Melangkah ke Taman Melewar buat kali pertama sejak kehebatan ayam sabung abang mat sekitar penghujung 90-an. Pada 25 Ramadhan ini telah terukir kenangan terindah kerana di saat gerak hati (hunches) begitu membuak untuk ke sana telah menemukan pelbagai jawapan yang tidak pasti. Terima kasih Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kerana kesudian untuk menyampaikan tazkirah. Kali pertama juga aku melihat susuk kecil kerabat Tuan Guru berdiri megah menyampaikan bait-bait memperingatkan diri sendiri dan sahabat tentang kelebihan Ramadhan.
Mengapa memilih tajuk itu? Hakikat yang diakui pada malam ini bahawa percakapan akan kosong tanpa pembuktian melalui sejarah yang telah berlaku dan hanya sebagai angan-angan tanpa maklumat Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Mana mungkin seorang yang berdiri di bawah perjuangan agama bercakap bagaikan seorang penyajak yang hanya melihat sebagai satu fenomenalogi. Setiap kata-kata disokong hujah bernas, diselit ayat-ayat suci yang menambahkan kukuh erat jiwa manusia yang menadah cuping telinga saban malam di Taman Melewar.
Begitu juga penulisan tanpa tinjauan literaturnya, tanpa kerangka model dan tanpa ilmuan bidang maka tidak ubah ibarat dongeng sang duyung yang hanya diiringi oleh fatamorgana yang melakunkan watak air untuk sang insan yang dahaga.
Semakin dalam aku menyusuri gua, semakin gelap rasanya namun ia tetap menjanjikan habuan guana yang mampu membebaskan diri dari belenggu hidup. Itulah indahnya bergelar cendikiawan.
1 comment:
Melangkah ke Taman Melewar menyebabkan aku begitu teruja sekali, akhirnya sampai juga di lubuk PAS Malaysia. Namanya begitu gah sekali sejak dulu lagi yang amat menakutkan syaitan2 sekular
Post a Comment