Semalam blog ajehe tidak dikemaskini dek perjalanan panjang dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Memulakan perjalanan dari Bukit Antarabangsa lebih kurang jam 9 pagi. Tiba sahaja hampir 2 km dari Tol Sungai Besi, deretan panjang kenderaan menunggu giliran untuk mendapatkan resit tol. Terdetik juga difikiran, mengapa susah sangat nak diberikan resit tol untuk masuk ke hiway sedangkan bukan ada apa2 bayaran yg hendak dilakukan.
Perjalanan diteruskan ke Taman Tenaga yang terletak bersebelahan stesen bas kajang menyusuri padang UKM. Ada yang sedang bermain bola tampar, memanah dan beberapa permainan lain. Seronok juga melihat riuh rendah pelajar universiti begitu aktif. Gunakan lah ruang masa dan tempat sementara ia ada untuk kita. Bila kita sudah tidak ada masa dan tempat, yang tinggal hanya ingatan dan kenangan.
Bergerak dari Kajang melalui LEKAS (cari sendiri maksudnya), keluar melalui jalan Mantin-Lobak dan terus ke Seromban. Laluan Bukit Putus dan sempat berdengkur sekejap selepas bertukar drebar. Rupanya terlepas juga untuk melihat Ulu Bendul, sebuah pusat rekreasi hujung minggu yang pernah dilawati suatu masa dulu. Keindahan jalan seremban-kuala pilah adalah halaman rumah yang bersih dengan rumput menghijau. Rekabentuk minangkabau mengingatkan bahawa negara kita rupanya dibina dengan keunikan pelbagai bangsa dan kaum.
Sebelum zohor, pekan senaling telah dilalui dan simpang ke kanan terus ke Kg Peraku Seberang. Apa yang ingin dikongsi adalah masak lom ak cili api daging salai, sembilang masak cili, daun kayu tempoyak (nama sebenar tak pasti). Melihat kolah yang begitu besar, tidak sabar untuk menjirus badan supaya segar dan bersemangat kerana milage baru menunjuk 153 km. Jalan panjang harus ditujui.
Pukul 3 petang, bertolak dari K.Pilah menuju ke Temerloh melalui Serting. Sampai di satu kawasan terdengar nyanyian sayup2 , batu kikir jambatan bosi... rupanya sedang dinyanyikan oleh penumpang kereta he he sapa lagi kalau bukan megat noryin.
Menghilir di Sungai Pahang, mengambil peluang mengenali Malaysia terutama di Pahang, kemayan,bere, triang, bukit mendi, mengkarak akhirnya sampai juga ke temerloh. Rm6 daro temerloh ke exit Maran dan singgah di Kg Kemat, Maran rumah sahabat keluarga yang sama-sama menunaikan haji di Mekah.
Sebaik berita jam 8 bermula, perjalanan diteruskan melaui LPT dan laluan Jerangau-Jabor menjadi pilihan. Sekali lagi drebar bertukar di Cheneh Baru sehingga ke Kuala Berang. Hujan yang membasahi bumi menyebabkan perjalanan agak perlahan dan tepat pukul 12 tgh malam barulah pekan Kuala Berang menunjukkan wajahnya. Akhirnya jam 2.00 pagi lengkaplah 730 km perjalanan yang menjadikan aku semakin mengenali negara ku sendiri.
Hajat untuk menyiapkan tugasan telah terganggu kerana selepas solat subuh aku tidur semula hingga ke tengahari.
Buat rakan pembaca, berjalanlah dimuka bumi dan lihat kebesaran alam ciptaan tuhan.....
3 comments:
Anda perlu ikuti cadangan Mat Lipis apabila jalan jauh, berhenti masak nasi dan jika perlu boleh bermalam ditepi2 jalan saja bersama anak bini. Round Malaysia jimat belanja jika ikuti saranannya.
Cadangan yang tidak berpijak dibumi nyata kerana ia tidak sesuai dengan gaya dan cara pemikiran sipencadang.
rasanya perjalanan sejauh 730 km lebih beerti dan selesa sekiranya dpt memandu kenderaan spt MPV..Innova contohnya yg bakal menggegarkan x lama lagi...Tungguuuuuuuuuu
Post a Comment