Tuesday, February 24, 2009

Rama-rama dari batang kali

Rupa-rupanya janji amoi Batang Kali setahun yang lalu telah menjadi kenyataan. Setelah setahun maka berbungalah orkid yang dibeli setelah disiram dan dijaga dengan sebaik mungkin. Dari pasu ke pasu ia bertukar rumahnya dan hingga kini semua orkid ini telah ditempatkan sebaiknya di sebuah tempat yang bernama "orchid hut".

Kembangnya hari ini membanggakan si empunya diri kerana berkat kesabaran akan menjadi kenyataan
Ungu bukan sebarang ungu. Batang Kali fly nama diberi. Memberikan ketenangan di kala resah.

No comments: