Thursday, January 1, 2015

2015

Selamat menyambut tahun baharu masihi yang bersamaan dengan 10 Rabiul Awal 1436 hijrah. Alhamdulillah kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kerana masih diberikan kesihatan dan kenikmatan.
Banyak kejadian dan dugaan yang ditimpakan kepada kita untuk kita saling mengingati bahawa tiada kuasa yang lebih hebat dan kita hanyalah insan kerdil yang mengharapkan pertolongan Nya.
Semoga hari mendatang akan menjanjikan kehidupan yang lebih baik dalam kita menguruskan persiapan di atas jambatan menuju kehidupan yang kekal abadi.

No comments: