Saturday, April 25, 2009

Perjuangan

"Perjuangan tidak berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini"

Indah sungguh bahasa yang dilafazkan ciptaan Allah SWT untuk kita tuturkan dengan penuh kebaikan bagi memberi peringatan kepada diri kita sendiri dan insan lain yang juga bernaung di bawah Kerajaan Immortal Ilahi. Kita hidup untuk berjuang kerana adanya kita di muka bumi ini adalah untuk menjadi Khalifah. Walau di mana bahagian dunia ini kita berada, tugas dan tanggung jawab kita adalah sama.

Bagaimana kita hendak memulakan perjuangan ini ? Alangkah sukarnya untuk kita mengubah diri sendiri apatah lagi untuk mengubah orang lain ( dipetik daripada Mural di SMKTJ ). Janganlah kita memilih untuk mengubah orang lain terlebih dahulu, pilihlah untuk mengubah diri sendiri. Janganlah kita memilih untuk mengubah orang lain untuk bertindak sedangkan tiada usaha daripada kita untuk bertindah. Bukankah mengubah orang lain adalah lebih sukar ?

Perjuangan yang pertama ialah mengubah diri sendiri. " Kita mesti menjadi lebih baik daripada semalam" perlu diperkukuhkan dari hari ke hari. Jangan mengejar kecemerlangan secara total kerana ia kelihatan seperti Gunung Kinabalu yang tersergam tetapi jadilah seperti ombak yang mengubah pantai sedikit demi sedikit tanpa henti kerana penambahbaikan yang berterusan akan lebih kekal dan kukuh.

Jangan lupakan hala tuju kerana ia merupakan landasan yang akan menentukan arah penambahbaikan yang ingin kita lakukan. Ingat tak kisah 2 orang yang mati dalam perjalanan untuk berubah ? Seorang ingin berubah ke arah kebaikan setelah sekian lama dalam kejahatan dan seorang lagi ingin berubah ke arah kejahatan setelah sekian lama dalam kebaikan. Siapakah yang diterima amalan kebaikan mereka ? Mulakan tindakan dan berubah lah sedikit demi sedikit sebagai tanda perjuangan telah kita mulakan.

"Sampaikanlah walau satu ayat" perlu dihayati. Pilihlah saudaramu yang terdekat untuk disampaikan kebaikan dan peringatan terlebih dahulu. Jangan melangkaui sempadan kerana yang terbaik bukan semesti yang terbesar, terhebat, tercanggih dan apa sahaja 'ter' tetapi keihlasan kita dijadikan ukuran.

Ingat tak filem "kiamat sudah dekat'. "Ikhlas"

No comments: