Kerusi Parlimen Pensiangan dikosongkan oleh Mahkamah- Tajuk Berita
Teringat Feb 08 bila rombongan kami ke Daerah Pensiangan dan terus bermalam di Salinatan. Indah sungguh suasana di sana , damai terasa melihat jernihnya air sungai sambil mudik kehulu bermula dari Kuala Salong.
Siapa sahaja yang menjadi MP bagi Parlimen ini seharusnya mengambil berat dengan keadaan rakyat yang hanya mengharapkan kesempurnaan hidup asas tanpa meminta untuk memiliki sebuah kapal layar ataupun jet peribadi
Anak- anak pensiangan dan salinatan masih terlalu mentah untuk melihat pendidikan bertaraf dunia, apatah lagi aspirasi mereka terlalu jauh berbanding ekspektasi pendidikan di negara ini.
Tahniah untuk para guru yang sanggup untuk bersama mereka, teruskan usaha anda, jangan undur, ingat janji kita untuk berkhidmat di mana sahaja. Lokasi bukan masalah, keinginan yang kuat akan melahirkan generasi pendidik yang cemerlang yang sebenarnya mampu membawa negara ke peringkat dunia.
3 comments:
insyaallah deme akan jadi pengetua stail Germando di sana, suatu hari nanti
Bagusla kalau sentiasa mengigati kenangan lalu, tetapi jangan lupa ada kawan kita yang marah sebab habis duit banyak pergi ke sabah
menanti pensiangan menjadi 'siang' selamanye...
Post a Comment