Friday, October 17, 2008

Remaja dan Guru:Biar tak sama tapi boleh bersetuju

Guru wanita dakwa ditendang pelajar perempuan

Seorang guru wanita mendakwa ditendang di perut oleh seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketika dia sedang mengajar di sekolahnya di sini, hari ini.


Azhana Ibrahim berkata, beliau diserang pelajar itu kira-kira jam 10 pagi berikutan tindakannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pelajar itu tentang perkataan 'gila babi' yang tertulis di belakang satu folio yang diarahkannya.

Pelajar itu bersama seorang lagi pelajar perempuan yang menemui guru itu memanggil rakan mereka selepas berlaku pertengkaran dengan guru itu.

Apa komen anda ?

Saya terpaku seketika apabila melihat berita ini kerana ia melibatkan institusi pendidikan yang bernama sekolah. Mengapa mesti terpaku ? Bukankah sekolah adalah tempat untuk mendidik pelajarnya dan pelajar yang mendapat pendidikan sepatutnya akan lahir sebagai insan yang menjadi modal insan kelas pertama. Apatah lagi baru berusia 14 tahun yg garamnya belum menjadi pulau dalam perut. Isyh Isyh! Siapa nak bertanggungjawab ni? Sistem? Sekolah? Guru? Pelajar? Ibubapa? Pengetua?

Usia remaja 14 tahun adalah usia 'storm and stress', tiada siapa yg lebih penting bg mereka selain rakan sebaya. Terasa dunia ini milik mereka. Siapa yang menghalang seperti mencucuh api yang akan marak bagaikan kebakaran hutan di musim kemarau. Itulah remaja yang remajanya tidak sama dengan remajanya guru dulu kerana cabaran remaja sekarang terlalu mencabar hingga orang dewasa juga bisa luntur kalau diikutkan perasaan.

Persoalan ini ditinggalkan untuk komen anda dan perbincangan lanjut akan dilakukan dlm edisi lain

2 comments:

Unknown said...

macamana seorg murid boleh buat macam tu kat cikgu dia? taraf seorg guru tu bawah sikit je dari seorg ibu, klu dia buat cikgu macam tu, macam dia buat kat mak die la... siap la dgn balasan tuhan

ARIN said...

adakah pelajar2 kita telah dibekalkan dgn modal insan yg cukup?tepuk dada tanyalah iman...BLOGREADER