Bila tiba hari raya maka berbondong-bondong umat islam balik ke kampung halaman masing-masing meninggalkan pekerjaan dan pendapatan di bandaraya Kuala Lumpur. Setelah peruntukan cuti sudah habis maka sekali lagi umat islam akan kembali semula untuk meneruskan pencarian rejeki di kotaraya yang menjanjikan seribu kekayaan.
Setelah diamati dan direnungi, rupanya ada sekumpulan manusia yang belum pulang dari kampung halaman walaupun orang lain telah mula bekerja sejak semalam. Kehadiran mereka amat diperlukan dan ketiadaan mereka amat dirasai oleh umat islam. Mereka tidak makan gaji dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumbur (DBKL) namun warga KL sangat mebutuhi mereka.
Alkisah mereka pula, bila tiba di kampung maka bertanyalah sanak saudara, "sedap demo dok cari makan di Malay, setahun sekali baru nampak muka". Bertanya ibu saudara kepada seorang lelaki. Maka dia menjawab " Dok rok duk Malay, payah nak cari makan loni. Orang deknu pun dah pandai masak tonye dan pakprit doh, mamak pun reti dah buat daging masak merah". Tu yang kita cuti sebulan ni, tak buka kedai.
Di Kl, umat islam di malaysia sibuk bertanya mengapa tokey restoran ala thai masih tutup selepas seminggu beraya. Macam ni susah la nak makan. Semua kedai tak buka. Nak suruh orang melayu buka restoran, semua penakut, takut bangkrap, takut DBKL saman, takut nak kaya, takut kedai laku sangat nanti penat melayan, takut kedai sebelah tak untung dan macam-macam takut lagi.
Hasilnya, rakyat thailand yang kaya kerana berani buat bangsal kecil tepi jalan untuk buka gerai makan, orang indonesia yang kaya kerana berani sangkutkan talipinggang ditepi pokok untuk jualan hari raya bersama dompet kulit tiruan, orang negro dari afrika yang menunggu orang lalu lalang untuk menjual jam tiruan di bukit bintang, orang cina benua yang mengurut kaki dan mereka semua sedang mendapat rejeki dibumi Allah ini.
Akhirnya rakyat Malaysia juga turut berkata " dok rok duk malay" dalam erti kata sebenar bukannya seperti rakyat thailand yang berkata demikian kerana ingin berehat panjang selepas sebelas bulan mengumpul rezeki di Malay.....
3 comments:
mane-manepun orang siam ade, cari ajela kat ceruk rantau di malay ni..pandai cari duit buka restoren, buka gerai jual pakaian tiruan dan juga buka kain untuk jualan.
kedai siam tempat ambo pun x buka lagi, nk makan pun payah...
kedai thai ok tapi mamak kuat sangat cekik darah kat Malaya ni. Orang Malaysia kata "dok rok duk malay"
Post a Comment