Malam ini seperti biasa berterawih dan setiap malam adalah asing kerana aku memilih untuk melangkah ke mesjid atau surau yang berbeza
Imam mengangkat takbir rakaat pertama , terpandang susuk tubuh di saf hadapan. 14 tahun yg lalu ku kenalinya. Seorang yg sangat peramah , rokok More Merah tak lekang dari bibir kecuali bila berada di fakulti.
Uban memenuhi kepala yg ditutup dek kopiah/lebai , memakai baju melayu putih dan aku tahu memang sah dialah orangnya.
Dari Jitra dia datang , kini berada di Puncak Everest, bersama Al Bukhari memikul amanah yang besar melangkau batas sempadan negara, merentasi batas benua demi memastikan jiwa muslim mendapat ilmu. Alhamdulillah , Engkau telah menempatkan hamba mu sesuai dengan keupayaan masing- masing.
Mr Haridan Ismail, teruskanlah usaha itu kerana tugas kita adalah sama , memberikan peluang kepada sesiapa yang memerlukan dalam menuntut ilmu dan kami menyokong setiap yang baik dan paling penting mendapat keredhaan.
No comments:
Post a Comment