Senario 1
Seorang doktor wanita yang bertugas di hospital besar kemungkinan akan cuti bersalin sepanjang karier mereka. Bila mereka bercuti maka doktor lain akan membantu meneruskan tugas mereka
Senario 2
Seorang pegawai PTD wanita yang cuti bersalin selama 60 hari pasti tugas mereka akan dibantu oleh rakan PTD yang lain bagi memastikan tugas pentadbiran berjalan dengan lancar.
Senario 3
Seorang ahli bomba lelaki yang bercuti untuk mengerjakan ibadat haji sudah tentu akan diteruskan oleh rakan setugas mereka untuk memastikan setiap kebakaran atau kemalangan mendapat bantuan secepat mungkin
Senario 4
Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah telah mengambil cuti bersalin telah diganti tugas mereka oleh seorang GURU GANTI yang tidak pernah mendapat apa-apa kursus perguruan.
Apa bezanya senario 4 berbanding yang lain? Mengapa begitu senang seorang guru yang telah mengikuti kursus selama 4 tahun dan berpengalaman hanya diganti oleh seorang GURU GANTI yang tentunya tidak mampu melakukan kerjanya sebagaimana seorang seorang yang tidak ada kelulusan untuk menggantikan seorang doktor,
mengapa tidak ada seorang yang merupakan lepasan SPM untuk menggantikan tugas seorang pegawai PTD dan mengapa tidak diumumkan sesiapa yang berminat untuk menggantikan seorang ahli bomba untuk bertugas memadam kebakaran.
Jika seorang doktor yang tersilap mereka telah menggadaikan satu nyawa, jika seorang PTD yang tersilap, mereka telah mengorbankan satu jabatan, jika seorang ahli bomba yang tersilap mereka mengorbankan satu keluarga, tetapi tahukah kita bahawa seorang guru yang tersilap maka mereka akan menggadai sebuah generasi.
Usahlah diberi istilah GURU GANTI kepada mereka kerana ini akan menjadikan profesyen perguruan sebagai satu profesyen kelas bawahan sedangkan tidak kira siapa anda, anda pasti menghantar anak anda ke sekolah. Marilah kita membina imej guru dengan menukarkan istilah ini kepada PEMBANTU SEKOLAH GANTIAN (PSG) supaya mereka tidak disamakan dengan guru yang mereka bantu.
Sayangilah bidang perguruan ini kerana semakin hari guru semakin tidak dihormati dalam masyarakat. Jika tidak warga guru yang berjuang untuk penghormatan ini , siapa lagi......
No comments:
Post a Comment