Dikir Kelaut
Musim tengkujuh akan datang lagi. Nun di sepanjang pesisir pantai daun nyior melambai- lambai seolah memanggil kita untuk datang dan melihat kerungsingan nelayan yang sedang menunggu kehadiran musim tengkujuh. Bukan kerana musim tengkujuh nanti monsoon cup akan tiba untuk nelayan mencari rezeki di bazaar untuk menjual keropok lekor. Bukan ! Itu bukan apa yang dipinta. Musim tengkujuh bermakna sekali lagi mereka terpaksa menggunakan simpanan wang hasil tangkapan di laut selama ini. Bukanlah mereka hendak menidakkan pusingan musim kejadian tuhan tetapi mereka hanya berharap agar ada rasa simpati terhadap mereka. Dengarlah rintihan mereka :
Sayu ketika di hujung musim
Bulan sebelas air laut gelombang deras
Makan pun berhutang rumah tok jagan
Niat nak bayar kalu tak mati di tahun depan
Kalau begini Nampak tak leh jadi
Pakat laki bini turun ke bendang menanam padi
Kalau begini Nampak tak leh tahan
Pakat laki bini turun ke sungai mencari lokan
Duduknya sahaja takdak buat apa
Bimbang pulak takut tak leh nak beli beras
Makan pun berhutang rumah tok jagan
Niat nak bayar kalu tak mati di tahun depan
3 comments:
ini rintihan golongan marhein tradisional, generasi ke laut yang mewarisi budaya sosio-ekonomi harus dihormati kerana kesungguhan dan keperitan mereka meneruskan tradisi bukan semata-mata mencari rezeki. Kalau bukan mereka, siapa lagi yang mengagihkan khazanah lautan untuk dinikmati di hotel2, bangelow mewah, jutawan atau hartawan.Adat dunia golongan kecil yang terpinggir terpaksa menjalani kehidupan yang perit dan sukar demi sesuap nasi. Tambah lagi dengan sistem kapitalis, orang tengah kaut untung, beri pinjam duit, tindas nelayan, jadi semakin kaya hasil penat lelah dan keringat orang lain....subhanallah
Bangun,bangun.., kelaut weh!! Kehidupan nelayan paling seronok dihembus angin pantai menyebabkan mereka kurang memikirkan untuk penambahbaikkan kehidupan - suatu pendapat yang dikutip dari anak nelayan yang berjaya jadi Pengarah Pelajaran sebuah negeri di Malaysia.
sekali tgk sedap sungguh sajak hok demo karang..dua kali tgk mcm cang je,suara berlemak ruponye
Post a Comment