lari.. kata apek tua. Maka bermesyuarat la, wow! Bulan Mac kita pergi Bangkok hingga sempadan Myanmar , mahu ikut jalan, kalau tak mahu jangan banyak songeh, mana nak layan 170 orang, laki binipun gaduh, inikan pula kelab staf hehehe.... siapa mahu iku? Jom ke Bangkok, Kancaburi,hatyai dll

 
Majlis perlantikan pengawas perlu juga dijalankan. So, sibuk semua guru unit HEM merancang, mengagih, mengelola dan memantau sehingga semua berjalan lancar.... sayang SU mcm aku tak dapat ikut serta, semalam ada arahan pinda headcount lagi. ayoyo! dah 4/5 kali tukar uhuhuh

4 comments:

Naser & Yati said...

su...su...su...su..per..men: kena pakai seluar dalam kat luar! baru power!

Unknown said...

bkn kelab staf smkbj x leh join k? kami klab 252b he he

Nana Tanjung said...

nak ikut......

norhayatirahman said...

berapa ongkosnya