Thursday, October 30, 2008

2 Wanita 1 Lelaki = Guru Malaysia


Ini adalah foto 2 orang guru yang berpengalaman melebihi 10 tahun dalam pendidikan di Malaysia. Lelaki dan Wanita yang mendapat pendidikan yang sama sudah tentu mempunyai watak yang berbeza di sekolah.Cara mereka berhadapan dengan pelajar, bagaimana mereka membina jati diri sudah tentu berbeza tetapi peranan yang dimainkan oleh mereka adalah sama, iaitu memberikan pendidikan kepada pelajar mereka. Ada pendapat mengatakan sindrom exam-oriented ini adalah kerana terlalu ramai guru wanita yang tinggi tahap kerisauan mereka lalu meningkatkan latih tubi ke arah peperiksaan sehingga pelajar di bawah mereka terlalu memikirkan peperiksaan berbanding ilmu yang dipelajari. Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa guru lelaki yang suka mengambil jalan mudah dan menggunakan kreativiti mereka supaya pelajar bijak belajar dengan fokus untuk peperiksaan sahaja, sebab itu mereka menjadi guru tuisyen yang berjaya. Apa2pun yang menjadi fakta adalah 2 orang guru wanita dan seorang guru lelaki adalah nisbah guru di Malaysia pada hari ini.

4 comments:

Unknown said...

amboi seronok mengata wanita. Cikgu wanita lebih berjaya daripada lelaki untuk mendidik, itu lumrah dan fitrah

ARIN said...

kepada cik rossa manja, jgn le terlalu sensitif, kawan setuju dgn ajehe kerana beliau sedang mengikut IPK..mgkin cik rossa pun salah seorg penuntut di IPK?

Pakwar said...

cik rossa adalah pembaca terkini (blogreader) ajehe.blogdpot dan ajehe sentiasa menerima kutukan atau komen yang membina

Jubah hitam said...

Amber nak berkenalan dgn cik rossa, segala komen cik rossa amber terima.Sebenarnya cik rossa pembaca blog soupekor dulu sebelum jadi pembaca ajehe. Harap ajehe n blogreader pun faham masalah ni