-Aku baru selesai berjoging di sebuah perkampungan kecil yang jauh beratus-ratus km dari bandar Sibu.
-Restoran Awang Radin, macam biasa menjadi tempat memperagakan otot - otot kecil kami sambil meneguk sirap bandung
-Berita jam 6 telah menyiarkan kisah DSAI. Tergamam dan terkejut dengan apa yang berlaku
-Pulang bercuti ke kampung , singgah di kuala lumpur
-turut serta memanjat pagar di bukit damansara untuk melihat suasana di rumah DSAI, lautan manusia memenuhi setiap inci kawasan
-gugurnya seoramg tpm sebelum menuju ke puncak
hari ini , sept datang lagi
-lokasi telah berubah, dari bukit damansara ke bukit segambut
-aku masih berjoging dalam usia 10 tahun lebih dewasa
-aku masih menonton berita jam 6 dari stesen yg sama cuma bermenterikan sabree chik
- Otot telah bertukar menjadi lemak yg menunjukkan usaha semakin berkurangan
- Sedekad berlalu, kini DSAI kembali lagi
-Rakyat menunggu setia
-apa yang bakal terjadi nanti......... apakah sejarah itu peristiwa benar yg berulang-ulang?
-maka kita akan lihat ulangan 98 atau kita bina sejarah baru yang akan menjadi teladan kerana tidak Allah jadikan kisah Firaun dapat kita lihat pada hari ini supaya menjadi teladan untuk umat manusia
-Ya Allah ! Kami bersujud dan memohon padamu....
1 comment:
Terharu rasa meninggalkan erareformasi. ke mana akan bergelimpangan jasad-jasad refomasi? Mungkin terkambus dalam ghanimah pertempuran seabad menentang umnoisme. Ataukah terkambus terus dalam kemewahan fasa ke-2 era umno baru ala DSAI.
Post a Comment