Sunday, November 30, 2008

Seruan Haji

Labbaikallah hummalabbaik .. seruan haji telah tiba lagi. Tepat pukul 3.50 pagi perjalanan ke Kelana Jaya bermula walaupun waktu untuk melapurkan diri adalah pada jam 7.30 pagi. Begitulah senario biasa keluarga Mak Su Wan Mek bila hendak ke Mekah. Sudah tradisinya begitu dan berkebetulan dengan cuti sekolah dan hari minggu menjadikan suasana semacam majlis kenduri dek ramainya ahli rombongan yang menghantar bakal-bakal haji.

Semoga mendapat haji mabrur dan doakan pemergian kami pula untuk menunai rukun kelima. Amiiin Ya Allah. Suara Nazrey bersama raihan kedengaran mengiringi suasana yang semakin pilu apabila masa untuk berangkat telah tiba. Selamat jalan.

Saturday, November 29, 2008

Ronda-Ronda Hari 4 (JB-Rompin)

Babak 1
Sepetang di Danga Bay + makan buah langsat JB he he dan pekena spa ikan di Rumah Limas Danga Bay, geli geleman tapi lama2 orait juga. Siapa yg belum cuba boleh la ikut serta. Sesat dibuetnya JB pada hari ini, dulu lain;sekarang lain. Jalan bersimpang siur sana sini. Nasib baik ambil hotel dekat pusat bandar so banyak sign board.

Babak 2
Makan malam kat Jalan Kg Chat, best juga masakan; ikan jenahak masak tiga rasa dgn sup sayur. Lepas makan kami terus ke Johor City Square dan 'Beast Stalker' menjadi hiburan kami di Cathay. Cerita yang sungguh menyentuh emosi kami berdua. Tahniah Nicholas tse dan kawan2 yg berjaya membawa watak dgn sungguh berkesan termasuk stuntmen.

Babak 3
Bertolak ke Mersing via Kota Tinggi, singgah makan pagi di Kedai Makan Fateha di Kota Tinggi. Masak asam pedas kepala ikan koci begitu enak sehingga kami membungkus untuk makan tgh hari nanti. Nasib baik tak disaman di Mersing kerana menggunakan kupon parking A yg hanya utk JB, Batu PAhat,Muar shj. Rayuan kami diterima dan pelik sungguh. Apasal tak leh guna kupon A , membazir pulak rasanya tak guna lebihan kupon.

Babak 4
Sekarang kami berada di Hotel Seri Malaysia Rompin (Tg Gemuk) sambil ngeteh dan mengingat kembali kenangan minum teh dangdut ketika jadi JU semasa kursus semakan semula KBSM. Rupanya tukang tarik dah takder so minum jer apa ada dan yg penting blog ini diupdatekan sekerap mungkin.

sehingga laporan seterusnya.. bye ( foto tak dapat diupload kerana masalah teknikal..sekadar gprs)

Rintihan Jemaah Tabligh

Orang tabligh...

Wednesday, August 01, 2007

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat,
sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih,
xkan nak goyang kaki saje2?


(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayumurtad di Malaysia)
........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang samamenanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidakdibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari MahkamahSyariah yang membenarkan.)

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,
sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,
nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat,
mmg nak kena sabar,
nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,
tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta,
dipanggil gila,
Itu Nabi,
apatah lagi kita,
Yg banyak salah,
yg banyak dosa,
Takpe2,
Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan,
yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung,
terlaser..sori,
bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika,
kat Israel pun ada,
Dari petani,
engineer,
sampai la Raja,
Pelbagai adat,
perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut,
jubah,
seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan,
mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang,
kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok,
sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa,
ada hati,
Sedih bila diperli,
sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah,
rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,
bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,
camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,
tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,
tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),
"no prob.,anytime kami ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la,
nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia,
tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat,
masing2 buat x kesah,
x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,
harta,
ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,
duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang.
..pakai selipar jepun sahaje...Ikhlas,
..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar,
macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........
..Sayangkan bini tinggal-tinggalkan
..sayangkan anak...rotan digantungkan.
.....sunnah nabi...bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..
keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. ,
anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah,
tak de ilmu,
compang camping kah,
berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin..
......... sambungan buah fikiran hamba

Nabi dulupun berdakwah juga
mengapa berperang kalau setakat nak berdakwah
Mengapa ada negara islam madinah kalau setakat nak berdakwah
Jom join Parti dan kita boleh laksanakan Islam kerana kita ada negara macam nabi kita ada


Friday, November 28, 2008

Takziah

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi. Beliau di katakan mati mengejut ketika bermain badminton di Institut tersebut.
Sebagai umat islam dan warga pendidik, kami merakamkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan kehilangan ini merupakan sesuatu yang besar kepada pendidikan di Malaysia kerana namun jasa Allahyarham selama ini mohon diberkati dan mendapat pahala yang berkekalan.
"Patah tumbuh hilang berganti"

Buat Yati Rahman ( Foto Kenyir) valid for two days





Ronda-Ronda Hari 3 (Muar-Tg Piai)

Hotel Riverview Muar, lokasi penginapan yang sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati mee bandung dan asam pedas yang tersohor. Kami menikmati asam pedas di warung berdekatan stesen bas. Alhamdulillah, ikan pari dihidangkan enak sekali tanda kenangan.
Sungai Muar
Dari Muar menghala ke Pontian memberikan satu pengalaman baru. Baru mendapat jawapan kenapa PAS boleh menang dua kerusi di Muar. PASTI berada dalam lingkungan lima minit perjalanan yang menjanjikan generasi muda yang akan menyokong kuat perjuangan Islam.
Singgah solat jumaat di Rengit dan tiba di Ayer Baloi, Pontian. Teringan kawan lama di SMACH , Hassan Mazelan, budak Ayer Baloi yang katanya sekarang menjadi SU Politik Menteri.


Tanjung Piai, siapa sangka akhirnya aku berada di sini di Restoran Alif bersebelahan Hotel Pontian. Di depan, laut membiru indah dan damai sebelum perjalanan ke JB diteruskan. Kukup sudah tidak jauh daripada sini, terfikir pula projek Tanjung Balai yang belum menjadi kenyataan.

Ronda-Ronda Hari 2

Sehari di Kotaraya KL terasa amat singkat dengan kenderaan yang bersimpang-siur. Menikmati Nasi Beriani di Restoran Insaf masih mempunyai 'kick' walaupun harga sudah meningkat kepada RM12 sepinggan. Apo nak dikato. Sepanjang jalan TAR dipenuhi oleh peniaga berbangsa India baik di kedai Karpet, kedai Kain dan Kedai Buku. Majalah 'off the edge' yang bercoverkan TG Nik Aziz telah habis di bbrp kedai, sangat hebat sambutannya

Mesyuarat berlangsung 4 jam dgn pelbagai perbincangan untuk memastikan semua berjalan lancar menjelang Seminar pada Mac 2009. Hujan lebat di KL bermula pukul 5.30 menyebabkan jalan sesak dan kami mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Tol Sungai Besi untuk meneruskan perjalanan ke selatan. Semenanjung Hujan adalah sesuai dinamakan kerana hujan mencurah-curah daripada KL hingga ke Ayer Keroh.




Singgah menikmati ikan jenahak bakar dan ketam goreng berlada di Umbai adalah antara agenda ronda-ronda kali ini. Akhirnya RM 53 terbang masuk perut kekenyangan. Pukul 12 tgh malam, perjalanan berhenti di Muar Riverview Hotel tapi sayang kemudahan wifi yang ada tidak dapat digunakan buat sementara waktu. Pagi ini kami akan mencari mee bandung muar yang dikatakan tersohor.

Thursday, November 27, 2008

Ronda-Ronda Hari 1

Perjalanan lancar dari Kelantan ke Kuala Lumpur di mana jalan agak lengang. Cuaca silih berganti di antara hujan dan panas dan Satria Neo bergerak lancar dengan kelajuan 100 km/h. Setelah mengisi minyak di Stesen Petronas (masih lagi RM 2.00/liter) Kuala Krai, perjalanan diteruskan sehingga ke simpang Sungai Koyan untuk menikmati masak tempoyak ikan patin. Terkejut juga melihat paras air di sungai Jelai yang telah melimpahi tebing dan kampung2 berdekatan sungai telahpun dinaiki air. Mungkin jalan K. Lipis -Gua Musang telah ditutup jika mengambil kira jalan lama. Membelok ke Gua Bama sejauh 500 meter tetapi tidak kesampaian kerana air telah memenuhi kawasan sekitar. Lebih kurang pukul 6.25 petang, Satria Neo telahpun berlabuh di Bukit Antarabangsa dan sepanjang 3 jam seterusnya adalah di KLCC. Tepat jam 12 tgh malam, kami berada di Putra Mas. Selamat Malam

Tuesday, November 25, 2008

Tetamu Istimewa 1373

Menerima kunjungan tetamu di musim cuti sekolah amat menggembirakan. Tetamu istimewa kami (dalam gambar) datang bercuti selama 3 hari 2 malam. Kunjungan kali ini agak bermakna bagi mereka kerana kami dapat membawa mereka melawat Terengganu yang sudah lama tidak mereka kunjungi. Kami telah berkunjung ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir dan juga Taman Tamaddun Islam. Singgah makan tengahari berlaukkan ikan baung amat menyelerakan sambil mencicah budu dengan ulam. Malam tadi sempat juga kami anjurkan BBQ dengan ikan segar dari Tok Bali. Hari ini 3 pasang seluar jeans telah bertukar tangan dengan kos Rm100++ iaitu Versace, Boss dan BMW akan menjadi koleksi Alang dan Kak Sue juga telah berbelanja di Zaleha Tekstil yang mesti dikunjungi tetamu yang hadir ke daerah kami. Telatah Sufri dan Fariha menjadikan kami merindukan suasana sebegini.

Selamat berangkat pulang ke Shah Alam dan berhati-hati di jalan raya. Besok, Satria Neo akan sekali lagi mengahla ke KL untuk Mesyuarat Seminar kebangsaan.

Monday, November 24, 2008

Summer Camp Darul Atiq 2008

Wajah 2 Along dan Angah semasa perjalanan untuk ke Darul Atiq selama sebulan bagi mengikuti program yang dianjurkan oleh pengurusan Darul Atiq. Insyallah dengan keberkatan dan kemahuan yang kuat, mereka akan membesar dengan penuh minat untuk menjadi 'good muslim' dan sokongan keluarga adalah amat diperlukan.

Dengan RM 300 anak anda akan dilatih secara individu untuk menjadi seorang Hafiz dengan memulakan juz amma sebagai sasaran dan akan ditingkatkan mengikut kebolehan masing-masing dan sememangnya program ini adalah bersifat pembelajaran 'authentic' yang mana setiap kanak-kanak lulusan Darul Atiq selama sebulan akan menerima pendidikan yang bermakna untuk diri mereka, agama, bangsa dan keluarga, bak kata ustaz , jika mereka boleh mengetuai tahlil pada Januari 2009 bermakna mereka adalah lebih baik daripada apa yang ada pada diri mereka pada hari ini. Jika mereka akan membaca juz amma dengan baik dan menghafalnya pada Januari 2009, orang yang paling berbangga adalah ibubapa mereka sendiri.

Setelah dua hari, mereka kelihatan begitu yakin dengan program dan kita semua berdoa agar manfaat semaksima mungkin dapat diperolehi oleh Along dan Angah. Jangan putus asa dalam menghafal dan setiap ilmu yangdiperolehi tidak mungkin akan mensia-siakan hidup anda berdua nanti. TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR! ALLAHUAKHBAR.

Sunday, November 23, 2008

Apa Cikgu Buat?

Sebelum cuti sekolah bermula minggu lalu maka berceritalah guru kepada anak murid yang sedang menunggu untuk pulang pada hari terakhir sesi 2008. Anda semua hendaklah menjaga kesihatan masing-masing dan buatlah persiapan untuk tahun hadapan dengan mencari bahan bacaan yang diperlukan supaya masa 5 minggu percutian ini tidak membazir begitu sahaja. Maka mengangguklah kesemua yang ada di depan cikgu samada bersetuju ataupun tidak.
Lalu cikgu bertanya kepada anak muridnya, ada apa-apa pertanyaan sebelum kita semua beredar dan berjumpa semula pada tahun depan? Seorang pelajar bangun dan bertanya, cikgu A, apa cikgu buat untuk persiapan mengajar kami pada tahun depan ?

1. Adakah cikgu akan membaca buku setiap hari untuk memastikan apa yang hendak dikongsi dengan kami adalah ilmu yang mutakhir;
2. Adakah cikgu akan menghabiskan masa cuti ini dengan memikirkan kajian-kajian tindakan untuk membaiki kelemahan berdasarkan kepada apa yang telah dikenalpasti sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun ini supaya kami semua dapat meningkatkan kemahiran kami;
3. Adakah cikgu akan melakukan senaman 3 kali seminggu supaya badan cikgu sentiasa sihat dan tidak memerlukan cuti sakit pada tahun depan;
4. Adakah cikgu akan meluangkan masa memikirkan setiap orang daripada kami dan bagaimana kaedah-kaedah sesuai untuk digunakan supaya kami dapat belajar dengan lebih baik;
5. Adakah cikgu akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan supaya kami akan dididik mengikut acuan yang sepatutnya kerana kami akan bersama cikgu selama 8 jam setiap hari.

atau

1. Tidak ada walau sebuah bukupun yang cikgu baca kerana cikgu akan mengulang balik apa yang telah dilakukan sejak tahun pertama mengajar dulu kerana cikgu sangat berpengalaman dan ilmu tidak lagi bertambah
2. cikgu menganggap yamg bodoh tetap bodoh dan yang pandai akan lebih pandai walaupun dengan adanya cikgu di dalam kelas
3. cikgu menganggap bersenam adalah untuk remaja dan cikgu akan menggunakan masa petang dengan bersembang di kedai kopi bersama rakan guru yang lain
4. cikgu menganggap hubungan guru-murid hanya di waktu persekolahan dan menutup buku itu ketika cuti

Cikgu..... renungkanlah sejenak dan ingatlah bahwa kami semua ingin berjaya cuma didikan kami berbeza di rumah masing-masing. Jika cikgu sudah menganggap kami tidak boleh berjaya maka siapa lagi yang akan memberikan inspirasi kepada kami semua.

Saturday, November 22, 2008

Kemubu... Satu Ratapan


Berkenalan dengan Pak Su Mat yang mesra dengan panggilan Abe Mat Majlis minggu lalu rupanya kali pertama dan terakhir. Semalam, di dalam solat Asar ketika sujud, itulah solat terakhir buatnya dan telah menghembuskan nafas terakhir setelah dikatakan menghidap kayap sejak beberapa hari yang lepas. Mengapa begitu istimewa Allahyarham Abe Mat bagi penduduk Kemubu? Sepanjang hayatnya beliau telah menabur bakti yang besar bagi mereka yang tinggal di sekitar rumahnya. Menurut khabar dari anak Allahyarham lalu dicoretkan ke dalam blog ini supaya dapat diingati bahawa Allahyarham pernah bersama kami buat beberapa ketika semasa hayatnya.
Jasa yang paling besar adalah menjadi Imam di Mesjid yang berhampiran rumahnya dan sudah tentu jemaah akan terasa kehilangan walaupun patah tumbuh hilang berganti. Yang kedua, Allahyarham adalah merupakan bekas pegawai Majlis Agama Islam Kelantan yang sudah berkhidmat sejak sebelum merdeka dan pernah berbasikal hingga ke Jeli untuk menjalankan tugas dan beliau begitu sihat tanpa penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dsb mungkin kerana begitu aktif dengan senaman kayuhan basikal yang menjadi amalan. Ketiga, menurut anak-anaknya, Allahyarham paling suka dijemput untuk menjadi jurucakap bagi majlis peminangan kerana beliau suka membantu orang lain dan sememangnya cara beliau mengendalikan majlis amat saya gemari dan sukar diganti. Keempat, beliau semasa hayatnya suka mencurahkan ilmu kepada orang lain, menggunakan ilmu dengan mengamalkannya, beliau akan menggunakan masa untuk mengajar kanak-kanak mengaji quran dan yang paling hebatnya ialah Rm1 akan diberikan kepada pelajar dan RM10 untuk khatam akan beralih tangan kerana bagi beliau ilmu itu mesti disampaikan. Kelima, beliau akan mengadakan majlis tahlil di mesjid kerana menurutnya, orang yang baru selesai solat di mesjid adalah sesuai untuk bertahlil kerana mereka baru sahaja selesai menghadap Ilahi dan beliau akan menyampaikan tazkirah kepada semua yang hadir. Setiap kali beliau menumpang kereta orang termasuk anaknya Rm 30 akan diberikan kerana bagi beliau sejumlah Rm 30000 perlu dikeluarkan jika hendak memiliki kereta sendiri. Yang terakhir ialah di depan rumah beliau dan didepan mesjid terpampang gambar Tuan Guru YAB Nik Aziz Nik Mat menunjukkan bahawa beliau sangat mementingkan kepimpinan ulama dan sentiasa mengambil buah fikiran Tuan Guru dalam kehidupan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Allahyarham dan menggantikan peranan yang dimainkan oleh beliau semasa hayatnya supaya kejiranan Kemubu akan sentiasa mendapat manfaat sepanjang masa. Bagaimana dengan Pasir Puteh ?

Friday, November 21, 2008

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada sahabat lama sejak berada di bangku sekolah, Latifah bte Abdullah yang telah melangsungkan perkahwinan di Kampung Pek pada tanggal 16 November yang lalu. Semoga berbahgia ke anak cucu.
Rakan-rakan sekelas yang sentiasa sudi untuk berkongsi keriangan dan kesusahan pada bila-bila masa dan mengharapkan keikhlasan daripada semua.

Thursday, November 20, 2008

Parcel E Putrajaya

Berada di Parcel C di penghujung tahun adalah merupakan satu pengalaman bagi guru-guru yang ingin merayu untuk berpindah tempat bertugas. Mengapa saban tahun ada saja guru yang memohon terutamanya untuk pulang bertugas ditepi pagar rumah masing-masing. Harapan mereka semua sangat tinggi untuk melaporkan diri di sekolah yang jaraknya sepelaung dari rumah dan dengan penuh iltizam untuk mencurahkan ilmu kepada anak kampung yang bakal menjadi pewaris kegemilangan.

Tapi sayang seribu kali sayang, apabila berada di kampung, menjadi guru sudah menjadi sebahagian kecil daripada kehidupan kerana terlampau banyak aktiviti lain yang sudah diutamakan kerana ini kampungku, aku tahu apa yang baik dan buruk, anak murid aku semua bukan boleh dibentuk, semuanya malas, itulah alasan guru kerana setiap muka di dalam kelas sudah diketahui nasab keturunan sehingga si anak murid tidak boleh berubah lagi. Itulah guru kita, mengajar sudah menjadi makan gaji, bukan lagi mendidik kerana banyak hal lain yang perlu diselesaikan. Usah disuruh lagi aku untuk berada di sekolah pada waktu petang kerana aku sibuk.

Masa dulu selalu ada kata-kata begini, kalau mengajar kat kampung sendiri lebih baik sebab anak kampung semua saudara mara tapi bila dah berada di kampung, bermacam bisnes dan kerja lain yang difikirkan kerana kerja rajin pun bukan tambah gaji, itulah luahan mereka.

Apa-apa pun, selamat pulang guru perantauan jika anda boleh bertukar dan jangan abaikan anak kampung kita sendiri yang memerlukan guru anak kampung sendiri untuk membantu mereka untuk berjaya.

Wednesday, November 19, 2008

Rahmat Ilahi Rezeki Meluas

makan jangan tak makan , cicah ikan tu

we will come again

Salam Bahagia,
Malam tadi kami sekeluarga telah berada di Tok Bali untuk menikmati rezeki Allah yang diberikan kepada sang nelayan dan Raja Ikan Bakar serta akhirnya menjadi rezeki kami. Ikan mandi abu, ikan merah, ikan kerisi raksasa dan ikan tanda yang sukar di perolehi di pasar basah begitu enak rasanya. Dagingnya manis sekali dan kami 16 orang termasuk lima kanak2 amat berpuas hati walaupun terpaksa membayar RM 120 sebagai penguat tali silaturahim.

Petang ini kami akan ke KL untuk ke KPM bagi urusan pertukaran kerabat dari Johor ke Terengganu.

Tuesday, November 18, 2008

Selamat bercuti warga pendidikan

Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kpd semua warga pendidikan baik d sekolah ataupun universiti. Bermulanya percutian bermakna berakhirlah peperiksaan dan kesempatan minggu pertama ini digunakan untuk berehat sambil menghilangkan stress. Gunakanlah masa yg ada selama 5 minggu ini dgn aktiviti yg berfaedah dan mampu meningkatkan keupayaan minda dan iman. Artikel ini dhantar dgn nokia e65 via wifi 252B

Monday, November 17, 2008

Juara Tasik Kenyir

Abang Nasir telah dengan rasminya dipilih sebulat suara sebagai Juara TAsik Kenyir kerana beliau adalah orang yang pertama mendapat ikan (gambar diatas). Hanya selepas 30 minit berlabuh ikan lampan ini telah meragut umpan menandakan bermulanya pesta ikan air tawar.
Siapa sangka percutian ini menjadi milik Pak Nasir, seekor kelah merah menjadi bukti walaupun di dalam keriuhan kanak-kanak namun masih ada kelah yang ingin meragut buah kelapa sawit yang menobatkan sang juara. Tahniah !

Sunday, November 16, 2008

Tasik Kenyir 1

Berada di hadapan pintu masuk Stesen Janaeletrik TNB Jenagor sebagai jeti untuk ke Taman Negara di Tasik Kenyir

Damainya melihat Tasik Kenyir dari Jeti
Bersama Abg Jan untuk membelah Tasik Kenyir bagi menikmati kedamaian Tasik Kenyir
Dari Seremban ke Tasik Kenyir

3 hari sebagai blogger tanpa berita terasa begitu lama namun ketenangan selama 3 hari tanpa komunikasi kotak kecil (hand phone) dan keindahan Tasik Kenyir menjadikan percutian ini sangat berbaloi dan menjadi kenangan yang sangat bermakna. Gambar foto menceritakan kepada pembaca kerana 'picture speaks thousand words'

Thursday, November 13, 2008

Sepagi Di Teratak Arman


Pagi ni kat rumah Arman. On the way nak pergi memancing kat Kenyir. Yang paling semangat aku perasan Nasir. Awl2 pagi dah pakai uniform memancing. Dalam kereta smlm rasa lapang betul kepala. Lapang macam stadium bola. Sekurang-kurangnya sehingga hujung Disember ni. Mcm nasir juga sebenarnya aku tak sabar nak memancing. Mungkin ni pengalaman pertama aku memancing. Nak pergi beli peralatan sekejap lagi. Terima kasih kat semua kwn2 yg merancang aktiviti. Dapat juga melapangkan fikiran selepas berhempas pulas jawab exam semester 1. Terima kasih kat Mr. Ae yg sudi bagi peluang aku mencatat sesuatu dalam laman blog ni. Tq Arman atas layanan kelas satu kat sini. Sebenarnya aku masih berselimut....... Nasir tengah on9, Mr. Ae layan tv . hehehehhhh....

catatan
abgjan_iab07
13/11/08

Wednesday, November 12, 2008

Satu Pandangan

Tahukah kita bahawa apabila kita belajar secara formal mengikut sesuatu kurikulum seperti di universiti ataupun apa sahaja institusi maka jarang ada orang yang mengambil tahu mengapa mereka perlu melalui proses pembelajaran di dalam kelas atau mengapa mereka diajar dengan pelbagai perkara dan yang paling akhir pula adalah mengapa kita diuji dan diberikan satu nilai yang berbentuk huruf seperti A, B dan sebagainya. Oleh kerana kurangnya maklumat dan kefahaman tentang kurikulum maka ia menyebabkan ada ahli yang berada di dalam sesuatu bidang pelajaran mengambil jalan yang berbeza , ada yang tidak merangkak tetapi terus berlari. Ini semua adalah berpunca daripada pengalaman yang dibentuk sejak dari kecil yang mendorong untuk manusia bertindak secara demikian. Apa kata ibu bapa atau guru semasa mengajar kita di waktu persekolahan dulu, 'awak belajar rajin-rajin nanti boleh jadi pegawai, boleh jadi cikgu dsb'. Apa kata pelajar, ;macammana nak jadi pegawai?' Jawab guru, 'Bila periksa, biar dapat banyak A dan boleh masuk Universiti dan selepas itu dapat A lagi di sana lalu awak akan keluar sebagai pegawai.'
Jika kita lihat kepada maksud kurikulum oleh Ralph W. Tyler sejak tahun 1949 lagi bahawa kurikulum adalah menjawab kepada 4 persoalan asas iaitu apakah matlamat pendidikan yang hendak dicapai, apakah pengalaman pembelajaran yang hendak diberikan, bagaimana pengalaman pembelajaran boleh diberikan dengan efektif dan bagaimana hendak menentukan bahawa pelajar telahpun memahami apa yang diberikan kepada mereka. Dari sini kita dapat memahami bahawa sesuatu kurikulum itu mestilah merangkumi objektif, kandungan (syllabus), pedagogi (kaedah) dan pentaksiran yang akan melengkapkan proses yang berlaku dalam sesebuah kurikulum.
Persoalannya adalah mengapa menjadi pegawai itu terlalu ditekankan berbanding menjadi manusia yang seimbang jika kita melihat kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagaimana kesimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat dibina jarang diambil perhatian oleh pihak pendidik berbanding kejayaan mendapat A. "Actual Result" adalah mendapat keseronokan dan ilmu setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dan nilai 'A' adalah "actual indicator" untuk menunjukkan tahap penguasaan ilmu tersebut, jika ada yang mengambil langkah ekspress dgn latih tubi soalan peperiksaan maka dia sendiri lah yang tahu dan membuat pentaksiran sebagai pembelajaran. Sekolah Sangar Budaya akan melahirkan hanya seorang budayawan jika tujuan sebenarnya adalah untuk melihat siapa yang terbaik tetapi sekolah pondok melahirkan ramai manusia berilmu kerana pembelajaran dianggap satu proses berterusan sehingga mereka sentiasa mencari ilmu berbanding sistem yang hanya menjadikan manusia malas kerana menganggap tugas sebagai pelajar adalah selesai.

Tuesday, November 11, 2008

Alfatihah

Hayatnya dulu tadok pingat datuk tan sri
hasratnya satu membela keluarga sendiri
bagi anakmu itu lebih beerti......
.... (Halim Yazid dalam dikirnya Alfatihah Untuk Ayah)

Takziah untuk NoorAzhar di atas pemergian ayahanda beliau kembali ke Rahmatullah. Semoga roh beliau akan dicucuri rahmat dari Ilahi. Kami semua mendoakan dan berharap sebagai anak, Jaha akan selalu mendoakan dan ingatlah setiap amalan baik anak akan berterusan pahalanya kepada arwah di alam barzakh.

Monday, November 10, 2008

Those Who Laughs Last... Laughs Best



Ketawa sentiasa bertukar tuan di sepanjang hidup menjadi pelajar... bermula daripada proses pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan aktiviti ketawa dan ditertawa. Siapa yang membuat jenaka, maka rakan yang lain akan ketawa dan siapa yang buat silap pulak terkadang ditertawakan oleh orang lain. Itulah lumrahnya di dalam kelas orang dewasa, tidak ada pengukuran personnel untuk menghalang dan semua orang sepatutnya akan ketawa kerana kadang-kadang telatah cikgu amat lucu dan membuat muridnya ketawa dan ada juga masanya respon murid menjadikan guru ketawa. Itulah senarionya YXGA 6108 yang berakhirnya hari ini dengan peperiksaan dan tinggallah aplikasinya pada masa depan yang menggamit kami untuk memberikan sumbangan.
Kalau hari ini, tiada siapa yang ketawa , hanya senyuman kelat dan kadang-kadang manis menggambarkan satu interpretasi kepada kita bahawa itulah hebatnya dunia sains sosial yang luas dan pelbagai disiplin didalamnya diintegrasikan oleh murid mengikut kefahaman dan andaian masing-masing. Lima muka surat atau enam muka surat bukan tandanya, menurut arman (08), kalau setakat tahu ramuan untuk nasi beriani tidak cukup untuk menjadi chef yang hebat, potongan bawang perlu selari dan jumlah ketulan minyak sapi perlu berada di paras interval barulah nasi beriani akan enak dan lazat.

Apakah hari ini selepas peperiksaan , maka ketawalah sang murid kerana buku jawapan 20 telah penuh dan ditambah dengan buku jawapan 8 menunjukkan banyaknya yang ditulis namun ketawa sang gurulah yang terkemudian setelah menyemaknya. Maka ketawa siapa yang paling baik, sang guru atau sang murid? JIKA SELEPAS GURU KETAWA MASIH ADA MURID YANG KETAWA MAKA DIALAH YANG TERBAIK.... HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Sunday, November 9, 2008

SMACH 83-87

Inilah foto aku ketika berada di tingkatan lima di salah sebuah sekolah berasrama penuh. Remaja tidak dapat mengelakkan diri daripada dilanda storm and stress. Mengapa memilih untuk melihat ke belakang jauh dua dekad yang lalu. Hari ini telah berkumpul 7 orang smach pioneers selama 4 jam. Walaupun perjumpaan teman lama sangat menggumbirakan namun perjumpaan di hospital dengan diagnostik leukimia telah sedikit mencalar rasa keseronokan. Untuk teman yang bernama Pak Jah (sempena saiz badan yang mantap) ketika di sekolah, terimalah ketentuan Ilahi dan berikhtiarlah untuk kesembuhan. Kami semua mendoakan kesejahteraan anda. Bertemu kawan seperti Mat Mom yang sentiasa bersahaja membuatkan aku teringat kegemilangan hoki sekolah kita apabila bergelar juara di peringkat negeri. Terima kasih En Azlan Kurish, guru hoki yang sangat hebat. Hakim (Che Pong), rakan sekelas dari tingkatan satu hingga lima, bukan sebarang kawan, begitu istimewa mengingatkan kalian dengan sejarah tersendiri. Rindunya saat itu kerana kini kita telahpun semakin berusia. Yusni (Pak Njut), sentiasa ceria dan kemunculan anda hari ini akan menjadikan persahabatan yang telah dijalinkan selama ini akan kembali bertaut setelah biduk berlalu. Bazli (Ba) , rakan sekelas dari tingkatan satu hingga ke SRP, kenangan tolol kita sangat banyak untuk dikenang dan Mr Ba (Lawyer) , engkau sebenarnya telah bersedia untuk menonjolkan the winning in you because you have been so pessimistic for such a long time and now is your turn to tell the world by projecting yourself. Zaid (Pok Eid), seorang kawan yang sentiasa cuba menjadi hebat sejak sekian lama dan hari ini aku lihat kau telah matang dan terima kasih kerana pernah menjadi sahabat gue....
Pasukan Hoki yang menjulang SMACH hingga ke Liga Juara Sekolah Malaysia, kemana semua kawan yang lain berada? Di mana Zahari, Mudin, Mudi yang sama-sama meggalas kayu hoki saban petang dan tertidur keletihan di kelas prep pada malamnya.

Saturday, November 8, 2008

The Psychology of winning

FGD hari ini adalah berkaitan dengan perkembangan remaja dan di antara isi kandungan adalah perkembangan pelajar secara menyeluruh. Dennis Waitley telah menulis buku berkaitan dengan psikologi kejayaan yang mana terdapat 10 ciri-ciri kejayaan diri seperti
1. KESEDARAN DIRI
2. PENGHARGAAN KENDIRI
3. DISIPLIN DIRI YANG POSITIF
4. MOTIVASI KENDIRI YANG POSITIF
5. KAWLAN DIRI YANG POSITIF
6. IMEJ KENDIRI YANG POSITIF
7. DIMENSI KENDIRI YANG POSITIF
8. JANGKAAN KENDIRI YANG POSITIF
9. PROJEKSI KENDIRI
10 ARAHAN KENDIRI YANG POSITIF

Saya ingin berkongsi beberapa petikan buku atau ucapan Dennis Waitley yang mungkin boleh memberikan motivasi kepada kita semua

a. Mengharapkan yang terbaik, perancangan yang buruk: Tunggu keputusan yang memeranjatkan
b. Kegagalan adalah guru bukan tukang gali kubur;kegagalan hanya penangguhan bukan kekalahan
c. Risiko yang paling besar adalah tidak berbuat apa-apa
d. Dua pilihan yang boleh dibuat didalam hidup; satu, terima keadaan yang ada atau terima tanggungjawab dan ubah

Friday, November 7, 2008

Collegiality

Lupakan sejenak tentang pentaksiran yang berlaku dalam minggu ini sebelum disambung kembali pada hari Isnin. Hari ini saya ingin menjemput rakan-rakan untuk bersama menyertai kami untuk menikmati keindahan Tasik Kenyir pada 13-15 November ini sebagai hadiah kepada diri masing-masing setelah penat belajar selama satu semester. Banyak objektif yang hendak dicapai selain daripada itu termasuk membina kejelikitan antara kita supaya kita akan lebih memahami sesama kita. Insyaallah! Sesiapa yang ikut serta tidak akan menyesal dan hubungan kita semua akan menjadi lebih mesra.

Apresiasi alam dengan melihat keajaiban dan kehebatan Yang Maha Esa mungkin akan dapat meningkatkan lagi kepatuhan kita dalam menjalankan ibadat dan semakin kuat rasa tawakkal kita kepadanya setalah berusaha. Buat rakan yang menjengok kampung di hujung minggu ini, jangan lupa sama menjenguk ibubapa jika mereka masih ada dan tinggal berdekatan kerna kita berterima kasih di atas didikan mereka selama ini.
Have a nice weekend


YXGA 6105



Selamat menjawab bagi semua rakan yang akan mengambil subjek YXGA 6105 pada hari ini yang mungkin akan turut menjadi satu lagi grand prix marathon 3 jam. Jika pencerapan klinikal hanyalah sebahagian kecil daripada penyeliaan pengajaran maka peperiksaan hari ini juga hanya sebahagian kecil daripada proses pembelajaran YXGA 6105. Pembelajaran yang telah berlaku selama 14 minggu telah dibincangkan di dalam FGD menjadikan kita lebih memahami ilmu yang sedang kita pelajari. Perbetulkan niat utama perbincangan supaya kita akan menyediakan mental kita untuk memahami ilmu untuk jangkamasa yang lama (long-term memory). Peperiksaan hari ini adalah untuk mentaksir setakat mana kita telah masak dengan ilmu tentang penyeliaan. Kita letakkan diri kita kepada 2 watak yang sedang berbincang untuk melihat di mana kita pada masa ini dalam konteks penyeliaan pendidikan dengan membuat pentaksiran dan selepas ini kita akan merancang bagaimana ilmu ini boleh digunakan apabila kita keluar nanti. Bukankah pada masa itu barulah apa yang dipelajari ini akan menjadi lebih authentik? Atau adakah kita muntahkan balik apa yang ada pada hari ini dan memberikan kepada badang yang telah sedia kuat (Datin), ingatlah, ini bukan kisah badang dengan hantu.

Selamat berjaya kawan.

Thursday, November 6, 2008

Exam as it is

Sejarah telah tercipta apabila pen Pilot G2(1.0) seperti yang dapat dilihat di dalam foto di atas telah kehabisan dakwat dengan hanya satu kertas peperiksaan sahaja. Marathon 3 jam penulisan membantu Syarikat Pilot untuk mengiklankan kehebatan pen mereka dengan tema "Pilot... menulis 3 jam marathon" bagi bersaing dengan kilometrico...menulis beribu-ribu perkataan. Apa yang berlaku sangat menakutkan. Hampir-hampir jari kelingking menjadi kaku dan cramp dalam marathon yang telah diadakan. My burning question is if we are to write non-stop using Pilot G2 (1.0), how many pages of full scap paper can be covered in 1 hour ?

Selepas 13 tahun, kini aku kembali semula ke Panggung Wayang dek "Budak Kelantan" dan dek kelenguhan 3 jam marathon. Tahniah kepada pengarah baru Wan Azli dan pelakun baru seperti Jaha, BBong dan rakan2 yang menjiwai watak dengan baik. Teringat zaman remaja dengan terup 400 , tilam bersepah di ruang tamu, mengorat gadis jalanan yang semua itu permainan remaja yang tinggal di rumah sewaan. Ralik jugalah kata orang menontonnya cuma sesetengah jalan cerita agak kurang difahami kerana terganggu kekoherenannya.

Rileks sekejap! Hari ini FGD (Fast Group Discussion) akan sekali lagi menggegarkan bilik mesyuarat atau library IPK. Ada kawan beritahu, kita bincang bising-bising , orang lain bincang macam berbisik aje. Itulah cikgu, kalau sebatu tak didengar tak puas hati macam nyanyi sambil dengar walkman, habis sekampung orang tahu mengalahkan ayam. jangan marah!!

Wednesday, November 5, 2008

Teknik Menghabiskan dakwat pen






Selamat Berjuang

'Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata'. Sudah 14 minggu kita berkata-kata dan tibalah harinya untuk kita melaksanakan kata-kata dengan menggunakan apa sahaja yang ada pada kita untuk memastikan kita dapat mempengaruhi pembaca skrip jawapan nanti untuk bersetuju dengan pandangan seorang bakal graduan MPrinc.
Menyebut YXGA 6104 yang bertajuk Teori-Teori Dalam Pengajian Kepengetuaan dan Pengurusan Sekolah untuk mengingatkan kepada kita semua mengapa teori yang dibincangkan perlu digunakan dalam menjawab peperiksaan kerana setiap teori yang dikaitkan dengan aplikasi di sekolah menandakan proses pembelajaran telah berlaku.
Selamat menjawab dan anggaplah apa sahaja yang dijawab adalah merupakan keupayaan kita untuk mengupas permasalahan dan menjadikan panduan kepada sesiapa yang membaca untuk diaplikasikan sekiranya skrip itu tiba2 terbang ke dalam sekumpulan pengetua yang sedang menunggu untuk taksiran DG52 he he.

Tuesday, November 4, 2008

Sekolah Sebagai Satu Sistem Sosial

Scott(1992) telah melihat sekolah sebagai satu sistem sosial kepada 3 perspektif iaitu sistem-rasional, sistem-natural dan sistem terbuka. Di dalam sistem-rasional, beliau telah menggunakan asas teori pengurusan saintifik oleh frederick taylor. Apa yang penting dalam pengurusan saintifik ialah organisasi adalah merupakan alat untuk mencapai tujuan. Di dalam teori tersebut taylor telah menyatakan bahawa terdapat 3 prinsip asas yang penting dalam organisasi iaitu pertama, division of labour (pembahagian tugas) kepada komponen2 supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Kedua, span of control (ruang lingkup kawalan) di mana menurut beliau apabila penyelia hanya menjaga ahli yang kecil maka matlamat organisasi boleh dicapai. Ketiga, prinsip homogeneity iaitu memilih ahli yang mempunyai minat yang sama atau kemahiran yang sama untuk bekerja dalam kumpulan yang sama. Pengurusan saintifik ini juga bersandarkan kepada teori gelagat manusia McGregor iaitu teori X yang menganggap manusia adalah malas dan perlu diarah untuk menjalankan kerja. Oleh itu taylor menganggap manusia sebagai mesin yang perlu digerakkan untuk menjalankan kerja. Scott mengaitkan pengurusan saintifik ini dengan perspektif sistem-rasional dengan mengaitkan 10 konsep yang diubahsuai daripada 3 prinsip asas saintifik iaitu matlamat, pembahagian tugas, standardisasi, formalisasi, hirarki, ruanglingkup kawalan, prinsip pengecualian, koordinasi dan organisasi formal. Kesemua konsep ini adalah untuk memastikan struktur organisasi adalah jelas dan membawa kepada pencapaian matlamat.
Apabila melihat kepada pengurusan secara saintifik yang tidak memberikan perhatian kepada manusia di dalam organisasi maka fullet, mayo dan beberapa orang perintis telah mengkaji manusia di dalam organisasi seperti kesan hawthorn dan menghasilkan teori human relations, yang menyatakan keperluan manusia mesti dipenuhi bukannya matlamat. 10 konsep sistem-natural iaitu survival, keperluan, individu, struktur sosial, norma informal, pengupayaan(empowerment), kawalan ringkup kuasa yang luas, budaya, teamwork dan organisasi informal. Semua konsep ini menunjukkan perkaitan bagaimana individu di dalam organisasi yang diutamakan berbanding matlamat organisasi.

Saya melihat sekolah sebagai sistem terbuka di mana ia merupakan integrasi di antara sistem-rasional dan sistem-natural. Ini adalah kerana sistem-rasional tidak memberikan perhatian kepada individu di dalam sekolah. Manakala sistem-natural adalah terlalu mementingkan manusia di dalamnya tanpa melihat kepada matlamat organisasi. Sistem terbuka yang menggabungkan kedua-dua sistem yang akan menjadi satu sistem yang lengkap. Sistem terbuka mempunyai struktur formal untuk memastikan matlamat sekolah tercapai dan tidak meninggalkan keperluan individu yang menjadi ahli di dalam organisasi.
Sistem terbuka melibatkan input yang diperolehi daripada luar sekolah (environment) seperti manusia, bahan asas, maklumat, mandat dan apa sahaja yang berkaitan yang akan dilakukan proses transformasi untuk menghasilkan hasilan (output). Secara ringkasnya, ia boleh ditunjukkan sebagai input-proses transformasi-output. Komuniti, PIBG dan sebagainya boleh memberikan maklumbalas kepada organisasi.
Sistem terbuka tidak mempunyai sempadan yang jelas kerana sekolah bergantung kepada persekitaran untuk bergerak. Oleh itu komuniti diluar sekolah sangat berkait rapat dengan sekolah menyebabkan sempadan sekolah akan menjadi lebih luas kerana persekitaran turut dilihat sebagai mempunyai hubungan dengan sekolah.
Secara ringkasnya, terdapat 4 elemen di dalam sistem terbuka iaitu structural, individual,cultural dan political. Elemen structural melibatkan bagaimana matlamat sekolah boleh dicapai dengan merujuk kepada beberapa konsep yang ditunjukkan di dalam sistem-rasional. Ia melibatkan jangkaan birokratik yang mana kesemuanya adalah menjurus kepada pencapaian matlamat organisasi. Di dalam elemen individual pula, proses transformasi yang berlaku adalah melibatkan kepada kognitif dan motivasi yang dikaitkan dengan membina individu yang mempunyai kemampuan dari segi iq, eq, sq dan miq. Teori2 motivasi juga digunakan untuk melihat bagaimana individu tersebut boleh ditingkatkan kualiti diri. Elemen budaya dikaitkan kepada perkongsian orientasi dimana watak atau etos sekolah dikemukakan dan dikongsi dengan semua pihak di dalam organisasi dan juga persekitaran yang melibatkan komuniti. Elemen politik tidak dapat dielakkan dalam sistem terbuka kerana persekitaran sentiasa mempunyai pihak-pihak yang mempunyai kuasa tidak formal tetapi ingin campur tangan di sekolah seperti PIBG atau orang mempunyai pengaruh politik diluar sekolah. Keempat-empat elemen ini yang bergantung kepada persekitaran untuk memberikan input akan menghasilkan input. Itulah sekolah sebagai sistem terbuka. Jika kesemua gabungan ini berfungsi dengan baik dan memainkan peranan maka hasilannya ialah pencapaian tinggi, kepuasan kerja tinggi, kadar ponteng kecil, keciciran pelajar tidak berlaku dan akhirnya menghasilkan kemenjadian (outcomes) dimana hasilan yang keluar akan menjadi orang yang berperanan dalam masayarakat.

FGD (Fast Group Discussion) 3

Mesyuarat Majlis Tertinggi Kumpulan Fast Group Discussion (FGD) yang telah bermesyuarat tentang strategi untuk menangkis krisis 'below par performance' yang mungkin akan melanda jika tidak ada tindakan yang sewajarnya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Zabidi yang dibantu oleh think tank yang telah melalui proses 4 M (model, motivation, mentoring, multiplying)2 orang bodyguard yang memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar tanpa gangguan daripada demonstrasi yang membantah pengubahsuaian terhadap karenah birokrasi yang akan dideklarasikan. Yang nampak muka sahaja itu adalah SB (bukan cawangan khas) tetapi Siro Bijak