Thursday, October 30, 2008

Madah

“Mendengar hujah anda tidak membuat saya akur. Melayan bicara anda, tidak membuat saya alpa. Membeta kata-kata anda, tidak bermaksud kita tidak sehaluan”.
Seronok membaca catatan di atas,begitu memberi makna yang mendalam kepada sesiapa yang berada di dalam kerjaya yang memerlukan perkonsian idea dan buah fikiran yang kadang- kadang tidak dapat dielakkan untuk berlakunya argumen yang sepatutnya dianggap sebagai sebahagian daripada proses membuat keputusan.

Menjadi guru di dalam kelas di Malaysia mungkin tidak menjadi masalah besar kerana pelajar kita banyak mendengar dan menyalin berbanding memberikan buah fikiran. Apa yang keluar dari mulur guru bagaikan emas yang ditabur yang perlu dikutip tanpa bersisa. Apabila berhadapan dengan situasi dimana pernyataan anda dicabar, kata2 anda diuji, apakah anda masih boleh tersenyum tetapi di dalam hati anda berkata, apa punya orang ni, macam bagus sangat...

2 comments:

Jubah hitam said...

Orang melayu sebenarnya masih tidak dapat menerima dirinya dikritik secara berhadapan. Ini budayanya. Kalau bercakap boleh dikritik tetapi bila tiba dirinya dikritik kebanyakkannya akan melenting. Mr Ae boleh kemukakan masalah ini untuk menjadi tajuk kajian untuk mengesahkan pernyataan ini

ARIN said...

yang tak bole dikritik adalah melayu, bukan islam..kalau melayu dan islam nescaya boleh mengkritik dan dikritik..contohnya Abu Bakar Assiddiq pernah kelauar kenyataan pertama sbg khalifah pertama supaya yg betul diikuti dan yg salah hendaklah ditegur serta dikritik.