Sunday, December 14, 2008

PDRM (Polis dan Rakyat Marhaien)

Suatu hari dalam perjalanan ke utara kami telah memotong deretan kereta polis di depan dan belakang dua buah kontena dan semuanya siap bersenjata. Tertanya-tanya apakah bahan yang di bawa dalam kontena sehingga kawalan begitu rupa dan semasa berada di sebuah tempat rehat, tanpa dijangka mereka turut berhenti untuk seketika.
Melihat cara mereka meletakkan kereta dan 4wd mengelilingi kontena dan mengawalnya sudah pasti sesuatu yang sangat bernilai sedang dibawa. Syabas PDRM kerana begitu amanah dengan tugas menjaga keselamatan hak negara yang sudah pasti hak rakyat. Hak kita semua.
Nasib baik ada seorang sarjan adalah 'statemate' dan jenis peramah berbanding anggota lain maka sempatlah jawapan diperolehi; kontena berisi wang syiling bernilai jutaan RM sedang dalam perjalanan ke Bank Negara cawangan Pulau Pinang. Tahniah Pak Polisi. Sesuai dengan slogan 'Saya Anti Rasuah' anda semua layak untuk memikul amanah daripada rakyat dan jangan terlalu akur dengan arahan mana mana pemimpin secara membabi buta kerana kita semua sedang diperhatikan di kanan dan kiri kita.

Rakyat Marhaein amat memerlukan ketegasan polis dalam menjaga keamanan negara. Pemimpin adalah sebahagian daripada undang-undang dan tiada siapa yang harus bebas untuk menjaga kepentingan masing-masing dengan menggunakan anggota polis.

1 comment:

Jubah hitam said...

Rakyat di kuala terengganu bimbang apabila tiba musim pilihanraya kerana walaupun ramai polis yang datang ke sini tetapi ianya bukan untuk membendung jenayah tetapi lebih kepada mengawal aktiviti politik