Friday, October 23, 2009

UMNO bukan selamanya musuh bagi PAS

Hingga ke hari ini, proses kematangan politik di Malaysia semakin jelas ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini, cara BN mendominasikan amalan berpolitik dalam sebuah gabungan tidak boleh dibuat perbandingan. Apabila muncul Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh 3 buah parti iaitu PAS, PKR dan DAP barulah rakyat dapat melihat 2 cara berbeza dalam tindakan sebagai sebuag gabungan.

Apakah yang berbeza ? Apa yang dapat diperhatikan ialah setiap perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati oleh mana-mana individu dalam mana-mana parti adalah 'terbuka' untuk dibahas dan dibincangkan. Konsep masuk bawah karpet adalah satu kaedah umpama memakai tudung tetapi punggung terjulur. Banyak perkara menjadi 'public secret' sedangkan sosek-sosek mulut manusia bercakap.

Tidak ada gunanya kita menyimpan dendam kesumat jika ada rasa ketidakpuasan hati. BN bukannya hebat dalam menjaga gabungan mereka tetapi kuasa wang yang ada menjadikan mereka masih mampu bertahan dalam hubungan sesama mereka.

Adalah lebih baik kita terus melihat kewajaran gabungan dalam Pakatan Rakyat dengan cadangan, debat, perbincangan dan sebagainya utk mengetahui adakah titik pertemuan akan muncul pada suatu masa. Tugas PAS sebagai parti dakwah adalah untuk terus memberikan nasihat kepada rakan gabungan tetapi pada masa yang sama mesti sanggup untuk menerima teguran yang berkaitan daripada rakan yang lain.

Sesungguhnya orang-orang UMNO adalah lebih dekat kepada PAS jika kita melihat mereka daripada sempadan fizikal. Mereka adalah sama bergelumang dlm aktiviti harian. Baik di tempat kerja mahupun di masjid, PAS dan UMNO adalah sentiasa bersama-sama. Yang menjadi sempadan adalah pandangan dan kefahaman tentang islam. Dari sudut bangsa, mereka adalah sebangsa dengan dalam kadar 90% jika PAS menerima kemasukan Kelab Penyokong PAS sebagai sayap PAS.

Dalam pihak PAS bermusuhan dengan UMNO, hendaklah kita letakkan sedikit harapan bahawa bukan selamanya mereka akan menjadi musuh PAS. CUMA, PAS tidak boleh bersama mereka dalam keadaan sekarang. Semasa mereka sebagai kerajaan, PAS tidak sepatutnya bergabung dengan mereka. Ia akan menjadi ERA GELAP PAS kerana kuasa wang ada pada mereka dan telunjuk mereka akan menjadi lebih lurus berbanding telunjuk pemimpin PAS.

Jika hari ini, DAP sudah mula mendengar ayat Quran melalui mulut pemimpin PAS, PKR akan terus maju di bawah DSAI maka tugas PAS adalah untuk terus mendapat keyakinan rakyat beragama islam sebagai wadah sokongan mereka. Mereka bukan tidak mahukan PAS tetapi UMNO ada kuasa wang. PAS perlu mendapatkan kuasa wang untuk mendapatkan peratus keyakinan yang lebih tinggi daripada rakyat. Ekonomi Islam perlu dipegang oleh PAS. Biarkan UMNO mendapat segala projek kerajaan tetapi PAS perlu ada satu porfolio yang menjana ekonomi. PAU AHMAD bukan milik PAS. MEE UMMI bukan milik PAS. Projek jati emas disiarkan dalam HARAKAH tetapi menganiaya pelabur. Bila umat islam akan percaya jika PAS gagal untuk memajukan ini semua. Jangan asyik mencari kesalahan UMNO tetapi PAS sudah ada KELANTAN selama 19 tahun untuk menjadi contoh dari sudut ini. Jangan hanya menjaja nama kehebatan TGNA semata-mata tetapi gagal untuk menunjukkan contoh teladan yang lain.

Akhirnya, kata-kata ini perlu juga diberikan pertimbagan;

UMNO ibarat monyet di atas pokok; mengambil buah-buah dengan tangan dan kaki serta mulut kerana tamak . banyak yang jatuh dan dapat di makan oleh binatang yang melata.

PAS ibarat labi-labi; apabila diberikan kangkung di depan orang, lalu dimasukkan kepala dalam cengkerang tanda tidak mahu tetapi keesokan hari tiada yang tinggal termasuk batang kangkung.

PAS KUAT, ISLAM KUAT

3 comments:

Jubah hitam said...

Idea kerajaan perpaduan adalah amat releven sebenarnya, tetapi ramai masih berpolitik tahap kampung menolak idea tersebut. Jika Pas tiada pemimpin seperti TGNA dan TGHH sudah pasti PAS tiada kegerunan lagi dikalangan musuh. Pemimpin PAS yang lain kalau lihat dari lahiriah sama sahaja dengan pemimpin sekular yang lain.

Naser & Yati said...

Bro elok pakat2 masuk UMNO je la. Ibrahim alkatak pun dah insaf.

Pakwar said...

ambo tak bersetuju kalau perpaduan dgn umno di atas dan pas di bawah, sbb itu tgna dulu suruh bubar dua-dua parti dan pakat fikir dasar yg selari dgn kehendak islam