Thursday, October 23, 2008

Tips Kehidupan


Meluangkan masa mengunjungi sanak saudara adalah satu ibadat yang begitu mulia jika kita mempunyai ilmu. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk melakukannya kerana sebuah rumah yang tidak berpenghuni tidak mempunyai apa ertinya lagi. Keriuhan manusia di dalamnya memberi seribu kerahmatan kepada tuan rumah.
Bukan apa yang dimakan menjadi penentu kepada keakraban hubungan kekeluargaan. Saling memahami dan bertoleransi akan menguatkan rasa kebersamaan dan kekitaan supaya kejelikitan ini akan merungkai sifat- sifat keji yang telah tertanam di dalam diri masing-masing. Mementingkan nilai kekeluargaan menjadikan hidup lebih indah dan jiwa lebih tenang.

1 comment:

Jubah hitam said...

Kehidupan amat bermakna jika mempunyai badan dan minda yang sihat serta cerdas. Justru jadikan senaman sebagai salah satu amalan hidup anda