Tuesday, October 28, 2008

Hujah TV9

Tepat jam 10.30 pm , siaran langsung Hujah antara Dato Seri Khir Toyo (KT) dan YB Saifuddin Nasution (SN) bermoderatorkan Dr Agus yang dikupaskan sebagai satu perbincangan ttg kepimpinan muda dan survival melayu. Saya tidak berminat untuk memberikan komen terhadap hujah kedua-dua ahli politik tadi tetapi saya teringatkan kata2 Tok Guru Nik Aziz di Shah Alam baru-baru ini. Kata beliau, jika melayu beramai-ramai depan orang cina dan india lalu bertempek hidup melayu! hidup melayu!. Apakah kita mengharapkan agar orang cina dan india bangga dengan tempekan itu. Begitu juga sebaliknya. Tiada kaum yang suka perbuatan itu dilakukan. Melayu tidak akan sekali kali jadi cina dan india tidak akan sekali kali jadi melayu. Tak masuk akal langsung bila india muslim mengaku jadi melayu. Inilah silapnya, kata TGNA lagi. India, Cina , Melayu, Iban, Kadazan, atau sesiapa sahaja hanya boleh bersatu di bawah Islam. So, apasal kita hendak melaungkan dengan gegak gempita kaum yang tidak dikira oleh pengadil dalam pertandingan akhir nanti.

Yang kedua, saya terbaca keratan akhbar kemerdekaan Malaya 1957 yang disisipkan dalam akhbar sempena hari kebangsaan untuk tahun 2007. Di dalam akhbar tersebut, yang banyak terdapat di dalam foto adalah bangsa lain bukannya melayu sahaja. Bagi saya memang negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa semasa kita merdeka. Apakah setelah 51 tahun kita masih menganggap anak-anak malaysia adalah pendatang, mereka bersekolah di negara ini, dibesarkan dengan budu, cencaluk dan makan durian. Jika miskin mereka, melayu, cina atau india serta bumiputra mesti dibantu. Peluang belajar mesti disamaratakan kerana kita sedang membina negara bukan bangsa tertentu. Maaflah jika isu ini mungkin tidak disukai oleh sesetangah orang tetapi kita telah memilih untuk hidup bersama maka marilah kita menyesuaikan diri tanpa melanggar batasan agama sambil mengharap syiar islam akan terus berkembang serta diterima oleh semua.

Apa perasaan anda sebagai ibu atau bapa jika guru di sekolah memilih untuk mengajar anak orang lain berbanding anak kita? Apakah alasan yang akan kita berikan jika ada orang bertanya , mengapa anda mengajar anak orang lain tetapi tidak anak saya?

Yang penting adalah jujur dalam mencari keredhaan Ilahi dan Allah lebih mengetahui mengapa kita adalah pelbagai kaum dan keturunan.

4 comments:

Mebius said...

baca posting blog terbaru waris

Jubah hitam said...

Nampaknya anda anti islam hadhari. Nanti tuan Penggarah n tuan PPD.., marah!

ARIN said...

kawan tetap Membangun Bersama Islam,
ambo pun teringat kata2 TGNA kita semua adalah adik beradik walupun kita melayu, cina, india, kadazan, dusun, murut dan semua bangsa yg ada di dunia ini..Siapa bapa kita?siapa ibu kita? cari dalilnya dlm kitab suci Quran Karim..

Jubah hitam said...

kemah2 blogreader