FGD kali ini memerlukan masa yang lebih kerana ia bergantung kepada ketebalan buku Gelagat Organisasi yang diterjemahkan melalui buku "Organizational Behaviour" oleh Stephen P. Robbins. Setiap inci ketebalan buku Robbins memerlukan 3 jam kerana setiap jam akan membincangkan tentang individu, kumpulan dan sistem yang menjadi asas kepada teori GSMOP (Gelagat Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan).
Pengurus Sumber Manusia memerlukan 3 kemahiran iaitu kemahiran teknikal , kemahiran manusia dan kemahiran konsepsi supaya organisasi akan bergerak pantas menuju matlamat. Kemahiran manusia ini bermaksud Pengurus Sumber Manusia (PSM) perlu menguasai kemahiran untuk menguruskan manusia yang menjadi individu dalam organisasi. Kemahiran manusia inilah ditukarkan kepada gelagat organisasi (OB) oleh Robbins.
No comments:
Post a Comment