Sunday, September 7, 2008

Harapan & Realiti

foto 1
Suasana mendung yang menggambarkan keperitan rakyat Malaysia dengan kenaikan harga minyak dari RM 1.92 kepada RM 2.55 sen seliter. Pihak kerajaan mendakwa kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak dan mungkin membantu menaik tarafkan pengangkutan awam supaya kos petrol dan diesel yang meningkat dapat dikurangkan. Rakyat berharap agar kerajaan akan mengotakannya kerana rakyat tidak faham mengapa sebagai negara pengeluar minyak kita menjadi miskin apabila harga minyak meningkat...


foto 2

Setelah DSAI berjanji untuk menurunkan harga minyak jika memerintah, sekali lagi rakyat berharap agar kata ini dikotakan. Rakyat telah memberikan kepercayaan kepada beliau melalui kertas undi yang dipangkah di PRK Permatang Pauh. Kali ini harapan semakin cerah kerana kecuali media arus perdana, rakyat dapat menyaksikan tsunami besar seakan sedang menuju kesini. Suasana juga agak cerah bila kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM 0.15 kerana kerajaan memang sentiasa memikirkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat yang selama ini menganggap mereka sebagai pembela dan pejuang rakyat. Jika mereka terlalu kaya adalah kerana mereka pemilik harta kekayaan yang ada dalam negara.


foto 3
Rakyat masih berharap agar berlaku satu perubahan dalam negara menjelang 16 september. Kenapa? Rakyat berharap agar kerajaan yang ada dan yang menanti sama-sama bekerja keras untuk kebajikan mereka. Persaingan yang berlaku akan membuka mata semua pihak bahawa negara ini milik rakyat dan setiap penduduk negara ini mempunyai hak untuk menikmati kemajuan yang ada. Jangan berdolak dalik dengan mainan kotor untuk mengekalkan kuasa atau mendapatkan kuasa, cerah di langit bukan kerana sedarnya kerajaan yang ada pada hari ini atau munculnya seorang pemimpin sarwajagat tetapi dek kesedaran rakyat bahawa negara ini milik kita semua dan kita berhak meminta dibebaskan SPR, BPR dan segala R daripada belenggu mana mana pihak. Padang biar rata , rakyat akan tentukan kerana kita telah memilih lunas demokrasi. Andai demokrasi telah gagal, jangan salahkan rakyat kerana kerajaan demokrasi adalah kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyat


No comments: