Saturday, December 10, 2022

Pertandingan antara rumah sukan

Semua ahli bertungkus lumus mengikut keupayaan masing-masing. Yang boleh berlari terus berlatih, yang boleh melompat akan mewakili acara lompatan. Ada yang suka menghias akan mencantikkan khemah dengan pelbagai hiasan. Ada yang sekadar penyokong kepada rumah sukan kerana tiada bakat tetapi tetap memakai pakaian mengikut warna masing2. Sesuai dengan perkembangan semasa, ada rumah sukan yang lebih ghairah dengan menyajikan lagu-lagu semangat. Divideokan dan dimuatnaik ke laman-laman sosial. Wow! Seronok sungguh persiapan para penyokong tetapi bagi peserta yang mewakili rumah sukan ,mereka sangat berdebar-debar. 

Semangat kerja mereka itulah membangkitkan semangat yang kuat dengan kutuk mengutuk sesama mereka. Ia berterusan bagai jagoan yang akan menakluki bumi. Usaha demi usaha dibuat dan akhirnya hari pertandingan telah tiba.

Setiap peserta yang mewakili rumah sukan berusaha memenangi setiap acara , kadang2 rumah merah menang dan kadang2 rumah biru dan tak kurang rumah hijau mengejutkan pasukan lawan. Seronok acara kejar mengejar menaikkan bendera pasukan. Pengetua seronok melihat semangat semua yang ada di atas padang dan percaya inilah semangat yang akan menjanjikan kegemilangan.

Pukul 6 petang  tamat lah semua acara bagi melengkapkan 222 acara yang dipertandingkan. Akhirnya mata yang dipungut dikira dan dikira. Pemilihan olahragawan dan olahragawati akan dilakukan. Pengetua dalam ucapannnya mengatakan bahawa yang menang bukan menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Sekolah ingin melihat semangat yang ditunjukkan oleh semua anak murid kerana semangat ini lah yang akan membawa kejayaan sekolah. 

Yang kita lakukan ini adalah untuk memilih yang terbaik untuk kejayaan sekolah dan asas kepada kejayaan sekolah adalah semua berpadu tenaga demi pertiwi. 

Kejohanan kita adalah untuk membina sekolah dan membina perpaduan. Jika kita berpecah selepas kejohanan ini maka apakah maksud kejohanan yang kita anjurkan.

Marilah kita angkat wakil sekolah kita untuk ke mercu Dunia. Yang lain2 kita sokong untuk tunjukkan bahawa kita adalah satu pasukan yang kuat dengan kepelbagaian yang mewarnai kekuatan kita