Wednesday, October 15, 2008

Sepetang di Kampus Induk UM

Berada di dalam kampus UM petang tadi adalah antara perkara yang paling dikesali dalam hidup. Jika hari ini banyak sekolah yang tidak mempunyai padang untuk anak-anak sekolah bermain dan menikmati kehidupan seorang pelajar sekolah, maka hari ini terasa bagaimana ketiadaan padang di sekolah telah menyebabkan ia tidak ada nilai lagi dalam kehidupan manusia.

Jika ditanya berapakah jumlah padang bola sepak di um ? Berapakah gelanggang bola tampar atau sepak takraw kepada pelajar um pada hari ini, berapa ramai yang mampu memberikan jawapan yang betul. Apatah lagi untuk bertanya apakah permainan yang mereka selalu lakukan setiap petang.

Pada hari ini, ada 2 orang pelajar sedang bermain bola keranjang, 2 orang lelaki sedang berjoging di tepi padang dan ribuan lagi pelajar tidak diketahui status mereka samada dibawah sedar ataupun ah! mungkin tidak ada kepentingan lagi bagi mereka untuk berada di padang pada waktu itu.

Zaman sekolah dulu, ramai pelajar perempuan akan turun dari asrama untuk mengutip 'tungau' (kata waden). Mereka ini duduk bersembang di mana-mana penjuru padang sambil menggigit batang kemuncup. Itulah aktiviti harian pelajar sekolah menengah berasrama penuh yang akhirnya memenuhi kampus.

Kami pelajar lelaki akan pasti berada di padang/gelanggang dan begitu asyik bermain sehingga tidak menyedari waktu makan malam dah tiba. Hari yang menyedihkan adalah bila terpaksa bergotong royong waktu riadah petang atau kena denda cuci tandas sbb dorm kotor. Habis rosak mood sehari dan yang pasti malamnya membalas dendam dengan ponteng kelas prep. He he !

Kembali kepada kajian kes kita, kenapa tiada pelajar bermain di padang pada hari ini, ku berdoa agar bukan faktor berada di kuliah menyebabkan rumput menangis kerana kita telah gagal untuk meluangkan masa di waktu petang di mana hormon endorphin berada pada paras yang paling tinggi.

Marilah kita kembali kepada zaman di mana manusia adalah lebih aktif dan kita terdedah kepada perkembangan fizikal yang sihat dan mampu menghadapi kehidupan yang lebih berharga

5 comments:

ARIN said...

kerana students skrg lebih suka melayan broadband drp turun padang keluarkan peluh..TAPI teknologi x salah..

Jubah hitam said...

Pelajar2 sekarang suka bermain TAGGED dpd bersukan dan berekreasi

Mebius said...

zaman sekarang dah banyak hiburan, nak cari pengamal dan peminat sukan sejati (outdoor) memang le payah. Pelajar sekarang lebih suka melepak di rumah tengok astro, layan internet, friendster, myspace atau tagged. Zaman ni, hedonisme makin cambah balik, siapa nak berpeluh di atas padang atau di trek jogging kalau di rumah atau di shopping kompleks ada sedia macam-macam hiburan.

Mebius said...

BLOG WARIS DAH OK TAK ADE HANGING2 LAGI

ARIN said...

termasuk jubah hitam suka bermain TAGGED kot,hehe...BLOGREADER