Refleksi 9
Perbincangan pada hari ini adalah merupakan kemuncak kepada pra syarat penyeliaan yang kedua iaitu ‘interpersonal skills’. Setelah memahami pendekatan yang digunakan di dalam penyeliaan iaitu ‘directive control’, ‘directive information’, collaborative’ dan ‘non-directive’ maka seorang penyelia sebenarnya telah mengetahui platform penyeliaan masing- masing. Seterusnya pemahaman tentang penyeliaan ini pula akan memudahkan bagi penyelia untuk menggunakan pendekatan yang sesuai dengan guru kerana setiap guru adalah berbeza dan pendekatan yang digunakan semasa menyelia juga bergantung kepada faktor perbezaan individu dari pelbagai sudut seperti pengalaman, keyakinan, pengetahuan dan sebagainya.
Apabila mengikuti perbincangan dan hasil daripada bacaan, saya melihat bahawa platform yang telah terbina di dalam diri penyelia mungkin tidak selari dengan tingkah laku yang ditunjukkan semasa penyeliaan. Dalam konteks ini, penyelia sebenarnya belum mengenali diri secara praktikal ketika berhadapan dengan situasi sebenar semasa menyelia. Bab ini amat penting untuk difahami dalam konteks hubungan interpersonal kerana setiap kata- kata yang keluar daripada penyelia adalah merupakan tingkah laku penyeliaan dan boleh ditentukan pendekatan yang digunakan. Mengapa ia penting untuk diperbincangkan? Kita percaya setiap guru inginkan penyeliaan yang berlaku terhadap mereka adalah dalam bentuk komunikasi sehala daripada penyelia yang sangat minima yang menjurus kepada pendekatan non-direktif. Ini akan dapat dicapai jika penyelia boleh membimbing guru tersebut sehingga tercapainya proses di mana guru boleh bertindak selari dengan misi dan visi sekolah
Apa yang perlu diperhatikan juga dalam bab ini adalah siapakah yang membuat keputusan dalam perbincangan di antara penyelia dan guru. Daripada tingkah laku penyelia dalam menggunakan 10 kategori akan menentukan pendekatan yang mereka gunakan semasa proses penyeliaan walaupun mungkin ianya berlawanan dengan apa yang difkirkan oleh penyelia itu sendiri. Penyelia mesti menyedari bahawa kemungkinan berlakunya ketidakserasian kognitif di antara beliau dengan guru yang menyebabkan konflik dalam penyeliaan. Memahami maksud ‘Johari Window’ dan langkah- langkah untuk mengatasi ketidakserasian akan meningkatkan lagi kemahiran penyelia dalam membantu membangunkan diri guru dan juga penyelia itu sendiri.
Saya teringat seorang pengetua yang telah mampu membangunkan guru dalam melakukan tugasan di sekolah dengan menggunakan pendekatan ‘directive control’ pada mulanya hingga akhirnya guru itu sendiri yang akan menguasai perbincangannya dengan pengetua selepas beberapa bulan yang menunjukkan peranan guru adalah lebih besar daripada pengetua itu sendiri. Keupayaan itu tadi menunjukkan bahawa pengetua sebagai penyelia perlu merancang bagaimana untuk membantu guru sehingga akhirnya peratus guru yang memerlukan pendekatan non-direktif dalam penyeliaan adalah meningkat dari masa ke semasa.
Persoalannya, alangkah susahnya untuk mengubah diri sendiri, apatah lagi untuk mengubah orang lain. Jika peratus pendedahan tentang penyeliaan ini kepada guru terlalu kecil maka apakah masa depan penyeliaan di negara kita sangat bergantung kepada peranan kami sebagai penggerak di sekolah nanti.
No comments:
Post a Comment