Monday, July 26, 2010

" A school for pregnant teens?"

Pagi ini sempat menatap NST sementara menunggu untuk p&p. Di muka 2 tertera " A school for pregnant teens?" Bila membacanya, terasa seolah-olah, perihatinnya pemimpin atau sesiapa yang membuka bicara itu. Caknanya mereka kepada nasib remaja ? Apabila diulang fikir, bodohnya manusia yang membiarkan remaja mengandung dan kemudian memikirkan projek termasuk membina sekolah baru untuk mereka. Umbi pisang mesti dibuang habis jika kita tidak mahu pisang berbuah lagi. Apa yang perlu difikirkan ialah bagaimana kita boleh menanamkan rasa jijik kepada remaja untuk tidak membiarkan diri daripada mengandung. Bukankah itu yang terlebih baik ?

2 comments:

Anonymous said...

Apabila manusia gagal menangani masalah atau buntu maka depa akan fikir menghalalkannya (seolah-olah membendung la). Sepatutnya semua masalah merujuk Al-Quran n Hadis.

Anonymous said...

Kita hanya lihat hasilnya. Cuba kaji punca dan berusaha mencegahnya.