Monday, September 15, 2008

Saat Cinta Bertasbih




15/9/08 12.45 pm

Saat Cinta Bertasbih - Tribut Untuk Tuan Guru

Mengapa memilih tajuk ini sebagai nukilan tengahari 15 Ramadhan ?

Kita telah berada dipertengahan bulan Ramadhan , maka kita hanya mempunyai separuh masa yang kedua untuk mendapatkan gol kemenangan. Lantas hari ini, dikira sebagai masa rehat maka kita sepatutnya diingatkan dan dipandu semula oleh seorang jurulatih supaya sepanjang permainan babak kedua nanti adalah lebih baik daripada babak pertama. Apa kaitannya dengan Tuan Guru?

Mengingatkan kembali 18 tahun yg lalu , seorang insan yang telah mengangkat sumpah sebagai MB bagi negeri Kelantan dan Alhamdulillah kekal sehingga ke hari ini.

Apakah perubahan yang Tok Guru bawa ? Retorik semata- mata?

Jika berpeluang ke negeri Kelantan , silalah membaca billboard apa yg berlaku sepanjang 18 tahun beliau mengetuai negeri dan bandingkan apa yang tidak dituruti oleh Kerajaan Pusat. Bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak , apa yang baik mesti diikuti dan ditiru, kerana kita hidup dengan mengikut dan meniru dari junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kenapa Islam mesti memerintah ? Cubalah melawat Kelantan , lihatlah bagaimana iklan Pasaraya Billion yang tertulis "Basahilah lidahmu dengan Quran". Bukankan Islam ini agama nasihat dan menasihati? Mengapa Billboard AMBank dapat ditutup rambut tiga warganya yang menjadi tumpuan orang lalu lalang, retorikkah tindakan ini ? Alangkah sayangnya jika kita biarkan syiar Islam ini yang dianggap retorik akhirnya tewas kepada kononnya modernisasi yang tidak menjanjikan keuntungan di dunia dan tidak mempunyai apa-apa bahagian di akhirat nanti.
Kalau hari ini , ramai bercakap tentang hubungan kaum, Tok Guru telah lama ke depan dengan mengatakan kita semua melayu, cina dan india adalah anak cucu tok adam, mesti saling kenal mengenal dan kembali mengadap tuhan yang satu melalui Islam.

Kita mesti ingat bahawa insan itu lupa dan lalai. Siapa boleh menjamin tiada manusia islam yang akan membeli nombor ekor dan toto jika setiap barisan kedai terdapat peluang khayalan dengan hanya RM1 kecil besar. Siapa boleh menanggung dosa orang islam yang mabuk di disco-disco jika dibiarkan bebas sebebasnya?

Inilah jasa Tok Guru kepada Islam. Janganlah kita anggap politik itu sentiasa kotor. Mendapatkan kuasa politik bermakna kita telah mempunyai ruang untuk menegakkan apa yang disuruh oleh Maha Pencipta.

'Saat Cinta Bertasbih' - terima kasih Tok Guru , jika hari ini sipencuri dikenakan hukum hudud, sudah tentu kawanku tidak akan kehilangan laptopnya. Kita yakin dengan janji Allah. Perjuangan kita belum selesai, nasihatilah kami dengat bait-bait mu kerana kami amat merindui suaramu di setiap pagi jumaat. Pandulah kami sehingga kehujung nyawa.