Aktiviti peringkat sekolah yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar sekolah ini. Mereka datang setiap hari seawal  jam 4 ptg utk berlatih untuk keseragaman. Kadang-kadang membawa hingga ke malam. Seronok melihat cara mereka berusaha namun agak pincang dalam urusan membahagikan masa. Jika mereka sanggup berlatih dan berlatih kerana minat yang mendalam maka kita mendapati mereka belum berminat dengan akademik. Kenapa begitu? Guru membebel murid melopong bukan suasana realistik dalam abad ini. Penceramah di masjid pun menggunakan power point dan projector maka terlalu nampak ketinggalan dengan 'chalk and talk'. 
When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Saturday, April 23, 2011
Friday, April 22, 2011
8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki
8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki
Jika     anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut    satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah    boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai     sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8     jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu     pada kaki tersebut.
1. Serangan Jantung : Berjalan    boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan     aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner )  agar segar dan    berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. 
Berjalan     dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering    berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap     kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki  tergopoh-gopoh.  
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini.  Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health     yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak  20 jam dalam seminggu,    hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga  dua pertiga.
3. Membakar Lemak :     Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain     sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori     yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan    berat  badan tidak terjadi.
 4. Melangsingkan Badan :    jika  anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan    Pergerakan  kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan    lemak yang  ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan    kaki secara rutin selama satu  jam.
5. Kanser :     Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan    kaki.  Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar    (colorectal  carcinoma).
    Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus,   sehingga   buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh  najis  tertahan  lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam  satu  kajian  lain,  berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser   payudara.
6. Mencegah Osteoporosis :     Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka     atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. 
Osteoporosis    tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan  kalsium yang    banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan  memerlukan waktu paling    kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan  anda akan terhindar    dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis :     Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar  50    minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2,  khususnya  pada   mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of  Diabetes and   Gigesive  & Kidney Diseases). 
Selagi    gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk    walking), ubat tidak  diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara    rutin untuk terus menjaga  kesihatan badan dan terhindar dari  diabetes.
8. Depresi : Berjalan     kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang  biasanya    diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang,  rajinlah    berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit  yang tengah  depresi. SorotnewMonday, April 18, 2011
Jurulatih lompat tinggi
Kali pertama menjadi jurulatih lompat tinggi. Beberapa perkara perlu diambil kira dalam menentukan atlit yang dapat menjadi elit untuk acara ini. Pertamanya adalah tubuh atlit itu yang paling utama. ...berambung
Saturday, April 2, 2011
3 Kejohanan
Tahun ini menjadi tahun yang agak sibuk. Bermula dengan persiapan pasukan bola tampar sekolah pada awal tahun, seterusnya menyediakan atlit olahraga dan akhirnya pasukan bola baling lelaki dan perempuan. Semua telah berlalu, rupanya belum berakhir. Hujung minggu, masuk kem olahraga untuk MSSK, bermula besok , latihan pasukan bola tampar untuk kejohanan negeri pada khamis ini, dan disambung dengan olahraga, sehingga khamis depan. Balik dari MSSK , latihan bola baling untuk peringkat negeri akan bermula hingga 4 mei. Belum selesai lagi.............
Friday, April 1, 2011
TAHNIAH UNTUK PASUKAN BOLA BALING U18 L
Kali pertama menjadi juara mssd dalam permainan bola baling memuaskan hati semua. Tahniah untuk pemain yang bersemangat walaupun kurang berpengalaman dalam permainan. Yang penting adalah mendengar arahan jurulatih. 
Subscribe to:
Comments (Atom)