Ketika blog ini ditulis, aku sedang menikmati suasana chow kit daripada dalam Sani Express yang merah saga buat pertama kali. Kali pertama juga aku menaiki bas dua tingkat.
Kerdipan neon di luar membuatkan setiap huruf dapat dilihat dgn jelas. Alhamdulillah! Syukur apabila melihat bangunan lama yang berderet di jln raja laut sudah sunyi daripada kawanan manusia yang bergelar 'pekerja kepuasan' atau 'satisfaction worker'. Bangunan PAS yang berada ditempat yg sama juga kelihatan sunyi daripada aktviti dan terasa satu kerugian jika peluang untuk berada di perut kotaraya tidak menjanakan manfaat kepada populasi penghuni kawasan yang dulunya sangat panas.
Marilah kita sama-sama menjaga keharmonian kotaraya ini supaya ia akan terus berkembang sebagai pusat ilmu kerana hanya dengan ilmu sahaja generasi demi generasi membawa kemajuan kepada sesebuah negara dan seharusnya bermula di Kuala Lumpur
1 comment:
Ambe rasa tentu deme tido lena dalam bas sani. Selamat pulang
Post a Comment