2 ramadhan- 8.51 am
Semalam umat islam kembali ke surau /masjid dan mana mana tempat berkumpul untuk menunaikan solat terawih setelah sekian lama tidak berjemaah isyak dan bersolat terawih. Apakah tahun ini akan menjadi satu rutin umat islam di malaysia yang hanya memenuhi surau dan mesjid di awalnya , berkurangan di pertengahannya dan kembali kepada asal di penghujungnya.
Kisah malam tadi amat menghantui diriku, setelah begitu asyik imam membaca ayat- ayat suci alquran dan menghabiskan dua rakaat, tidak ada makmum yang mampu untuk menjadi bilal sedangkan begitu ramai umat islam yang bersolat bersama-sama.
Jika kita merenung sejenak, adakah lagi umat yang akan memandikan mayat kita suatu hari nanti , adakah umat yang boleh menjadi imam sembahyang jenazah,apatah lagi membaca talkin dikuburan.
Jika kita semua menyerahkan fardu kifayah ini dengan menuding jari kepada orang lain, siapakah orangnya?
Jika kita hanya sekadar menjadi orang biasa , siapakah orangnya yang akan menjadi imam kepada kita semua?
Marilah kita bangkit kembali dan usah mengharapkan orang lain untuk menyembahyangkan jenazah ibu bapa kita, biarlah kita sebagai anak yang akan melakukannya kerana kita juga umat islam yang dituntut dengan fardu kifayah yang sama.
Jika kita sanggup untuk mengumpul wang untuk kebahagian anak- anak kita pada masa depan yang tidak pasti, mengapa kita tidak sanggup mengumpulkan untuk diri kita bagi kegunaan di alam yang baqa yang tiada siapa dapat menolong kita untuk membebaskan diri dari belenggu api nereka kecuali dengan amalan yang kita lakukan di dunia dahulu.
No comments:
Post a Comment