Tuesday, December 30, 2008

Selamat Kembali ke IPK

Bermula hari ini maka ibarat orang berhari raya semalam dan kembali berpuasa dan menempuh saat lapar dan dahaga. Walau bagaimana gembiranya beraya namun bila mengenangkan letihnya berpuasa maka sedikit demi sedikit kegembiraan mula menghilang. Itulah rutin kehidupan, seronoknya belajar namun sukar untuk mengulang kembali detik membuat tugasan, belajar dan menjawab peperiksaan.
Tugasan pertama sudah datang pada hari ini, dan tidak akan berhenti sehingga penghujung Jun nanti. Ya Allah, berikan kekuatan kepada hamba2 MU dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar.
Langkah pertama adalah memulakan sesi dengan rambut baru ..... mesin nombor 1

Monday, December 22, 2008

Universiti Penuh Manusia (UPM)

Separuh hari berada di UPM menemani pelajar baru Sarjana Pendidikan UPM. Telah 10 tahun tanah ini telah ditinggalkan dengan pelbagai kenangan yang mematangkan diri sebagai pelajar di bawah graduan (under graduate). Aku berbangga kerana suatu masa dulu akulah yang berdiri di hadapan semua pelajar baru dan mengetuai pembacaan ikrar pelajar. Mungkin aku akan datang lagi dan menjadi sebahagian daripada UPM, Insyaallah.

Piala Emas Raja-Raja



Kelantan telah menjuarai Piala Emas Raja-Raja yang menjadi kebanggaan Ketuanan Melayu apabila mengalahkan Pulau Pinang 4-0 di Kota Bharu dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh Tuan Rumah. Seramai 15,000 (Sinar Harian) penyokong telah membanjiri stadium untuk menyaksikan kehebatan tuan rumah dengan gabungan pemain lama seperti halim napi, seh bucit, zainuddin ariffin dan zul ehsan serta pemain baru seperti latif dan badri sangat menghiburkan terutama pada separuh masa pertama. Dalam separuh masa kedua ternampak betapa tidak 'fit'nya pemain bola di Malaysia kerana penonton sudah mula mem'boo' pemain sendiri kerana hanya berjalan di atas padang.
-berita kelantan sana sini-

Friday, December 19, 2008

Korban atau Terkorban di P36


Majlis Korban yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang telah dihadiri oleh penduduk tempatan tanpa mengira parti. Semua yang hadir memberikan kerjasama dan akhirnya daging korban telah dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Tahniah kepada semua yang hadir dan semoga YB Tengku Hassan akan meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat tanpa mengira parti.

Ahli parti apakah anda?

Thursday, December 18, 2008

Lebuh Raya PLUS (++++)


Berada di lebuh raya plus (tambah) bermaksud anda kena tambah kelajuan daripada 110km/j kepada yang bertambah baik setiap hari. Dengan kenderaan 2000cc, cuaca baik, kenderaan bergerak laju maka anda akan boleh mencuba sekali sekala sesuai dengan usia anda.

'Wheekeng' yang popular suatu ketika dulu dan kalau melihat kpd gelagat mat motor hari ini..wow lagi dahsyat.


Selekoh 'rothmans' di pasir puteh yang menjadi tempat belajar suatu ketika dulu. Jika teringat ,,blehlah menonton remp-it dan segala kenangan akan kembali menjelma.

Wednesday, December 17, 2008

Alfatihah Untuk Wan Zuhari

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Wan Zuhari Wan Dollah /Pok Joh yang telah kembali ke rahmatullah akibat leukimia. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat.

Monday, December 15, 2008

Bulan Muhasabah


Tinggal 15 hari lagi sebelum berakhirnya tahun 2008 maka tibalah masa untuk bermuhasabah bagi pengurusan tertinggi KPM (seperti tertera) tentang sejauh mana keputusan demi keputusan yang mereka buat samada melalui cadangan, bengkel, resolusi dan apa sahaja yang berkaitan dengan pendidikan rakyat negara ini bermula dengan pra sekolah. Mereka ini semua adalah gabungan orang politik yang sedikit sebanyak ingin terus berkuasa, PTD yang mempunyai wawasan tersendiri dalam kerjaya dan juga guru yang memegang jawatan tertinggi sebagai Turus.
Apa harapan rakyat pada mereka ? Jangan korbankan jutaan murid sekolah dengan keputusan yang bersifat kepentingan peribadi melebihi kelebihan rakyat terbanyak. Libatkan ahli akademik dalam setiap keputusan yang dibuat kerana 2 otak lebih baik daripada 1.

Sunday, December 14, 2008

PDRM (Polis dan Rakyat Marhaien)

Suatu hari dalam perjalanan ke utara kami telah memotong deretan kereta polis di depan dan belakang dua buah kontena dan semuanya siap bersenjata. Tertanya-tanya apakah bahan yang di bawa dalam kontena sehingga kawalan begitu rupa dan semasa berada di sebuah tempat rehat, tanpa dijangka mereka turut berhenti untuk seketika.
Melihat cara mereka meletakkan kereta dan 4wd mengelilingi kontena dan mengawalnya sudah pasti sesuatu yang sangat bernilai sedang dibawa. Syabas PDRM kerana begitu amanah dengan tugas menjaga keselamatan hak negara yang sudah pasti hak rakyat. Hak kita semua.
Nasib baik ada seorang sarjan adalah 'statemate' dan jenis peramah berbanding anggota lain maka sempatlah jawapan diperolehi; kontena berisi wang syiling bernilai jutaan RM sedang dalam perjalanan ke Bank Negara cawangan Pulau Pinang. Tahniah Pak Polisi. Sesuai dengan slogan 'Saya Anti Rasuah' anda semua layak untuk memikul amanah daripada rakyat dan jangan terlalu akur dengan arahan mana mana pemimpin secara membabi buta kerana kita semua sedang diperhatikan di kanan dan kiri kita.

Rakyat Marhaein amat memerlukan ketegasan polis dalam menjaga keamanan negara. Pemimpin adalah sebahagian daripada undang-undang dan tiada siapa yang harus bebas untuk menjaga kepentingan masing-masing dengan menggunakan anggota polis.

Saturday, December 13, 2008

Pesanan Adik Mat


Dalam khutbah Jumaat semalam , adik Mat Imam Muda telah menyampaikan khutbah Jumaat yang bertemakan keluarga Islam. Bermula daripada memilih calon isteri hinggalah kepada bagaimana watak yang seharusnya dimainkan oleh para suami di rumah masing-masing. Sesuai dengan musim cuti sekolah ini dan musim orang naik pelamin maka tema khutbah ini amat relevan dengan makmum yang hadir walaupun mungkin tidak dianggap utama oleh Pandikar Amin Mulia selaku speaker dewan rakyat.

Ada dua perkara yang sempat diingati dalam khutbah itu iaitu dalam hidup berumah tangga hendaklah ada mawaddah (kecintaan) di mana saling ada rasa cinta dan kasih sayang di antara suami isteri dan anak-anak. Bapa hendaklah menunjukkan kasih sayang kepada isteri dan anak2 kerana Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling baik terhadap isteri2 Baginda. Anak2 hendaklah menjaga maruah ibubapa dgn tidak memalukan mereka dalam masyarakat dengan melakukan perkara yang buruk seperti menghisap dadah dan sebagainya.

Friday, December 12, 2008

Tetamu Istimewa 1373 (2)

Rombongan Abe Mud@ Awe Beras anak Mok Moh dan Abe Daud menjadi tetamu kami pada hari raya lalu. Inilah pengasuh kami semasa kecil dulu.

Akhirnya Zahar menjadi tetamu terakhir housemate condo putramas slps yein dan arman. Selamat bercuti di Kelantan dan jangan segan lagi untuk ke rumah kami.

Ya Ustaz Harun AlLabisi! Terima kasih di atas kedatangan sekeluarga ke rumah kami. Semoga dapat kembali bertugas di Terengganu Darul Iman pada tahun 2009. Pada masa itu barulah boleh ditukar gelaran ALPayungi. Tentu K. Parthiban akan merintih di atas kehilangan anda di Munshi Ibrahim.

Thursday, December 11, 2008

The Loneliness of the Long Distance Runner


Jika anda pernah berjogging setiap petang sejauh 5-7 km sejak beberapa tahun dan anda sentiasa suka melakukannya, apakah perasaan anda jika anda tidak dapat lagi meneruskan aktiviti ini kerana cuaca tidak mengizinkan? Bagaimanapun anda masih boleh meneruskan larian jika anda memilih untuk ke gymnasium sekitar penempatan untuk berlari di atas treadmill yang juga sebahagian daripada senaman untuk kardiovaskular. Ini bermakna cuaca bukan halangan untuk kekal aktif dan kasut anda akan sentiasa memberikan khidmat bakti kepada tuannya.
Jika kasut anda telah lama digunakan dan tidak lagi membantu mengekalkan kestabilan dan mengurangkan impak terhadap kaki anda maka anda boleh memilih untuk membeli kasut baru seperti di atas dengan harga yang sederhana, rm >100 jenama Kronos untuk larian 5-7 km adalah masih berbaloi dan anda masih boleh 'keep running' untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk badan.
Namun, apa perasaan anda jika cuaca yang mengizinkan, treadmill yang boleh menggantikan trek biasa anda dan kasut yang telah baru tetapi anda telah dihalang untuk berlari kerana terasa kesakitan kepada bahagian dada dan tengkok serta di dalam telinga walaupun hanya untuk sejauh 200 meter. Adakah ada alternatif lain yang boleh diganti untuk memastikan perut anda sentiasa 'flat' dan saiz pinggang seluar anda kekal pada 30 inci.? Inilah kebosanan seorang pelari jarak jauh yang terpaksa menggantungkan kasut jogging tanpa ada jaminan masa bahawa dia akan dapat berlari semula........ Alahai

Wednesday, December 10, 2008

Lautan Biru Yang Tenang

Melakukan aktiviti yang berbeza dan mencabar akan begitu menyeronokkan terutama apabila kita melakukannya kerana kita secara sukarela ingin melakukan tanpa arahan dan permintaan daripada orang lain. Berada di tengah lautan biru tanpa gelombang begitu menenangkan jiwa dan sesekali tanpa gangguan bunyi manusia lain akan menghindarkan diri daripada perbuatan mengumpat, hasad, cemburu dsb. Syukur kepadamu Ya Allah kerana mengurniakan nikmat yang tidak terkira.

Tuesday, December 9, 2008

Bukit Antarabangsa:Apa Khabar ?

Setelah beberapa hari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa maka berbagai-bagai respon telah dikeluarkan melalui media dan begitulah setiap kalinya peristiwa berlaku maka akan muncullah plan jangka panjang dan jangka pendek dan begitu juga lah sekian kali ianya hanya sekadar di bibir mulut semata-mata dan kelulusan tetap diberikan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan bukit dan tadahan air.
Apabila runtuhnya HIghland Towers maka kajian mendapati bahawa tanah tersebut disepanjang kawasan Ulu Kelang adalah jenis yang tidak sesuai untuk pembinaan kawasan perumahan kerana dari segi geologi ia merupakan kawasan yang tidak selamat tetapi mengapa saban tahun taman-taman perumahan tetap tumbuh bak cendawan. Adakah kajian hanyalah untuk mencari jawapan dan bukan tindakan yang diingini ataupun ada unsur rasuah dalam meluluskan projek-projek ini. Wallahua'lam

Monday, December 8, 2008

Selamat hari raya aidiladha

Umat islam di malaysia dan kawasan yg sewaktu dgnnya menyambut hari raya qurban dlm keadaan hujan namun dsambut meriah tapi sederhana. Semakin ramai umat islam yg masih muda sudah melakukan ibadat qurban mutakhir ini. Kpd para jemaah haji d mina, selamat menjalankan ibadat haji.Via nokia e65

Tuesday, December 2, 2008

Satu Peringatan Terhadap Diri

Bukit Kemansah - Pilu terasa bila berada dalam suasana di mana orang yang kita kenali samada keluarga atau kawan2 yang ditimpa musibah namun kita mesti redha dengan ketentuan Ilahi. Apa yang perlu menjadi teladan bagi kita yang masih dikurniakan kesihatan yang baik adalah sentiasa berdoa agar kita dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan memohon agar kita tidak diuji dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi. Mungkin nasib sesetengah orang masih baik walaupun ditimpa ujian sebegini kerana masih ada kemampuan untuk menyendiakan ubatan dan peralatan untuk mengurangkan penderitaan, namun bagaimana dengan orang miskin yang tentunya lebih berat ujian pada pandangan zahirnya. Oleh itu ingin saya menasihatkan diri sendiri dan para pembaca agar sentiasa mencari ruang untuk membantu mereka yang memerlukan kerana dengan pertolongan kita akan membantu meringankan beban mereka dan juga membantu kita untuk meningkatkan keimanan dengan pertolongan yang ikhlas.
Takziah di atas pemergian Pek Tam @ Pak Ud - rakan mesjid dan kedai tok wan yang telah pergi menghadap Ilahi semalam dan semoga ruh beliau dicucuri rahmat. Al Fatihah
Wassalam.

Ronda-Ronda (Alor Setar)

Jalan Sultanah (Jalan Day) di mana terletaknya kediaman Dato Seri Azizan Razak , Menteri Besar Kedah (lihat foto) yang baru disediakan rumah pengawal apabila memenangi pilihan raya raya lalu. Ini bermakna semua negeri pakatan rakyat telah dilalui bermula dgn Selangor, Perak, Penang dan Kedah. Alhamdulillah cuaca baik di sepanjang jalan dari KL-AS semalam.
Apabila ternampak kambing ini bermakna aku telah tiba di kg pondok tasak, langgar. Aku mungkin akan bermalam beberapa hari di sini sebelum balik berhari raya di Kelantan. Pada masa ini kami berada di IPDA untuk mendapatkan sijil kursus 14 minggu di Jitra dan terima kasih kepada HSDPA Jitra yang menjadikan broadband ambo berfungsi dengan maksima. BERBALOI!!!!!

Monday, December 1, 2008

Ikhlas Tapi Jauh

Saya tertarik untuk membicarakan tentang penyokong wadah perjuangan Islam melalui Pakatan Rakyat perlu melakukan sesuatu yang ‘beyond expectation’ atau ‘out of the box’. Setelah 9 bulan menguasai lima buah negeri melalui Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 maka kita telah dapat melihat lebih ramai rakyat yang mula menunjukkan sokongan yang lebih terbuka kepada parti-parti di bawah pakatan rakyat terutama PAS terutama dalam kalangan golongan muda yang boleh dilihat melalui sambutan pada setiap ceramah ataupun program anjuran parti. Mungkin mereka ini bukanlah pekerja parti ataupun ahli tetapi mereka sanggup dan dengan bangganya memakai baju atau apa sahaja yang melambangkan parti yang disukai masing-masing.

Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh mereka yang bukan ahli parti untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat kerana mereka yakin bahawa perjuangan parti PAS adalah berteraskan kepada Islam dan akan mendapat keredhaan sehingga sanggup menderma dan berkorban untuk perjuangan menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua. Kita boleh fahami bahawa mereka yang aktif di dalam parti akan sentiasa terlibat dengan program parti secara langsung tetapi bagaimana golongan yang bukan ahli parti boleh memberikan sumbangan selain daripada berduyun-duyun ke pentas ceramah dan sesekali memberikan undi di dalam pilihanraya yang diadakan setiap 5 tahun. Inilah memerlukan pemikiran ‘beyond expectation’ atau ‘out of the box’ anggota parti yang aktif samada di cawangan atau kawasan supaya sejumlah penyokong bukan ahli parti ini dapat sama-sama berganding bahu dalam menjalankan kerja kemasyarakatan yang akan menjamin dua perkara besar iaitu mengekal atau mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya dan mendapat pahala yang berkekalan di atas khidmat kepada parti yang menjadikan islam sebagai wadah perjuangan. Cuma yang tidak ada pada mereka adalah peluang untuk berbuat demikian kerana kurangnya penerangan dan jemputan secara rasmi atau terbuka kepada mereka. Kita tidak berapa mengenali tetapi banyak cara yang boleh difikirkan dan digunakan untuk mendapatkan khidmat golongan ini.

Pakatan Rakyat (PR) hendaklah menyedari bahawa ruang yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat hendaklah dilakukan secara berbeza daripada Barisan Nasional (BN). Jika PR menganggap apa yang dilakukan oleh BN adalah bersifat politik sempit semata-mata maka tidak perlulah konsep yang sama diteruskan oleh parti gabungan PR dalam memberikan khidmat kepada rakyat. Percayalah bahawa Parti PAS telah menarik sokongan ramai golongan muda yang beragama islam kerana mereka yakin bahawa menyokong parti ini adalah selaras dengan perjuangan yang benar yang di bawa melalui kepimpinan ulamak. Hanya dengan sedikit usaha ke arah mengajak mereka untuk bersama dalam aktiviti kemasyarakatan sudah tentu akan disambut dengan tangan terbuka tanpa menggunakan lambang parti. Apa yang mereka mahu adalah kerja yang akan dilakukan akan mendapat pahala dan menjamin kuasa ‘ketuanan rakyat’ akan terus kukuh berbanding ‘ketuanan melayu ciptaan UMNO’ yang telah jelas hanya untuk pemimpin mereka semata-mata.

Golongan muda ini pada dasarnya tidak mempunyai daya kepimpinan untuk ke depan dan masih terikat dengan akta-akta tertentu jika mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan ataupun pelajar institusi pendidikan tinggi maka kreativiti dan tindakan daripada pihak parti adalah amat diperlukan untuk menjadi penggerak kepada khidmat untuk masyarakat di setiap pelusuk daerah dan kampung tanpa mengira ideologi mereka. Jika ahli jawatankuasa parti di setiap kawasan tidak membincangkan kehadiran penyokong ini maka apa yang dikhuatirkan ialah mereka mula menganggap PR dan BN adalah sama yang menyebabkan mereka akan mengundurkan diri daripada perjuangan dan secara tidak langsung akan mengurang peratus pengundi PR pada pilhan raya yang akan datang. Mereka mungkin tidak akan memberikan undi untuk BN tetapi memilih untuk berada di mesjid-mesjid dan surau demi mencari pahala bekalan untuk alam yang akan datang. Akhir kata 'Lu fikirla sendiri'

Sunday, November 30, 2008

Seruan Haji

Labbaikallah hummalabbaik .. seruan haji telah tiba lagi. Tepat pukul 3.50 pagi perjalanan ke Kelana Jaya bermula walaupun waktu untuk melapurkan diri adalah pada jam 7.30 pagi. Begitulah senario biasa keluarga Mak Su Wan Mek bila hendak ke Mekah. Sudah tradisinya begitu dan berkebetulan dengan cuti sekolah dan hari minggu menjadikan suasana semacam majlis kenduri dek ramainya ahli rombongan yang menghantar bakal-bakal haji.

Semoga mendapat haji mabrur dan doakan pemergian kami pula untuk menunai rukun kelima. Amiiin Ya Allah. Suara Nazrey bersama raihan kedengaran mengiringi suasana yang semakin pilu apabila masa untuk berangkat telah tiba. Selamat jalan.

Saturday, November 29, 2008

Ronda-Ronda Hari 4 (JB-Rompin)

Babak 1
Sepetang di Danga Bay + makan buah langsat JB he he dan pekena spa ikan di Rumah Limas Danga Bay, geli geleman tapi lama2 orait juga. Siapa yg belum cuba boleh la ikut serta. Sesat dibuetnya JB pada hari ini, dulu lain;sekarang lain. Jalan bersimpang siur sana sini. Nasib baik ambil hotel dekat pusat bandar so banyak sign board.

Babak 2
Makan malam kat Jalan Kg Chat, best juga masakan; ikan jenahak masak tiga rasa dgn sup sayur. Lepas makan kami terus ke Johor City Square dan 'Beast Stalker' menjadi hiburan kami di Cathay. Cerita yang sungguh menyentuh emosi kami berdua. Tahniah Nicholas tse dan kawan2 yg berjaya membawa watak dgn sungguh berkesan termasuk stuntmen.

Babak 3
Bertolak ke Mersing via Kota Tinggi, singgah makan pagi di Kedai Makan Fateha di Kota Tinggi. Masak asam pedas kepala ikan koci begitu enak sehingga kami membungkus untuk makan tgh hari nanti. Nasib baik tak disaman di Mersing kerana menggunakan kupon parking A yg hanya utk JB, Batu PAhat,Muar shj. Rayuan kami diterima dan pelik sungguh. Apasal tak leh guna kupon A , membazir pulak rasanya tak guna lebihan kupon.

Babak 4
Sekarang kami berada di Hotel Seri Malaysia Rompin (Tg Gemuk) sambil ngeteh dan mengingat kembali kenangan minum teh dangdut ketika jadi JU semasa kursus semakan semula KBSM. Rupanya tukang tarik dah takder so minum jer apa ada dan yg penting blog ini diupdatekan sekerap mungkin.

sehingga laporan seterusnya.. bye ( foto tak dapat diupload kerana masalah teknikal..sekadar gprs)

Rintihan Jemaah Tabligh

Orang tabligh...

Wednesday, August 01, 2007

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat,
sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih,
xkan nak goyang kaki saje2?


(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayumurtad di Malaysia)
........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang samamenanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidakdibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari MahkamahSyariah yang membenarkan.)

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,
sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,
nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat,
mmg nak kena sabar,
nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,
tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta,
dipanggil gila,
Itu Nabi,
apatah lagi kita,
Yg banyak salah,
yg banyak dosa,
Takpe2,
Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan,
yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung,
terlaser..sori,
bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika,
kat Israel pun ada,
Dari petani,
engineer,
sampai la Raja,
Pelbagai adat,
perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut,
jubah,
seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan,
mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang,
kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok,
sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa,
ada hati,
Sedih bila diperli,
sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah,
rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,
bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,
camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,
tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,
tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),
"no prob.,anytime kami ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la,
nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia,
tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat,
masing2 buat x kesah,
x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,
harta,
ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,
duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang.
..pakai selipar jepun sahaje...Ikhlas,
..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar,
macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........
..Sayangkan bini tinggal-tinggalkan
..sayangkan anak...rotan digantungkan.
.....sunnah nabi...bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..
keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. ,
anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah,
tak de ilmu,
compang camping kah,
berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin..
......... sambungan buah fikiran hamba

Nabi dulupun berdakwah juga
mengapa berperang kalau setakat nak berdakwah
Mengapa ada negara islam madinah kalau setakat nak berdakwah
Jom join Parti dan kita boleh laksanakan Islam kerana kita ada negara macam nabi kita ada