Thursday, October 9, 2008

Memasang Angan- Angan


Menghabiskan masa selama 2 jam di Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya rupanya telah membangkitkan satu perasaan berahi untuk menulis buku setelah bergelar blogger.

Chedet.com telah membukukan apa yang ditulis di dalam website beliau sebagai satu indikator bahawa setiap orang mempunyai peluang yang sama rata untuk membuat apa sahaja yang mereka fikirkan. Yang penting adalah mula menimbulkan perasaan cinta dan rindu untuk melakukannya.

Dalam masa 2 jam, menjamah lebih kurang 20 buah buku sambil mengimbas isi kandungan maka keinginan itu menjadi semakin kuat apatah lagi jika apa yang ditulis adalah pengalaman sendiri yang ditokok tambah oleh perkongsian pengalaman orang lain yang membolehkan ianya digelar sebuah buku.

Apa yang tidak ingin dibincangkan adalah samada buku ini akan dibaca atau tidak. Ini kerana menjadi penulis yang berniat untuk memperkembangkan perasaan, bakat dan sebagainya bukan untuk dinilai oleh empunya diri.

Semoga niat ini akan menjadi usaha yang akhirnya bertukar kepada sebuah buku yang turut berada di rak-rak yang tertulis 'Jangan buka plastik'. Wow!

2 comments:

Jubah hitam said...

Berdasarkan pemerhatian amber, banyak penulis buku yg terkenal mengalami keguguran rambut - mungkin kuat berfikir yg menyebabkan kepala panas dan tidak sesuai utk pertumbuhan rambut. Adakah anda juga mempunyai ciri2 berkenaan?

ARIN said...

angan-angan aku nak jadi kaya
hidupku senang,rumah batu kereta sewa...
ku nak bini comel ore ada rupo
hidup kun senang tido bangun make sajo.....ANTARA LIRIK LAGU MEGAT NORDIN,hehe