Wednesday, February 24, 2010

Kelab Kakitangan Sekolah 2010

Menjadi pengerusi kelab kakitangan ibarat memegang joran tanpa umpan. Jika terus mengail memang sukar untuk mendapat ikan kecuali jika kita mencuba di unjang. Ketua tanpa kuasa sah memerlukan daya kepemimpinan yang tinggi kerana usaha mempengaruhi rakan sejawat bukan suatu perkara yang mudah. Lawatan ke Bangkok bulan depan masih belum mendapat respon daripada mereka, program hari keluarga sudah tidak dijalankan sejak 2 tahun lalu. Cabaran bermula besok apabila pembentangan perlembagaan dan aktiviti akan lakukan. Semoga aku berjaya

Tuesday, February 23, 2010

Sukan Tarak 2010

Apabila TPM umum pelajar wajib menyertai satu sukan setiap orang maka pelbagai wajah dengan pelbagai reaksi muncul menyahut perkhabaran. Aku selalu ditakdirkan berada di sekolah yang mana aktiviti ko tidak begitu jelas seperti pemakaian seragam pada hari rabu, aktiviti persatuan yang lembab dan sebagainya.
Apabila tidak mempunyai hubungan langsung dengan unit sukan sekolah maka makin terasa bahawa sukan seolah-olah tidak diperlukan lagi. Jika slogan  sukan elit dan sukan untuk semua adalah untuk sekolah maka sepatutnya sukan tara yang dijalankan akan dinanti-nantikan oleh pelajar. Mengapa tidak begitu ?
Yang pertama, tekanan  akademik telah meragut nyawa sukan secara borong; bayangkan balik sekolah pukul 3 dan 3.30 adalah waktu sukan tara, adakah tenaga mental masih dipunyai oleh anak-anak kita untuk kekal di sekolah.
Yang kedua, PJ tidak dijalankan dengan baik, menjadikan mereka tidak dapat mengaitkan antara aktiviti sukan tara dan kemahiran dalam akademik.

Yang ketiga, guru yang hadir juga tidak dengan hati tetapi hanya dengan kaki. Mana nak sampai perasaan positif kepada anak murid.

Apa yang jadi hanyalah perubahan daripada suka tara kepada sukan tarak

Sunday, February 21, 2010

silap percaturan

mlm tadi , di tv 1telah disiarkan perlawanan piala fa antara kelantan dan kedah. secara keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa meletakkan ramai pemain hadapan akan menyebabkan lebih ramai pertahanan yg menunggu. kita lihat fungsi pemain kurang jelas, piya tidak dpt beraksi dgn maksima, indra tidak dpt guna kelajuan. ini menunjukkan kelemahan stail permainan yg cuba dibawa oleh sathia. hasilnya, jaringan gagal dilakukan. permainan cara overlap mungkin boleh membantu.

Monday, February 15, 2010

Kisah Penang lagi............

Tak habis denga kisah DS Zahrain, timbul isu perarakan maulidurrasul. Bukan nak buka pekong melayu tetapi hakikatnya begitulah. Semasa di Sarawak dulu, sambutan perarakan maulidrrasul ni kira hebatlah. Persiapan sahaja seharisuntuk dengan sepanduik di sediakan di bawah masjid. Ramai orang melayu berkumpul dari pagi, zohorhingga ke waktu asar. Apabila muazzim mengazankan solat zohor, yang naik solat adalah imam dan bilal.  Yang lain sibuk menediakan sepanduk utuk membesarkan Rasul. Jika Kerajaan Penang tak adakah perarakan bukan hilanh keislaman tetapi menampakkan kebodohan kita sendiri. Kisah orang melayu diketawakan oleh orang lain kerana kita terlalu mengikut nafsu tanpa menggunakan sedikit akal yang diberikan Allah SWT.
Mlm tadi kecoh juga di Penang , SU Menteri ditahan bersama duir rm 2 juta di rumah. Semua ini memberikan rakyat berfikir bahawa apabila rosak rakyat sesebuah negara adalah setelah berpuluh tahun dikikis keutuhan dan jati dirinya. FIKIRKANLAH.....................................................

Friday, February 12, 2010

Lim Guan Eng

Selepas dipenjara dalam kes Rahim Thamby Chik, nama ini semakin dikenali oleh kawan dan lawan. Hari ini, apabila AP Bayan Baru dari PKR keluar parti maka banyak kisah yang keluar kepada pengetahuan umum termasuk keengganan LGE untuk memberikan projek Kelab Golf kerana dasar tender  terbuka dsb.

Saya percaya satu perkara; kebanyakan boss berbangsa cina adalah teliti dalam menguruskan kewangan walaupun di sekolah. Mereka kurang ciri -ciri kemanusiaan berbanding tugasan dalam memastikan agenda organisasi tercapai. Mereka kadang-kadang dilihat zalim tetapi individu yang sama akan memuji mereka apabila bertukar organisasi kerana sukarnya memahami boss 'melayu'.

Apa-apa pun, kita mahu yang terbaik untuk rakyat, siapa yang membawa lumpur pastinya turut mencalit badan orang lain

Thursday, February 11, 2010

Sorotan Seminggu

 
Majlis Tilawah Qurah (MTQ) peringkat sekolah diadakan pada hari Sabtu, sesi persekolahan menggantikan cuti tahun baru cina. Rupanya masih ada pelajar yang suka melakukan perkara-perkara baik walaupun kecil bilangannya. Sayu mendengar johan hafazan memperdengarkan bacaan ala-ala al gahmidi, al matrud dsb. Nasyid menjadi tumpuan para pelajar cuma kekadang tertukar dengan tarian melihat gaya mereka melakukan formasi...............

 
Mesyuarat JPKS di PPD pada hari ahad menambah lagi koleksi fail untuk dikerjakan pada tahun ini. SU bukan cerita dongeng tapi ini betul-betul, Su kurikulum, su itu , su ini menunjukkan kita banyak minum su su masa kecil dahulu

 
Dari SU ke Pengerusi Kelab Kakitangan semua dirembat dengan mudah untuk tahun ini. Muka dah tidak dapat disorokkan lagi. Badan besar mana mahu lari.. kata apek tua. Maka bermesyuarat la, wow! Bulan Mac kita pergi Bangkok hingga sempadan Myanmar , mahu ikut jalan, kalau tak mahu jangan banyak songeh, mana nak layan 170 orang, laki binipun gaduh, inikan pula kelab staf hehehe.... siapa mahu iku? Jom ke Bangkok, Kancaburi,hatyai dll

 
Majlis perlantikan pengawas perlu juga dijalankan. So, sibuk semua guru unit HEM merancang, mengagih, mengelola dan memantau sehingga semua berjalan lancar.... sayang SU mcm aku tak dapat ikut serta, semalam ada arahan pinda headcount lagi. ayoyo! dah 4/5 kali tukar uhuhuh

Wednesday, February 10, 2010

Letih orang kurikulum dan letih orang kokurikulum

Ada beza tak? 12 tahun di bidang kokurikulum samada sukan atau permainan membayangkan tercapainya objektif psikomotor, kognitif dan afektif namun setahun bersama kurikulum umpama memikul sebatang kayu belian/cengal di atas belakang.Melihat muka pelajar dengan angka iaitu A,B,C, D dand E terasa membosankan berbanding keseronokan melihat mereka berlari, melompat dan merangkak.
Apa ada pd transformasi pendidikan yang nanti mampu memberikan kepuasan kpd warga pendidikan ?

Monday, February 8, 2010

Volleyball training

Log Latihan bola tampar hari ini

Sesi warm up

drills
1. serve receiving - 3 players ready with the balls parallel to the net. Other palyers take turn to dig the ball back three times in a row.

2. Spiking drill- timing practice by trying to catch the ball set by the setter and later hit the ball

3. Game situation - positioning, first ball and blocking

4. Cooling down

Chapter 2 Prisoner of Zenda


Chapter 2 (Rassendyll arrives in Zenda)
1.      Write the characters found in chapter 2

















2.      Rearrange the sentences according to the plot in chapter 2
Both Rudolf and his brother, Duke Micheal fell in love with Princess Flavia
RR was told that he had the same colour of the hair as the royal family of Ruritania
RR could see the castle of Zenda from the window of his room
RR made a decision to stop in Zenda, 60 miles away from Strelsau
RR got the information about the coronation in Ruritania from the newspaper RR met his friend, George at the railway station in Paris
RR heard about the king was in the forest to hunt the animals and Duke Micheal  was in Strelsau to arrange the coronation
1………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
3……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
4………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
5………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
6………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
3.      Answer the questions below
1.      What did George explained to Rudolf Rassendyll about Antoinette de Mauban?

2.      Where did Rudolf Rassendyll bought the newspaper ?

3.      Who cooked the dinner for Rudolf Rassendyll ?

4.      Why did Rudolf Rassendyll want to have a walk in the forest ?

Diari Seorang Guru

7.15 am- berada di pintu pagar sekolah sebagai guru bertugas. Memastikan pelajar mengikut peraturan sekolah semasa melangkah masuk ke kawasan
7.30 am- di tapak perhimpunan memastikan semua pelajar berada di barisan dan menyanyikan lagu-lagu penuh semangat
7.30 am - 9.30 am- Majlis Tilawah Quran berlangsung dan mengawal pelajar yang sedang menonton majlis
9.45 am- di kelas untuk sesi P&P
10.25 am- ke kantin semasa rehat sebelum ke kelas lain
10.45-1.05 pm- kelas dan tamat sesi persekolahan
1.10-2.40 pm- kelas serambi tingkatan 3.
2.45 - 5.15 pm- ke PPD untuk mesyuarat Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPKS) bagi mendapat MS ISO 9001 2008
5.30-7.15 pm- latihan bola tampar di gelanggang sekolah
8.00-10.00 pm- kelas malam untuk pelajar elit
10.30-12.30 pm- menanda buku dan persiapan untuk p&p keesokan hari
dan....... rasa macam nak cari kerja tempat lain jer hehehehe

Saturday, February 6, 2010

In House Training

 
Kursus 'in-house' telah diadakan untuk pendedahan komsas BI diadakan di bilik PPSMI tengahari ini. Setelah berkursus selama 3 hari untuk F1 dan 3 hari bagi F4, kami bersedia untuk berkongsi dengan rakan-rakan di sekolah. Guru Kanan Bahasa sedang memberikan ucapan penutup kursus dan meminta kami terus komited dengan usaha membantu meningkatkan mutu BI di sekolah.

 
Guru sesi pagi dan petang sedang mendengar ucapan penutup dan kesepekatan jelas tergambar di wajh masing-masing. Sebelum itu, aku telah menghubungi boss IAB Timur untuk mengucapkan tahniah kepada beliau. Insyallah, ada kelapangan aku akan melawat beliau di pejabat nanti yang hanya 1 km.

Friday, February 5, 2010

Bila orang.....

Bila orang datang ke majlis kita dan mengambil alih mikrofon kerana audiens adalah pelanggannya suatu ketika dulu tentu mendatangkan pelbagai andaian....
Bila menilai orang lain maka gunalah cermin supaya apa yang kita tidak suka orang lain lakukan tidak dilakukan oleh kita sendiri....
Jika kita suka.....
atau.. perlukah kita fikirkan dari sudut lain bahawa mereka lebih tahu daripada kita sehingga merampas mikrofon tersebut dan setelah itu berlalu pergi tanpa ucapan terima kasih kerana meminjamkan mikrofon tersebut...
Ikhlas...???
Jika kita memberitahu orang lain maka kita telah mengumpat, jika tidak diberitahu, puas tak hati kita.. mengapa tidak berterus terang bahawa kita tidak suka cara begitu....
biarlah begitu... dosa tidak dikutip.

Thursday, February 4, 2010

DSAI dan S

 
Foto ini diambil sehari selepas DSAI meliwat Saiful ( kedua-dua dlaam gambar). Saiful menghidangkan  air kepada NGO yang datang melawat DSAI. 

Wednesday, February 3, 2010

Bercakap dengan data

Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), kadar kontraktor Melayu yang berjaya memperoleh tender ialah sebanyak 67% dan 70%. Hal ini telah membuktikan kebolehan orang Melayu lalu menagkis tanggapan ramai terhadap orang Melayu......


Sin Chew Daily

(Pulau Pinang) "Kami tidak pernah menindas orang Melayu, semuanya boleh dibuktikan dengan menggunakan data!"


Mengumpulkan pegawai atasan kerajaan menjelang larut malam

Setelah menerima tuduhan menindas kaum Melayu daripada Ahli Parlimen PKR Zahrain dan juga "Utusan Melayu", Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu En. Lim Guan Eng telah mengumpulkan kesemua pegawai kerajaan dan juga Ahli Parlimen dan Ahli DUN Pakatan Rakyat untuk menghadiri satu mesyuarat penjelasan sebelum Lim Guan Eng berlepas ke Korea untuk urusan kerajaan. Lim Guan Eng telah mengemukakan pelbagai data, maklumat dan video untuk menangkis tuduhan daripada pihak berkaitan supaya membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak menyebelahi mana-mana pihak, dan menindas kaum Melayu yang berada di Pulau Pinang.

Tindakan Lim Guan Eng ini telah disifatkan sebagai menenangkan pegawai kerajaan dan menambahkan keyakinan mereka terhadap kerajaan negeri untuk menangkis cabaran daripada pihak lawan.

Beliau telah menyebut bahawa UTUSAN sering kali menggunakan isu merobohkan gerai-gerai penjaja Melayu yang tidak mempunyai permit sah untuk menfitnah kerajaan negeri, tetapi sebenarnya tujuan utama kerajaan negeri mengambil tindakan adalah kerana mereka merupakan penjaja yang tidak mempunyai permit sah, dan itu bukan disebabkan warna kulit. Sejak dua tahun ini, penangkapan juga dilakukan terhadap kaum lain, secara ringkasnya, bukan saja penjaja Melayu, tetapi penjaja orang Cina dan India juga ditahan.


Tindakan diambil terhadap penjaja orang Cina yang tidak mempunyai permit sah

Untuk membuktikan penjelasan Lim, Lim telah menayangkan video dimana pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap penjaja Cina yang tidak sah di Kek Lok Shi, tindakan penjaja Cina memarahi DAP juga ditayangkan dalam video itu. Hal ini telah membuktikan majlis tempatan tidak menindas sesetengah kaum sahaja.

"Perutunkan Barisan Nasional pada tahun 2008 ialah RM12.50 juta manakala setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan, peruntukan telah meningkat menjadi RM24.30 juta. Adakah kita masih dianggap menindas sekiranya angka ini meningkat dengan mendadak?"

Lim Guan Eng juga berkata, banyak pihak merasakan kaum Melayu akan dipinggirkan sekiranya Dasar Tender Terbuka dilancarkan, tetapi apa yang membanggakan ialah kontraktor Melayu telah mendapat lebih daripada separuh daripada tender yang ditawarkan.

Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), kadar kontraktor Melayu yang berjaya memperoleh tender ialah sebanyak 67% dan 70%.

Hal ini telah membuktikan kebolehan orang Melayu lalu menagkis tanggapan ramai terhadap orang Melayu.


Pegawai Kerajaan Pulau Pinang bekerjasama dan menyokong Anwar menghadapi tuduhan sodomi

Mereka yang hadir di Mesyuarat Penjelasan ini adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor, Ahli Exco, Chow Kon Yeow, ketua daerah dan sebagainya. Mereka telah mengemukakan pelbagai data dan maklumat untuk membuktikan Kerajaan Pulau Pinang bukan merupakan kerajaan yang rasis.

Untuk menujukkan pegawai Pulau Pinang bersatu padu maka sebelum mesyuarat bermula, para pegawai Pakatan Rakyat telah berganding tangan dan melaungkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim untuk menghadapi tuduhan sodomi beliau.


Tetapi ketika pegawai Pakatan Rakyat sibuk menjelaskan pendirian kerajaan negeri, terdapat hampir 30 orang ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMM) telah berdemontrasi diluar dan melaungkan Kerajaan Negeri tidak membenarkan mereka untuk berniaga di Tanjung Bunggah dan tidak menangkap penjaja haram Cina, ini menyebabkan keadaan yang memalukan bagi kerajaan negeri.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Pakatan Rakyat Pulau Pinang berdiri teguh dibelakang Lim

Kebelakangan ini, Lim telah menjadi tuduhan pelbagai pihak, bukan sahaja serangan daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seperti Zahrain (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal), tetapi juga serangan daripada UMNO dan UTUSAN.

Untuk menangkis serangan tersebut dan menjaga kepentingan kerajaan negeri, DAP dan juga parti kawannya telah menyatakan sokongan mereka terhadap Lim dengan mengadakan sidang media mulai malam 31 Januari.


Mereka yang menyatakan sokongan terhadap Lim adalah kedua-dua timbalan ketua Menteri iaitu Mansor dan Ramasamy, Jeff Oii, Chow Kuan Yow, Abdul Malik, dan sebagainya. Pasukan yang dianggap besar ini telah menunjukkan betapa seriousnya serangan kali ini terhadap Pakatan Rakyat Pulau Pinang.


Berkaitan:
1) Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Senarai Tender Berjaya)
http://ep.penang.gov.my/shop/penender_berjaya.php

2) Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Senarai Tender & Sebut Harga)
http://ep.penang.gov.my/

3) Blog YAB Lim Guan Eng
Kenyataan Akhbar YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang di George Town Pada 31.01.2010
http://cm.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=700:kenyataan-akhbar-yab-tuan-lim-guan-eng-ketua-menteri-pulau-pinang-di-george-town-pada-31012010&catid=25:dari-meja-ketua-menteri&Itemid=482

Monday, February 1, 2010

kEBINGUNGAN.........

Bagaimana perasaan anda sebagai ibu bapa apabila anak anda balik ke rumah selepas latihan sukan di sekolah dan berkata 'rugi 4 ringgit tambang pergi balik, cikgu ambil kedatangan dan tidak ada aktiviti dilakukan'. Inilah senario yang boleh didengar di sekolah. Ruginya masa dan wang mereka untuk datang pada waktu petang namun guru mensia-siakan kehadiran mereka tanpa ada perancangan. Semakin keliru dengan guru di sekolah dan termasuk para pentadbir. 'Core business' di sekolah adalah kurikulum namun apa jadi dengan proses membentuk insan yang berketerampilan dari segi jasmani, emosi dan rohani. Adakah waku petang adalah haram untuk bekerja ? Adakah kegiatan luar adalah dosa kerana bukannya tuntutan fardu ain atau kifayah ? Aku sudah kebingungan..............