Wednesday, November 5, 2014

Ucapan Tan Sri KPPA

Sebagai NBOS utk melihat kembali cara kita bekerja.

Beliau merasakan denyut nadi yang perlukan perubahan tetapi mesti ada timbal balik.

1.52 juta penjawat awam perlu dijaga supaya tiada yang tertinggal. Semua KSU ada program transformasi supaya Perkhidmatan Awam setanding dengan negara lain.

Peranan guru guru utk pembangunan formal anak anak bermula.

Sajak nukilan osman awang dibacakan oleh Tan Sri KPPA untuk menunjukkan mulianya jasa guru.

Itulah harapan negara kepada guru. Adakah status guru ini masih menjadi tanggapan awam pada hari ini.

Hanya guru dan masyarakat dapat menjawabnya.

Pembangunan awal kanak2 telah banyak terbentuk sebelum mereka masuk ke sekolah.

JPA mengajak guru untuk laksanakan transformasi. Kerangka telah dibangunkan 5 teras strategik. PPPM yg dibangunkan oleh KPM jg menekankan perkara yang sama.

Mengupayakan bakat hendaklah dipupuk dr sekolah.

Dalam keadaan JPA ingin membantu KPM tiba tiba soalan UPSR pula bocor.

Merekayasa organisasi dengan transformasikan supaya setiap jabatan ada kuasa bukan lagi sebagai posmen.

Di sekolah ada kerani lebih powerful drp guru. Pertukaran guru menjadi begitu sukar. Maka pemantapan PPD perlu untuk mereka melihat kepentingan di daerah masing masing.

Prosedur organisasi mesti jelas dan di online kan. Gunakan kuasa yang sepatutnya. Tidak perlu tunjukkan kuasa secara semberono.

Kita adalah penyampai perkhidmatan awam. Tugas kita adalah sepunya. Jangan lupa pusingan hidup yang mana kita akan sentiasa berputar dari atas dan ke bawah.

Jadilah pegawai awam yang mesra rakyat. Guru dinilai oleh anak murid. Setiap jasa guru akan dikenang.

Perkhidmatan awam mesti seperti berlian yang timbul sebagai satu.pasukan perkhidmatan awam. Bentuk tugas berbeza tetapi matlamat kita adalah sama.

Banyakkan dialog, perjumpaan dan program BOS. Turun padang dan lihat fungsi setiap penjawat awam.

Penjawat awam perlu jadi juru cakap kepada Kerajaan tentang dasar kerajaan terutama berkaitan GST.

Jelajah myGST4U

Dijemput menghadiri program Jelajah gst 4u. Slot awal adalah penjelasan tentang kepentingan dan kelebihan gst kepada negara.
Ada dua perkara yang ingin dikongsikan dalam tajuk hari ini.

Yang pertama ialah booth JPA Bahagian Psikologi. Kami diminta memilih corak yang ada untuk mengenal siapa kita.

Aku tertarik dengan satu corak yang nampak kemas dan tersusun dengan bentuk yang pelbagai.

Yang kedua, memilih jenis pintu. Aku memilih pintu bercermin warna hijau lembut.   Hasilnya akan dimasukkan dalam muatnaik yang akan datang.

Monday, November 3, 2014

Youngistaan

Dalam penerbangan selama 2 1/4 jam ke kota kinabalu bersama MAS. Apa filem yang ingin ditonton? Saya memilih sebuah filem yang berkisah politik. Menjadi perdana menteri dalam usia 28 tahun akan meremajakan sesebuah negara. Isu yang dibawa juga mengingatkan kepada KJ yang menjadi menteri kepada belia. Sememangnya jiwa muda akan melahirkan idea yang sesuai dengan keremajaan.

Youngistaan

Dalam penerbangan selama 2 1/4 jam ke kota kinabalu bersama MAS. Apa filem yang ingin ditonton? Saya memilih sebuah filem yang berkisah politik. Menjadi perdana menteri dalam usia 28 tahun akan meremajakan sesebuah negara. Isu yang dibawa juga mengingatkan kepada KJ yang menjadi menteri kepada belia. Sememangnya jiwa muda akan melahirkan idea yang sesuai dengan keremajaan.

Sunday, November 2, 2014

Hari minggu di kg kinolosodon

Sudah menjadi hobi kami ke sini dengan tarikan ikan kelah jinak dan suasana damai sungai yang mempunyai lubuk ikan kelah.
Terasa tenang dan syukur dengan ciptaan Ilahi. Pengunjung datang untuk memberi ikan makan dan menikmati airnya yang jernih dan tiupan angin yang begitu mendapaikan
Nikmat Allah yang mana lagi kamu dustakan.

Friday, October 31, 2014

Majlis Penutupan Program NPQEL

Berlangsung di BTPN Sabah. Majlis dirasmikan oleh Y Bhg Dato Jame Alip Pengarah JPN Sabah.

Saturday, October 25, 2014

Kari ikan lazat putatan

Kali pertama menjengok walaupun dah 8 bulan disini. Pasar nelayan yang terletak hanya disimpang masuk taman juga merupakan kuala bagi penduduk kampung disini. Setiap hari ramai pelanggan ikan segar akan datang. Rupanya dikatakan ada kedai makan di sini yang menyediakan kari ikan yang kow kow. Marilah mencuba.

Thursday, October 23, 2014

Cuti Deepavali

Cuti lagi.. kali ini sempena rakyat Malaysia yang beragama hindu. Rancangan awal mau ke tawau. Bila dah hampir tarikhnya program diubah ke Kudat. Mengapa di Kudat? Yang pertama, simpang Mengayau yang mana terletaknya tip of borneo. Sudah lama teringin ke situ. Alhamdilillah sampai juga akhirnya.

Tuesday, October 14, 2014

Malam Cinta Rasul dan Oktoberfest

Menarik untuk dibincangkan. Dua program yang dijadualkan pada malam yang sama di bandaraya Melaka. Jonker Walk akan diadakan festival oleh carlsberg dan malam cinta rasul turut memeriahkan suasana.
Sebenarnya hal ini sudah berlaku setiap malam di bandar. Masjid tidak pernah gagal mengadakan kuliah di bangsar dan deretan kedai berdekatan berurusniaga minuman keras tanpa batas.
Tiada yang pelik dengan majlis yang dirancangkan.

Al kisah telegram

Asal mulanya adalah untuk memudahkan rangkaian kerja selepas email.  Semua berjalan lancar dengan ada sedikit gurau senda. Lama- lama ia menjadi semakin rasmi setelah arahan dan tugasan telah dimasukkan dalam telegram. Gurauan dan lelucon sudah mula menjadi kesalahan kerana alasan rasmi. Laman social telegram telah dipisahkan daripada tujuan asalnya

Sunday, October 12, 2014

Antara RM 350 dan RM42

Telah sampai masanya untuk memperbaharui road tax dan insuran kuda z800. Setelah menelefon kawan maka saya dimaklumkan bahawa bayaran roadtax di Sabah ialah RM 42. Wow! Jauhnya beza dengan semenanjung yang berjumlah RM 350.

Wednesday, April 9, 2014

KURSUS PENGURUSAN PERHUBUNGAN KOMUNITI DI SMK TELUPID PART 1



Kami bertiga bergerak daripada pejabat pada pukul 1 petang. Saya menaiki kereta bersama Dr Ghani manakala Norman lebih awal memulakan perjalanan daripada rumahnya di kawasan Hospital Likas. Kami singgah di Berungis, Tuaran untuk menikmati makan tengah hari di sebuah restoran cina muslim di belakang Tang Dynasty Hotel, Tuaran.
Pukul 3 petang baru kami bergerak ke Telupid kerana terpaksa menunggu seorang lagi rakan yang akan ke Kota Marudu. Alhamdulillan perjalanan lancar dan kami menggunakan masa di dalam kereta untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
Kira-kira pukul 4.30 petang kami terpaksa singgah di Ranau untuk melepaskan hajat. Jalan yang berbengkang bengkok dan dikongsi dengan lori dan bas agak melambatkan pergerakan. Apabila tiba di satu kampong, secara tiba-tiba sebuah lori kecil di depan melanggar anjing yang melintas jalan. Lalu anjing tersebut menggelepar dan dilanggar pula oleh sebuah motorsikal.  Yang paling tidak disangkakan, ada seekor lagi anjing sekonyong-konyongnya melintas jalan kea rah kawannya. Kami tidak sempat mengelak dan anjing tersebut terperosok ke bawah kereta. Nasibnya baik kerana masih terselamat.
Hari hampir gelap dan waktu maghrib adalah lebih kurang pukul 6.25 petang. Kami sampai di pekan Telupid setelah suasana gelap. Apabila turun dari kereta, ia bagaikan pekan Belaga, Sarawak. Kami terus check in di  Queen Alice Inn.
Setelah itu, kami bertiga menikmati makan malam di salah sebuah restoran di Telupid. Nasi goreng sepinggan sangatlah banyak sehingga tidak dapat dihabiskan.

Monday, September 23, 2013

PhD1

Bermula dengan pendaftran di UPSI dan sekarang dah tak tahu macam mana nak mula? Dah dapat nama penyelia utama iaitu Prof Madya Md Amin Md Taff. Bagaimana ya? Langkah pertama ialah mencari nama penyelia di facebook, media sosial yang mudah dijangka akan menemui empunya nama. Yes, terpampang nama beliau dan aktiviti kayak. Itulah minatnya kot. Terus add as a friend. Alhamdulilah diterima sebagai rakan baru. Tapi itu belum cukup. Hari ini aku dapatkan no telefon dalam facebook account beliau dan hantar sms. Aku nyatakan dan maklumkan tentang hubungan kami berdua. Dia ucapkan tahniah dan selamat datang ke UPSI.

Aku mohon untuk mengaturkan pertemuan pada minggu depan. Harap segala akan berjalan dengan lancar.

Thursday, September 19, 2013

Sekitar kisah di UPSI

Alhamdulillah! Sepatah kata hebat untuk menggambarkan perasaan setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar (sekali lagi). Segala urusan pendaftaran berlaku begitu cepat kerana persiapan telah dibuat dengan sebaik mungkin sebelumnya. Itulah kehebatan 'well-prepared'. Semua dilakukan dengan cepat, tangkas dan sempurna. Apa yang masih kurang? Yang pertama apabila DR di UPSI mencatatkan obese di borang maklumat kesihatan. Ya Allah ! Sesuatu perlu dilakukan. Angka 31 pada BMI bukan sesuatu yang disenangi.

Langkah yang perlu diambil adalah kembali mengayuh mountain bike kat rumah. Bila nak mula? Juga menjadi persoalan........

Seramai 500 ++ pelajar pasca siswazah melaporkan diri dengan ura-ura penambahbaikan terhadap program sarjana dan doktor falsafah. Yang pertama ialah program kertas projek mod c akan digantikan dengan ujian komprehensif yang memerlukan kelulusan markah 65%. Yang kedua, program turn it on yang melibatkan peratus kesamaan ayat untuk mengelakkan plagiarisme.

Senarai pelajar untuk fakulti FSSK juga dipaparkan di depan dewan SITC. Semuanya hadir dan bermulalah segala cabaran dan peluang yang perlu dikenal pasti dan diambil tindakan. Semoga dipermudahkan semuanya.

Selepas rehat maka bermulalah sesi suai kenal fakulti. Satu-persatu rakan rakan memperkenalkan diri kepada para pensyarah UPSI. Antara yang ku kenali ialah Dr Nelfianty, Dr Jeffery dan 2 nama yang tidak kelihatan iaitu rakan sekelas PJ Optimis iaitu Dr Norshilawati dan Dr Lee Ai Choo.





Siapa menjadi penyelia dikatakan penting untuk menentukan lulus /gagal seseorang pelajar pasca siswazah. Tertera nama Prof Madya Dr Md Amin Md Taff sebagai penyelia. Terus kubelikan 2 buah buku pendidikan luar yang ditulis beliau untuk mengenali siapa beliau dan bidang yang diminatti. Alhamdulillah beliau juga telah ku add kan sebagai kawan muka buku. Begitu juga Dr Norkhalid ( Tahniah kerana baru dikurniakan PhD). Beliau akan menjadi penyelia pembantu.

Itulah sebahagian kisah ku di UPSI semalam.

Wednesday, September 18, 2013

Perjalanan ini

Salam semua. Dah lama saya tidak berkongsi dengan pembaca blog ini. Mulai hari ini sayaakan berbicara tentang perjalanan yang bermula hari ini. Alhamdulillah saya sedangemdaftar di upsi untuk program ijazah doktor falsafah di fakulti sains sukan dan kejurulatihan. Terima kasih yang tak terhingga kepada isteri tersayang Azura Abdul Raof yang memberikan sokongan kepada perjalanan ini.

Wednesday, February 6, 2013

Motorsikalku

Bila anda mula mempunyai motorsikal sendiri ? Kisah aku dan motorsikal bermula pada tahun 1989. Motorsikal pertamaku adalah sebuah motorsikal Yamaha RXZ 135cc. Beli yang second-hand ketika sedang belajar di Penang. Sejarahnya bermula setelah kemalangan semasa membonceng bersama sedara di Padang Kota malam raya haji. Setelah sembuh dan menyambung balik belajar maka takdirnya bapaku bersetuju untuk membelikan sebuah motorsikal. Harga sekitar RM3400 dan itulah motorsikal yang digunakan untuk berulang-alik dari Kelantan dan Penang.

Setelah ditugaskan di Sarawak, maka RXZ tadi ditinggalkan di kampung. Adik ipar pula menyambung tugas menjaga motorku. Aku jauh di Belaga yang mana pada masa itu kebanyakan rakan yang bertugas di sana mempunyai basikal untuk bergerak, maklumlah keperluan untuk menggunakan motorsikal belum begitu terdesak. Bila ada seorang kawan yang membawa motorsikalnya, maka hati ini juga ingin memiliki sebuah motorsikal juga. Ke Pekan Sibu aku mendapatkan motorsikal kedua iaitu Yamaha SS2 warna merah dengan no platnya QSC 4096. Itulah yang digunakan sepanjang tahun 1998 hingga 2002. Selepas itu, motorsikal tersebut dijual kepada rakan yang baru ditugaskan ke situ setelah aku balik ke semenanjung. Bukan niat untuk dijual tetapi kerana beliau beria-ia untuk membelinya kerana pada masa itu ia belum diposkan lagi.

Sekitar tahun 2005, ketika sentiasa berurusan dengan Puspakom, aku telah menyertai peraduan SMS cogan kata yang dianjurkan oleh PUSPAKOM. Alhamdulillah! Aku telah menang dan mendapat tempat kedua dengan sloganku. Sebuah motorsikal Modenas Kristar 110 cc telah berjaya dimiliki secara percuma. Platnya DBA 1564 kalau tak silap. Cuma sempat dipakai beberapa bulan sebelum dipinjamkan kepada adik ipar yang sedang belajar di UPM. Selepas itu, ketika sedang gila dengan hobi berbasikal, motorsikal itu juga dijual kepada seorang lagi adik ipar untuk mendapatkan sebuah road bike Fuji.

Berbalik kepada kisah RXZ, oleh kerana dah lama tidak dinaiki dan menjadi pameran di belakang rumah, maka RXZ yang bernombor plat DQ 8148 ( cina penang sebut DQ Pay It Si Pei) juga dijual kepada bekas anak murid dengn harga RM800.

Kini, 2013, aku memiliki motorsikal ke4 , yang baru dibeli pada Januari lalu. Sebuah jentera 250cc yang dipasangkan di Bukit Beruntung. Hasil teknologi Benelli dari Italy yang digabungkan dengan Keeway. Pengalaman dengan Dorado 250 ini akan aku kongsikan dalam blog lain. RM12000 dan kini aku kembali menjadi mat motor.

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan Insyaallah akan datang lagi. Esok umat islam akan mula bersahur selepas berduyun-duyun ke masjid untuk solat terawih. Marilah kita mulakan ramadhan ini dengan penuh kegembiraan kerana dapat menunaikan Rukun Islam yang ketiga. Teruskan setiap kerja yang dilakukan seperti biasa dengan sedikit bercakap untuk menikmati nikmatnya berpuasa.

Tuesday, June 19, 2012

Persiapan diri

Dah lama tidak menulis sehingga ditegur oleh beberapa rakan. Apa masalah untuk terus menulis sebagai satu kaedah untuk mempertajamkan fikiran sehingga dapat bertindak dengan lebih spontan. Hari ini sepatutnya menjadi lebih baik daripada semalam namun banyak cabaran yang perlu dihadapi. Dalam kehidupan, sesuatu yang baru dilakukan akan melibatkan banyak peranan dari segi kognitif. Kita perlu sentiasa berfikir sebelum bertindak kerana memang sifat baharunya begitu. Sebagai pensyarah baharu juga tidak lepas daripada keadaan yang sama. Esok akan  bermula tugas sebagai pensyarah atau 'trainer'. Perasaan bercampur baur antara yakin dan tidak pasti. Understudy telah dbuat sedikit membantu persediaan untuk masuk kelas. Namun aku tidak keseorangan kerana sejak diperkenalkan konsep team teaching akan mengurangkan kegusaran. Menjadi guru, penngajaran mereka dinilai pada anak murid tetapi di sini anak murid yang menilai guru. Aku akan mencuba sebaik mungkin

Monday, March 12, 2012

Modul Latihan IAB

Setelah berjaya melalui seminggu orientasi, mengikuti modul 2 yang melibat pengurusan kualiti memberikan satu perkembangan yang sihat kepada warga pendidik terutamanya di sekolah. Banyak program yang dilaksanakan di kementerian belum sampai ke sekolah. Oleh yang demikian sebagai pelaksana, kita akan merasakan seribu kekurangan apabila cuba menempatkan diri di bahagian lain di KPM. Sebagai contoh, MS ISO 9001 yang melibatkan proses kerja tidak dapat dilakukan kerana mungkin tiada inisiatif pihak pentadbir ataupun ia tidak sesuai dilakukan kerana produk sekolah adalah berbeza. Namun begitu, pelaksanaan MS ISO di sekolah perlukan perubahan kepada kriteria yang perlu dilaksanakan. Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah perlu lebih realistik dengan kehendak pelanggan yang utama iaitu murid. Segala prosedur kualiti yang dipatuhi adalah perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perkara yang kedua, Manual 5'S' yang menjadikan pejabat lebih kemas dan user-friendly perlu dimulakan di pejabat sekolah. Semua ini memerlukan pra sarana yang sesuai dengan sekolah dan kerja guru.
Pengurusan risiko adalah sangat baik untuk perancangan organisasi. Harapannya, pengurusan kualiti bermula daripada kualiti peribadi individu dalam organisasi.

Wednesday, February 15, 2012

Kekuatan mental

Salam, pernah kah and Terfikir kenapa anda gagal untuk memberikan yang terbaik setelah bersedia dengan sebaik mungkin. Anda menyiapkan diri dengan membaca dan berlatih Untuk sesuatu pertandingan namun sebaik wisel bermula, sebalik berlaku adalah anda ibarat budak baru belajar. Masalah ini sering dikaitkan dengan psikologi. Ada yang melihatnya sebagai kurangnya keyakinan diri. Bagaimana mengatasinya? terdengar ungkapan, psikologi is bullshit without well-prepared.
Ini semua memerlukankan kajian yang melampaui batas tahun. Sejak kecil kita perlu mengenal mereka yang kuat motivasi intrinsik. Mari kita mula mencari bakal individu yabg mampu membawa cabaran negara paxa masa 15 tahun.
mulaakan ddngan pelajar tahun 1.