Saturday, March 16, 2024

16 Mac 2024 Medina Day 76

 Alahamdulillah ayah dapat meneruskan puasa ramadan kali ini seperti biasa. Setiap hidangan semasa sahur kelihatan mendatangkan selera untuk ayah. Petang tadi, selepas mengambil ayah dan sementara menunggu waktu berbuka, kami ke Windsor Barber untuk bercukur kepala dan membersihkan jambang. 

Ayah kulihat suka menceritakan kisahnya di Medina. Dia suka keluar dari rumah tetapi staf risau dengan keadaan fizikal ayah. Itulah sentiasa menjadi topik penceritaan setiap kali aku mengambil beliau.




No comments: