Saturday, May 7, 2011

Guru di bulan Mei

Apa yang anda telah lakukan untuk profesion anda dalam suku pertama tahun 2011 ? Mari kita muhasabah diri kita semua para pendidik di negara ini. Januari adalah merupakan bulan untuk kita menentukan matlamat diri dalam organisasi. Ia bermula apabila kita menghadiri mesyuarat kali pertama di mana pada masa ini ramai yang menghitung rakan yang pergi atau masuk ke sekolah samada bertukar atau ditukarkan. Ini tidak salah! Kita sebenarnya melihat regu-regu yang baru untuk memulakan tugas ataupun menarik nafas lega kerana mereka telah tiada dalam organisasi kita. Ucapan pengetua pada hati itu adalah saat ditunggu oleh guru-guru. Lontaran idea yang dikumpul dalam masa 1 bulan ketika guru-guru sedang bercuti akan menentukan gerak kerja yang akan dilakukan nanti. Jika pengetua sebagai pemandu tidak mampu membawa satu cetusan dan percikan maka bahanapi yang terkumpul dalam diri guru tidak akan membakar dan menjejaskan prestasi diri dan juga organisasi yang dipikul bersama. Sekarang kita sudah berada di bulan Mei dan kita juga telah maklum bahawa kajian separuh tahun yang akan dijalankan nanti memerlukan kesedaran dalam diri samada kita telah berada di landasan yang betul.
Bagaimana menentukannya ? Lihat lah di mana kita bermula pada Januari lalu. Jika Head count memerlukan TOV (Take off value) maka setiap kerja kita juga ditentukan dengan TOV supaya hala tuju kita adalah jelas. Jika kita menjadi guru kelas, tentunya sasaran kutipan yuran sudah hampir 60% dan begitu juga dengan kehadiran mereka ke sekolah. Semua ini memerlukan satu inisiatif daripada setiap insan bergelar guru di sekolah.

4 comments:

Yati Wahab said...

Demi masa...

saya percaya u seperti ikan di laut....

your move will make others see what u do...if not today..maybe tomorrow..

anak-anak needs your spark..more than u need...

jangan putus asa...if i've a chance...saya akan perjuangkan pemimpin di sekolah adalah pencetus perubahan dan harus dilatih dan terlatih.....

Dato' KPPM said...

if they not change, we change...

insyaallah akan ada right time...to change...

Yati Wahab said...

please give me what ever input....do not hesitate to tell...sekarang kita bergerak kepada memenuhi keperluan rakyat...jika pihak pelaksana tak sampaikan apa yang menjadi maslah kepada mereka peringkat bahagian tidak akan tahu dan anggap semuanya ok....

Please email to me what ever you think that something critical to change...and really2 needs to be change...

Anonymous said...

Yeah,murid2 ini masih lagi hijau mereka memerlukan tunjuk ajar dan sedikit motivasi untuk lebih ke hadapan.

Anonymous said...

Kalau kat tempat kami, ramai guru yang hilang fokus. Lari dari landasan sebenar. Lebih banyak masa dihabiskan dengan kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan tugasnya.