Monday, October 12, 2009

Peperiksaan PMR 2009


Satu kelainan dalam peperiksaan PMR pada tahun ini ialah guru terpaksa membahagikan penutup hidung kepada semua calon untuk mengelakkan jangkitan H1N1. Peruntukan yang besar telah digunakan termasuk penyediaan jangkasuhu di setiap pusat / sekolah. Dengan calon seramai 387 orang yang dibahagikan kepada 3 pusat adalah agak mencabar. Semasa ini, calon sedang menjawab soalan sejarah. Besok adalah merupakan hari terakhir dan pihak sekolah amat risau dengan tingkah laku mereka apabila tamat peperiksaan nanti.
Mengumpulkan mereka pada setiap sesi menjadi agenda penting kerana sikap pelajar lelaki yang kurang berdisiplin melambatkan pergerakan. Aku masih ingat pesanan; jangan pukul pelajar sewenang-wenang

4 comments:

Jubah hitam said...

Gaya Pakwar macam PK Kurikulum. Bila dapat merintah agaknya.

Yati Wahab said...

memang bagus kerajaan beri mask percuma tapi bagi yang sihat mereka tak nak dan buang saja...membazirkan...

tapi kita tetap kena bagi jugak sebab saya yang menurut perintah..

SUK tak de guru bertugas bantu ke?.

CRoiMan said...

waris baru aje bersama guru-guru mengelilingi dewan dan iring calon-calon pmr keluar dewan dan terus balik rumah....mengikut kebiasaan, lepas abis pmr aje...macam2 perkara yang akan berlaku...sampai aje di luar pintu pagar sekolah..murid2 nakal membunyikan motosikal dengan kuat dan mula menggila...letupan2 mercun bersahutan di luar sekolah...dalam sekolah aman damai...

Pakwar said...

pakwar masih memikirkan kaedah terbaik utk dicadangkan kpd pk hem ttg masalah tempat letak motosikal pelajar