Friday, October 31, 2008

PSSKPP 2008

Pertama kali menyertai permainan bola tampar PSKPPK setelah sekian lama berkecimpung dalam permainan hoki memberikan satu pengalaman yang berbeza. 10 tahun yang lalu PSKPP Bahagian Kapit telah diadakan di Kapit, sepak takraw menjadi pilihan, 'killer' yang menggulung di kanan dan melibas pari sangat menyeronokkan apatah lagi berpeluang untuk keluar dari Belaga nun jauh 480 km melalui jalan sungai.
Tahun berikutnya 1999, PSKPP ini telah diadakan di Belaga, begitu memenatkan tapi sangat seronok, bermula dengan sepak takraw, badminton, bola tampar, bola baling, bola keranjang, cross country, bola sepak membuatkan saya di antara pengumpul jersi yang terbanyak bagi PSKPP Belaga. Dengan berat 68 kg yang membuat larian untuk kecergasan kardiovaskular selama 45 minit setiap hari dan berada di gymnasium hampir setiap hari adalah saat yang paling dikenang . Setahun berikutnya, PSKPP ini telah berlangsung di Song, berada di sana untuk mewakili sepak takraw dan badminton akhirnya terpaksa juga berada di gelanggang bola tampar dan di padang bola sepak.
Bertugas di Kelantan 2002 adalah permulaan untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi, terpilih mewakili pasukan hoki PSKPP Kelantan. Bak kata pepatah ' jack of all trades, master of none' adalah sesuai untuk diberiken kepada diri ini, namun aku bangga kerana setiap tahun ada pelajar yang akan berkata terima kasih cikgu, apa lagi yang indah untuk dikatakan selain, 'proud to be a teacher'.

2 comments:

Jubah hitam said...

Apa kata kita anjurkan "Mr Wonderful" tertutup utk peserta2 IPK kategori lelaki dan perempuan? Barulah ada kenangan manis semasa menuntut di IPK. Kalau setakat kenangan tak tido buat asgment, budak sek pun boleh buat. ko lagu mano?

ARIN said...

Tahniah bro..sememang nya anda adalah "org sokan",kata mantan timb. pengarah dulu 'org sokan akan mentadbir sekolah dengan cemerlang dan prestasi gemilang sekiranya jd tuan pengetua satu hari nanti'..bole angkat ibu jari tangan...Jgn lupa Gohek Kelate