Siapa tak kenal Ujang yang tersohor dengan Aku Budak Minang yang pernah menghiburkan kita semua dalam majalah Gila-Gila dan Ujang suatu ketika dahulu. Aku terharu melihat beliau terus berada dalam persada seni. Kunjungan yang berbaloi bak kata orang kerana aku dapat membantu memperkembangkan karier dengan membeli novel JIBAM.
IMUDA 2+1 yang juga merupakan barisan seniman yang menjadi penawar waktu kesedihan dan kebosanan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. Berikan apa sahaja watak pada beliau akan dijadikan bahan ketawa kepada kita semua. Apa agaknya kita patut berikan dengan apa yang telah diberikan kepada kita selama ini.
Siapa penggemar internet era baru yang tidak pernah membaca blog beliau- http://tukartiub.blogspot.com yang akan sentiasa memberikan kritikan yang selamba. Rupanya Tukar Tiub dan jejaka sebelahnya (mungkin saudara kandungnya) berdasarkan gaya mereka berposing juga boleh dilayari melalui http://soupekor.blogspot.com. hehehehe maafin yup bung arman
1 comment:
Yes Mr Soupekor VS Mr Tukartiub berentap di alam maya
Post a Comment