Wednesday, October 29, 2008

Buletin 252B

Selasa, 28 Okt

Keluarga 252B sekali lagi menghantar rombongan ke Toyota milik Aman Razak di Kota Bharu untuk mendapatkan Innova yang menjadi milik ahli keluarga setelah mengidamkannya sejak beberapa ketika yang lalu. Akhirnya Proton Waja yang bertahan untuk tempoh selama 7 tahun telah bertukar tangan dan perjalanan jauh ke Kuala Pilah akan lebih selesa pada masa yang akan datang.
Penulis sentiasa tidak ketinggalan bersama-sama dalam suasana kegembiraan sejak beberapa tahun ini dan kunjungan ke toyota kali ini adalah buat kali kedua setelah Vios dibawa balik pada beberapa bulan yang lalu.

Upacara rasmi penyerahan kereta oleh jurujual toyota dan famili pada pukul 6.35 petang. Jumlah yang ada di dalam gambar menunjukkan betapa pentingnya Innova untuk berada di dalam keluarga.Majlis meraikan pembelian Innova di Restoran ChengMai milik Cikgu Lah Public Relation (Publiclesen).
Puyen juga di antara watak penting dalam setiap urusan keluarga yang sentiasa ingin bersama walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, demam katanya. Begitu juga Ehya dan famili yang sentiasa riang untuk menghadirkan diri.

6 comments:

Jubah hitam said...

Demo sepatutnya tukar keta yang lebih ekslusif krn demo seorang yang ligat ketika di KL "semua ada di KL rupanya".
Buat blogreader pula - lagu mano ni tak kelik jerangau. Sy tengok ckgu gelak2 dgn keluarga sambil minum a'ir. Nanti tuan ppddd marah

ARIN said...

tahniah kepada Abi Syam@Bro dan Ina sekeluarga kerana anda telah memiliki sebuah innova bagi membuat perjalanan jauh terasa dekat, penumpang ramai terasa sikit(8 seater bro), dan premium bulanan yg menyesakkan bg DG41 tetapi no problem bg DG44..Semoga Estima menjadi impian seterusnya.

ARIN said...

kepada Tn Pengetua, anda x perlu tukar keta yg lebih ekslusif spt saranan jubah hitam cuma anda perlu "tukar" cara pemanduan supaya tidak mendebarkan penumpang-penumpang anda terutama ketika mengambil selekoh yg tajam dan berliku2 menyusuri sg pahang..

ARIN said...

kepada jubah hitam sekali sekala x balik jerangau layan Tagged ok gak.ke gane?

Jubah hitam said...

Sekali sekala boleh diterima untuk blogreader santai bersama keluarga besar sambil melayan tagged. Nampaknya anda mempunyai hobi yg sama dgn Mr Ae

Pakwar said...

apa kata saya menggunakan blog ini untuk chatting pula supaya jubah hitam dan blogreader bleh berkekah