Petang 30 Ramadhan di Alor Setar agak sesak dgn penduduk MBAS berpusu-pusu menghabiskan jam terakhir menjelang 1 Syawal. Hujan yang turun sejak pagi seakan bersedih dengan membawa angin sejuk dan pilu terasa melihat lambaian ramadhan meninggalkan umat yang semakin ghairah untuk bergembira di hari raya.
Melalui Jalan Sultanah (Day) kami berhenti sekejap untuk berbelanja bagi menyediakan makanan di pagi raya, apa lagi kalau bukan nasi beriani pilihan sepanjang zaman. Semua lengkap di sini, tak payah berfikir panjang, apa nak, kas kas, tairu, gula batu dan sebutlah apa bahan untuk nasi beriani boleh diperolehi disini.
Sepanjang jalan ini terdapat banner ucapan selamat hari raya dari ex MB , Dato Seri Mahathir Khalid. Di jalan ini juga terletaknya rumah MB dan bekas MB. Nasib agak baik kerana terpandang Mercedes MB bergerak masuk ke perkarangan rumah yang sederhana dan keluar susuk tubuh seorang insan yang pertama kali insyaallah berhari raya sebagai MB Kedah Darul Aman. Nokia E65 pantas merakam namun terpaksa dipendamkan dahulu dek gprs yang tidak mengizinkan upload.
Masa berbuka hanya tinggal lebih kurang 2 jam lagi , reban kambing di belakang rumah juga sedang disiapkan. Ayam kampung yang agak banyak belum cukup umur untuk disembelih bagi menjadi lauk beriani. Inilah suasana di Kg Pondok Tasak, Langgar pada petang 30 Ramadhan dan yang pasti laksa akan menjadi santapan berbuka nanti.
Star Parade menjadi tempat menghabiskan wang dengan sepasang selipar diadora dan tshirt Camel sebagai tanda aku akan beraya. Ketika bahan ini ditulis, hujan telah reda dan malam ini sekali lagi mercun akan berdentum sebaik sahaja azan maghrib dilaungkan dan mari kita sama sama bertakbir, bertahmid dan bertasbih sepanjang malam ini supaya pemergian ramadhan dan kedatangan syawal turut menjadi saksi kepatuhan hambanya kepada yang maha Esa. Amiiin.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar kita hampir tiba ke saat kejayaan , bangkitlah bertakbir memuji Tuhan kerana kita dipilih untuk menjadi pejuang dijalannya.
1 comment:
tok rok g male beli selipar diadora, sepatutnya executive selipar
Post a Comment