Friday, October 3, 2008

Belut sudah pulang dari lubuk

Masuk hari ketiga bulan syawal maka suasana meriah hari raya di kampung sudah mula berakhir. Ada yang telah mula pulang semula setelah hampir seminggu berada di lubuk yang menjadi tempat permainan semasa kecil.

Anak- anak yang sedang bergembira bermain dengan saudara masing- masing mula gelisah sambil berharap ada baki hari untuk tidur, makan, main, sembang bersama di rumah datuk dan nenek mereka. Bebas bagaikan burung kanak- kanak bergembira sepanjang cuti raya namun tak kurang jelingan menja ibubapa yang geram melihat telatah mereka yang hingar bingar tak kira siang dan malam.

Sekarang tibalah masa untuk bergerak ke tempat masing-masing. Semoga perjalanan anda semua akan selamat dan tiba ke destinasi anda semua. Sebulan di bandar nanti adalah hari raya. Rumah terbuka di sana sini terutama pada hujung minggu akan menjadikan hari raya ini sukar untuk berakhir. Kedai kek masih menunggu tempahan saban hari. Begitu juga masih ada sisa baju kurung dan kebaya di butik untuk dijual kerana kita beraya sehingga sebulan. Aduhai! Lama sungguh orang islam beraya dan 2 bulan lagi raya akan disambut lagi.

Bagi para pelajar di sekolah, kolej dan universiti, teruskan tugas menimba ilmu anda semua kerana menuntut ilmu tiada batasan had dan masa. Sentiasa membuka ruang otak dan fikiran untuk mendapatkan pengetahuan kerana ilmu nanti akan menentukan tahap dan darjat kita dalam masyarakat.

2 comments:

Jubah hitam said...

sgment tak buat lagi weh

ARIN said...

raya sebulan tidak salah cuma dicemari pergaulan bebas semasa rumah tebuka, hiburan melalaikan, berlumba-lumba menggayakan fesyen 'terkini' yg mendedahkan sana sini serta pembaziran melampau-lampau...