Hari ini 16/9/08 kita menyambut Hari Malaysia yang ke 45 yang penuh bersejarah.
Puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa memenuhi Stadium MBPJ Kelana Jaya dengan mengibarkan jalur gemilang.
Hujan yang turun sejak petang berhenti tepat pada waktunya menyaksikan gema azan berkumandang menandakan waktu berbuka telah tiba dan keharmonian Malaysia amat terasa. Aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang saling memahami perbezaan masing-masing namun bersatu menentang kezaliman dan kebobrokan.
Apa yang amat dibanggakan ialah bila mana mahkamah syariah akan diletakkan di tempatnya dan insyaallah langit baru akan muncul dan memayungi kita dengan penuh bercahaya.
Kibarkan jalur gemilang bersama orang-orang yang mengibarkannya...............
1.00 am
1 comment:
mula2 terpandang bendera, terdetik dihati sudah masuk umno, rupanya bendera dikibarkan untuk Malaysia Baru
Post a Comment