Friday, April 10, 2009

Insan Biasa

Terima kasih kepada pihak ITIS yang sudi menyambut permohonan lawatan ini. Melakukan dan melihat sesuatu di luar rutin menjadikan manusia semakin peka dengan kehendak dan keperluan orang lain. Apa kaitan kesesakan dengan seorang murid tahun satu di SK Jalan Abun Matu , Bakun Sarawak sehingga perlunya guru untuk melihat apa kerja di belakang ITIS. Kita tidak akan menghargai kerja dan sumbangan orang lain jika kita asyik melihat rutin kehidupan kita semata-mata. Seorang penyanyi jalanan yang membuang rasa malu mencari rezeki sesuap nasi akan dipandang sebagai radio buruk namun di sebalik kerja yang dilakukan mereka adalah permintaan insan kepada insan lain yang lebih bernasib baik untuk memberikan sedikit bagi mencukupkan kehidupan seharian mereka.

Melihat seorang kakak dari Indonesia yang saban hari mengutip sampah di kawasan sekitar seharusnya dipandang sebagai seorang yang gagal dalam hidup kerana melakukan kerja yang tidak berkait dengan pemikiran aras tinggi namun kita silap kerana seekor burung yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim melalui air di paruh tidak boleh diibaratkan melakukan kerja sia-sia.
Mengapa mereka semua boleh berada dalam posisi ini ? Adakah kerana mereka telah lama bersama ataupun sememangnya mudah untuk melakukannya. Persahabatan boleh bermula sebaik mata bertentangan tetapi berapa banyak manusia yang bersahabat tetapi sekadar di mata bukannya turun sehingga ke hati. Tidur sebantal bukan menjamin kekuatan sebuah persahabatan. Ia memerlukan sistem yang berfungsi secara sistemik. Masyarakat dulu telah lama menggunakannya, "cubit peha kiri, peha kanan terasa" bukan 18 sx tetapi melambangkan nilai persahabatan yang kukuh. Posisi depan atau belakang hanyalah sekadar tempat tetapi persahabatan akan hilang apabila di belakang cakap lain dan di depan menjadi lain. Duduk atau berdiri hanyalah struktur anggota badan tetapi persahabatan akan hilang apabila selamanya kita ingin terus duduk dan membiarkan sahabat terus kepenatan berdiri.
Kohort 11 IAB dan Kohort 9 IPK hanyalah nama yang sama dengan kumpulan manusia yang lain tetapi apabila rantaian ini dilepaskan nanti maka timbullah erti kerinduan kepada senda gurau pahit manis kerana inilah yang membawa kelainan kerana Kohort 119 dipenuhi warna warni berwatak. Pulanglah membawa seribu kenangan dan tinggalkan tapak kaki dan cap jari di IPK supaya kita boleh berbangga bahawa jika ada sesuatu yang patut dibanggakan , mereka itu adalah kita yang sentiasa kembali bertaut selepas biduk berlalu...... terima kasih Yati atas undangan dan maafkan aku kawan; aku sekadar insan biasa.

2 comments:

Jubah hitam said...

Sahabat diibaratkan mutiara diantara pepasiran di pantai nan indah

Yati Wahab said...

Sahabat yang baik bila sudi bersama dalam susah dan senang juga berterusan selamanya.Saya lihat anda adalah rakan yang sangat baik. Tahniah kepada ibu dan ayah anda yang telah mendidik dengan baik melahirkan anda sebagai insan yang rabbani.